Umur 5 tahun, masih tidak lancar bercakap.

Umur 5 tahun sepatutnya sudah lancar bercerita, bertanya itu ini, membuat alasan begitu begini dan ada yang sudah mula membaca.

Tapi ada ibu bapa yang mendapati anaknya masih tidak lancar bercakap walaupun telah berusia 5 tahun. Kebiasaannya kanak-kanak sebegini telah mengalami lewat perkembangan pertuturannya sejak kecil lagi. Ada yang mula bercakap pada usia 3 tahun.

Oleh kerana masyarakat malaysia ramai yang suka beranggapan ‘nanti dah tadika, ok la tu’, maka ibu bapa tunggu hingga anak berusia 5 tahun. Majoriti kanak-kanak mula dihantar ke tadika pada usia 4,5 tahun.

Selepas masuk tadika, barulah ibu bapa merasa ‘terkesan’ dengan masalah pertuturan yang dihadapi oleh anak.

Secara umumnya, dari pengalaman saya, kanak-kanak usia 5 tahun yang tidak lancar bercakap ini selalunya mengalami masalah TUMPUAN. Masalah tumpuan menyumbang kepada masalah INGATAN.

Ada antara mereka yang masih tidak mengenal jenis-jenis warna asas. Apatah lagi jika ibu bapa suruh mereka ingat ABC, 123. Mereka juga tidak dapat menjawab soalan-soalan mudah kerana mereka tidak tumpu pada soalan yang ditanya. Semakin panjang soalan, makin susahlah dia nak jawab.

Selain itu, kosa kata kanak-kanak ini juga amat terhad. Mereka lebih senang menggunakan istilah ‘yang tu’, ‘kat sana’, sambil tunjuk isyarat. Ayat yang digunakan pula pendek-pendek dan struktur ayatnya tidak lengkap. Kata hubung dan kata fungsian seperti ‘dengan, nanti, kalau, lepas tu, pun, juga’ tidak dapat digunakan dalam perbualan harian.

Saya tidak menafikan bahawa memang wujud ‘spontaneous recovery’ bagi kanak-kanak yang lambat bercakap. Namun adalah lebih baik untuk kita berusaha melakukan sesuatu daripada sekadar menunggu dan mengharapkan keajaiban.

Jika anda mengambil keputusan untuk menunggu, dan anak anda tidak mengalami ‘spontaneous recovery’, umurnya terus juga meningkat kepada 6 tahun, 7 tahun, 8 tahun dan seterusnya. Anda tidak akan boleh berpatah balik pada masa yang telah berlalu.

Sedangkan umur kritikal untuk kanak-kanak belajar kemahiran pertuturan bahasa adalah sejak lahir hingga 5 tahun. Semakin umurnya meningkat, semakin mencabarlah perjalanannya.

Oleh itu, jangan bertangguh untuk mendapatkan perkhidmatan speech therapy seawal usia 2 tahun sekiranya anda mengesyaki anak anda mengalami masalah bertutur.

image

* sambil menulis sambil perhatikan anak baling batu masuk dlm air.

Ruby Speech Therapy,
Sungai Petani, Kedah.
Sms @ whatsapp 0133109703

106 Respons to “Umur 5 tahun, masih tidak lancar bercakap.”

  1. Ank sy 2 thn tp msih sgt skit prtuturnnye pnt ajar dia xnk ikut

    • Pn zakiah : anak2 mmg xsuka ikut kita sebut. Bila dia nak sebut sendiri, dia akan sebut. Sebagai ibu bapa, kita hanya boleh merangsang pertuturannya. Boleh baca tips tentang cara2 merangsang pertuturan anak dlm blog sy.

  2. anak saya thn ni berumur 2thn lbh kira nk masuk 3 thn masih blum bercakap sepenuhnya masih ada “baby talk” .. tp die mmg bnyk berckp bercerita tp dlm bahasa “baby talk” . bila kita sebut perlahan2 mintak die ikut die diam… mcm mn nk atasi nyer… dkt mn bole dpt speech theraphy tu…

  3. Assalamualaikum… Anak sy sekarang berumur 6thn.. Beliau mengalami masalah pertuturan. Masih bnyk sebutan tidak difahami. Beliau mmpunyai kakak berumur 8thn dimana mengalami masalah yg sama semasa berumur 5 thn tp progress beliau sungguh cpt berbanding ank lelaki sy ini. Ank lalaki sy srhunnga kini msih tidak kenal certain alphabet ABC… But in term of number alhamdulillah tak ada masalah. Sekarang beliau sedang menjalani speech therapy at demc. Fyi.. Ank sy suka mggunakan huruf aeiou dlm pertuturan beliau instead huruf konsanan. Beliau juga tidak boleh nk pay attntion jika sedang mengajar bm instead of buat math… Mohon bg pndangan n cara utk sy atasi masalah untuk mengenal huruf abc utk ank sy. Tq

    • Utk ajar abc ada byk cara. Jika dia susah nak tumpu, maka daya tumpuannya itu perlu diatasi terlebih dahulu. Memandangkn puan ada bawa anak berjumpa speech therapist di demc, maka puan boleh tanya beliau. Sy pasti beliau boleh menerangkan dgn lebih jelas, berbanding sy yg hanya mampu menulis di screen hp sy ni.

  4. assalamualaikum puan,anak (5 tahun) saya mengalami masalah gagap apabila bertutur sedangkan sebelum ini tidak…saya takut ia menjadi kebiasaan hingga dia besar kelak…saya tidak faham,bagaimana ye

  5. Salam/hi,

    Sy menghadapi masalah anak spt dinyatakan spt di atas.
    Anak sy berumur 5 tahun pd thn ni. Tp x pandai bertutur dgn sepenuhnya mcm rakan sebaya dengannya. Ade yg sdh pandai menulis dan memahami.. Tp anak saya masih tak pandai menulis dan lmbt memahami. Hanya imaginasi dan permainan.
    Soalan saya: Bagaimana cara utk anak dptkan tumpuan dan menarik minat dia utk belajar dan menulis

  6. Sy nk tya PD puan..and sy skrg umur 5 thn..dia mmg petah bckp sjk umur 1 thn lbh tanpa pelat..mslhnya sejak 3 bln yg lps dia tiba2 JD gagap..gagap dia on off skjp ada sjkp x de. Time dia gagap tu ssh sgt dia nk kluarkn sesatu pkataan..pnh jg dia tya knpa dia gagap n sapa buat dia JD gagap…APA pdgn puan ruby

    • Pn Azura : segera bawa anak berjumpa speech therapist berhampiran. Bila dia gagap, tunggu dia habiskan ayatnya sendiri dan JANGAN potong ayatnya. Itu akan menerukkan keadaannya.

  7. Assalam Pn Ruby, anak saya berusia 3thn pada hari lahirnye 5 dec 2013. Dia dah boleh bercakap tapi tak petah, & bahasa omelan die masih ade..2 3 patah perkataan di permulaan ayat jelas & tak pelat tpi ayt2 lain adalah bahasa die sendiri, terkadang saya perasaan die tersangkut2 bila die nk susun ayat tu..mcm mencari perkataan untuk utarakan ape yg die cube nak smpi kan..adakah ank sy mengalami lewat perkembangan pertuturan?

    • Pn Rose : pada umur 3 tahun, kanak-kanak patut boleh buat ayat 3 patah perkataan (mama nak nasi, jom gi jalan, nak beli mainan). Dia juga patut boleh bertanyakan soalan mudah (apa tu? Kat mana? ) jika puan ragu2, dan nak buat penilaian penuh tahap pertuturan bahasa anak, puan boleh berjumpa dgn speech therapist berhampiran.

  8. Tumpang tanya anak saya perempuan dah 6 tahun , dah masuk tahun ke2 dia ke tadika. Bila cikgu bertanya dia tak jawab, klw jawab pun amatlah perlahan. Cikgu tanya saya klw anak saya begini juga dirumah atau ada masaalah pertuturan saya cakap dirumah dia menjerit, menyanyi,menari dan paling suka nonton kartun di disney channel berulang kali sampai hafal dialog nya. So cikgu ulangkaji semua subjek yg dah diajar, ok pulak anak saya semuanya betul walaupun bahasa cina subject yg susah tetapi dia blh menhafal kesemua kosa kata dgn baik.Memang anak saya tak ada masaalah memberi tumouan penuh semasa belajar tetapi saya rasa anak saya terlalu malu. Dirumah kami bertutur dlm beberapa bahasa agaknya anak saya konfus tak? Kekadang dia bercakap englsh, melayu , mandarin dan baby language. So anak saya ade problem ke?

    • Jika anak puan boleh bercerita dgn ayat yg lengkap, ada jalan cerita, watak2nya dan boleh menjawab soalan sebab akibat, menjawab dgn alasan2 tersendiri, menceritakan semula tentang buku cerita yg dibacanya, maka anak puan tiada masalah.

  9. hi, saya ibu 2 anak. yg pertama 5 thun yg kedua 2 thun 5 bulan. masalah saya disini ialah anak kedua saya 2 thun 5 bulan belum lagi pandai bercakap. dia cuma pandai cakap bapa..mama. dia pndi tiru bunyi binatang2 yg biasa dia nampak tetapi tidak begitu lurus. jika dia mahukan sesuatu dia hanya menunjuk benda yg dia mahu. bagaimana untuk mengajar anak saya ini agar cepat bercakap? terima kasih.

  10. nor hayati bt muhammad Says:

    As salam..sy rs ank sy ada mngalami masalah ni..dh masuk 5 thn tp perckpan mmg agk xlancar.Apakah step yg perlu sy lakukan..di mna sy blh mndptkn speech therapy? Terima kasih

    • Pn Nor Hayati : kebanyakkan hosp kerajaan ada perkhidmatan speech therapy. Dapatkan surat rujukan dari mana2 doc (swasta @ gov) utk minta tarikh appointment speech therapy di hosp.

  11. hello puan,saya ada ank yg beumur 5thn pd thn ni,ank saya blm lncr ckp,tp dia faham arahan yg saya bg..dia juga seorang yg hyperaktif..ble bg tips untk terus meransang petuturan dia?

    • Anak sye sdh berumur 7tahun dan mengalami masalah pertuturan…..klau dia blk sekolah kita tanya apa yang belajar disekolah dia tak boleh jawab…saya suruh dia bercerita memang kita tak akan faham apa yang dia cakapkan…..apa perlu saya buat

  12. shiema hj mahfoz Says:

    Assalamualaikum..
    Anak saya berumur 4 tahun 2 bulan..alhamdulillah sudah pandai bercakap dan vocab pon ok..tapi masalahnya anak saya tersangat lah pelat..
    Apakah tips utk anak yg pelat?

    • Pn Shiema : bg kanak2 usia 4 tahun, sepatutnya tidak pelat, kecuali perkataan yg panjang atau bunyi r yg mmg agak sukar.
      Sebaiknya pn bawa anak berjumpa speech therapist berhampiran.

  13. liza kamal basha Says:

    saya mempunyai anak lelaki berumur 5 tahun , masalah anak saya suka bercakap dan bercerita tetapi anak saya terlalu pelat, kami tinggal di Ampang, Kuala Lumpur

  14. Saya tinggal di sg petani.. anak saya dah berumur 4 tahun dan bertadika.. tapi masalahnya dia masih loagi tidak lancar dan menggunakan bahasanya sendiri untuk bertutur… sy telah pun mendapatkan khidmat speech therapist di GH SP… puan ada cadangan lain tak untuk menyelesaikan masalah ini… ataupun puan tahu speech therapist selain GH..

    • Pn Dian : sy lah speech therapist di GH sg petani tu. Sy juga buka kelas terapi di rumah sy kat ambangan height pd hari jumaat. Boleh sms @ whatsapp sy 0133109703 utk booking appointment dan maklumat lanjut.

    • Di seluruh negeri kedah ni, ada 4 org saja speech therapist. Di sg petani 2, dan di alor star 2. Kami di sg petani kena cover kes dari kulim baling sik. Mmg tak menang tangan. Sebab tulah jarak appointment terlampau melampau jauhnya.

  15. Assalamualaikum, terima kasih kerana berkongsi hal ini…anak saya juga mengalami masalah yang sama…masalahnya, jarak appointment dengan speech therapist agak lama…mengapa berlaku keadaan ini? Mengapa therapist terlalu kurang? Dan di mana saya boleh mendapatkan khidmat/ kursus makaton?

    • Pn Azila : UPSI di tg malim ada speech therapist. Di malaysia, bidang ini agak baru dan tidak banyak univ yg mengeluarkan produk speech therapy. Di negara maju, speech therapist ada di merata tempat, termasuk di sekolah2 kerajaan.
      MAKATON secara asasnya ialah isyarat tangan berserta sebutan serentak. Jika pn tak berpeluang menemui pengajar MAKATON, pn boleh reka sendiri isyarat tu. Cth isyarat sikat, sambil sebut ‘sikat’. Tambah kosa kata sebanyak yg boleh dan tulis supaya menjadi panduan puan sendiri. Katakan sehari puan ajar 3 isyarat MAKATON, sebulan dan berapa?

  16. Salam/Hi Ruby,

    saya ada anak akan berumur 5 tahun pada May tahun ini.

    Masalah saya, dia menghadapi masalah tumpuan dan memahami dalam kelas. Dia ada imaginasi dia dan asyik main. Sehinngakan kelas pun x masuk asyik main jer.

    Pada masa sama dia lmbt bercakap. sejak htr ke tadika kemas tahun lepas byk perkataan dia belajar. tapi utk bercakap secara lancar tidak seperti kanak2 sebaya dia yang petah bercakap.

    soalan saya:
    1. bagaimana utk membuat dia menarik minat utk belajar
    2. bagaiman utk melatih dia bercakap dengan lancar dan sebutan yang betul. still ade pelat. risau saya dgn pertuturan dia tidak macam budak lain.

  17. salam…saya mempunyai anak perempuan berusia 3 thn 2 bln.anak saya mengalami masalah pelat. dia suka bercakap & bercerita ttp laju. ada perkataan yg sy faham & adakalasaya xp ham. adakah anak sy menghadapi masalah?

    • Untuk memahami sama ada anak pn ada masalah atau tidak, pn perlu bawa anak berjumpa dgn speech therapist utk buat penilaian penuh kes anak puan. Secara umumnya, anak berusia 3thn boleh buat ayat 3 pkataan (nak makan nasi). Pelat mmg masih ada kerana dia sedang belajar bercakap.

  18. Salam…saya mempunyai anak berumur 4 tahun..ank saya banyak bercakap tetapi pelat? dia juga kurang tumpuan apabila saya mengajar ABC.. adakah anak saya tergolong dalam simpton ‘spontaneous recovery?

    • Pn Azira : spontaneous recovery maksudnya pulih sendiri secara natural. Bg kanak2 umur 4 thn, sepatutnya boleh buat ayat panjang, bercerita dan bertanya soalan. Sebutannya juga jelas, kecuali perkataan panjang (banyak suku kata), atau bunyi ‘r’.

  19. adakah sama masalah lambat bercakap dengan ‘bercakap gagap’?

    • Pn Norzi : tak sama. Masalah gagap ialah masalah kelancaran, sama ada dia tersekat, mengulang atau memanjangkan bunyi.
      Masalah lambat perkembangan pula melibatkan lewat perkembangan bahasa. Contohnya umur dah 5 tahun, tapi bercakap mcm budak 3 tahun.

      • Ank sya dh berumur 4thn 3bulan tp percakapan mcm budak 3thn..masih lagi pelat.bagaimanakah cara untuk mengatasinya..bila sya marahkan beliau sengaja bercakap pelat then lepas tu dia boleh bercakap seperti normal tp still ada lg pelat 2..huhuhu

      • Pn Norhanim : sebaiknya puan bawa anak berjumpa speech therapist berhampiran utk dptkan penilaian penuh masalah pertuturan yg dihadapinya. Kebanyakkan hosp besar mempunyai speech therapist. Puan juga boleh hantar anak ke tadika bg membolehkan dia bergaul dgn rakan sebaya. Pergaulan sedikit sebanyak membantu komunikasi anak2.

  20. mohd syazwan Says:

    Assalamualaikum…
    Anak ke 2 sy dah berumur 5 tahun… Tp pertuturan xlancar lagi…dgn kata lain pelat..bagaimana nak atasi nya?

    • En Mohd Syazwan : bawa anak berjumpa speech therapist berhampiran utk dptkan penilaian penuh masalah pertuturan yg dihadapinya. Selepas tahu punca dan diagnosis kes, barulah plan terapi dapat dibuat.

      • Salam puan. Ank saya darjah 2, seorg yg pintar. Cuma saya perasan perkembangan bahasa dia tidak petah bercerita seperti rakan sebaya yang lain. Byk guna ‘apa tu’ semasa bercerita. Saya tinggal di serendah, selangor. Perlu ke saya berjumpa speech therapy?

      • Pn Intan : anak puan darjah 2 dan pintar. Maka sepatutnya tiada masalah perkembangan bahasa. Mungkin dia ambil masa utk buat ayat atau memikirkan perkataan tertentu. Rajin2 lah latih kemahiran dia bercerita dgn menggunakan buku cerita bergambar.

  21. Salam puan.
    Anak llaki sy berusia 4 tahun dan saya skrg menghadiri terapi percakapan di Hospital Seremban setiap hampir 4 bln skali krn kekurangan teraphyst di hospital seremban.Ada peningkatan setiap kli perjumpaan.Soalan sy..pada usia 4 thn bagaimana kan perkembangan bhs bg knk2 yang normal

    • Pn Oja Ismail : secara umumnya anak 4thn boleh bercakap ayat 4-5 patah perkataan atau lebih. Cth : nak makan nasi lauk ayam. Jom kita gi main bola kat luar.
      Dia juga mengenal warna dan faham araham kompleks. Boleh jawab soalan dan memberi alasan serta bercerita tentang pengalamannya.

  22. Salam Ruby..ank bongsu saya umur 4 thn 3 bln. She was born cleft lip & palate & dh buat corrective surgery. Drain out fluid dlm telinga baru buat 3 bulan lalu. Dh ada appoinment dgn speech therapist dlm bulan Mei nnt di Selayang hosp. Ayat2 asas daily dpt difahami cuma bunyi spt n bunyinya jadi m. Cth ‘nak air’ jadi ‘mak maye’. Juga some other huruf yg dia tk blh sebut dgn baik. Dia blh ikut nasyid atau berselawat, ikut abg2 kakak dirumah. Surrounding mmg byk mmpengaruhi. Lps drain fluid kat dlm telinga saya brhrp ank saya akn improve speech dia. Tambah ayat2 baru dsb. Pendengaran dia semakin baik alhamdulillah tp improvement dlm speech tu masih kurang sgt. Dia baru msuk tadika thn ni. Apa lagi saya blh buat dirumah utk bantu dia smentara tunggu appmnt speech therapist. I was hoping slps drain fluid dari telinga tu was a kick-start utk improve.

    • Pn Ellina : masalah utama ialah hypernasal atau sengau. masa penilaian awal speech therapy nnt, therapist akan lihat struktur dalam mulut yg telah diperbaiki itu, sama ada masih terdapat fistulae atau VPI. dari keputusan itu, barulah plan terapi dapat ditentukan.

  23. Ada beza tak budak yg lambat bercakap dengan budak autism?
    Jiran saya kata anak dia lambat bercakap..bukan autism. tapi karakter anak mcm ada ciri2 budak Autism seperti trantum.
    Macammana nak bezakan ye?

    • antara ciri utama kanak2 autism ialah lambat bercakap, selain sukar berinteraksi dan bergaul dgn orang lain. sebaiknya berjumpalah dgn pakar kanak2 berhampiran untuk mendapatkan penilaian sama ada mengalamai autiam @ tidak.

  24. hi puan. anak saya berumur 6 tahun dan sukar mengingati apa yang di ajar dan dia hyperaktif.sehingga sekarang dia msih belum dapat mengenal huruf dengan baik.anak ketiga saya berumur 2 tahun tapi masih belum boleh bercakap dan aktif bermain (girl) adakah anak-anak saya mempunyai masalah

  25. nur hanizah Says:

    Assalamualaikum..pn ruby
    Sy ibu knp anak perempuan yg berusia 6 tahun. Anak sy mempunyai semua masalah yg di sebut dlm bog puan. Gagap, pelat, tak kenal huruf, nombor & warna asas dgn baik. Gagap akhir2 baru terjadi. Tapi anak saya tak ada masalah dlm pergaulan. Di rumah dia suka main sendirian mgkn juga sb dia seorg ja anak kecil d rumah. Guru ank sy juga ada bg feedback yg anak sy ssh nk respond dgn soalan yg diberi. Bila guru minta dia ulang ayat yg dibaca guru ank sy tak dpt berbuat demikian. Sy sy juga sukar bg respond bila di panggil.Amat merunsingkn sy.Blh puan usulkn sy speech therapy yg terdekat di sini. Sy tinggal di seri kembangan atau boleh tak klu sy sendiri buat utk anak sy?

  26. mar kamis Says:

    Assalamualaikum Pn Ruby,
    Anak sy berumur 4thn 3bln (ikut thn dah berumur 5thn), sudah bersekolah tadika tapi mengalami masalah pertuturan (pelat dan tidak mahir bercerita). Boleh puan cadangkan speech therapy di kawasan saya (Pasir Gudang, Johor). GH terdekat ialah Hospital Sultan Ismail.
    Terima kasih.

  27. salam,
    sy ada ank berumur 3 thn++..anak pertama sy semasa kcil sgt fasih berckp pd umur 1 1/2 thn..ttpi ank kedua yg skrg berumur 3 thn++ sehgga kni sgt sukar difahami perckpan nya..mmg ade masa dia lancar menerus kan 3 ayt dgn pertnyaan or jwpn dgn baik..tp slps itu klau dia ingin bercrita dh kluar bhasa “german” (gelaran bhasa yg sy beri bila dia tutur kata yg sukar difahami)..perbualan ini diikuti ank ke 3 sy yg berumur 2 thn..hnya mreka shj yg memahami bhasa yg mereka gunakan ketika bermain..adakah sy perlu mendpt kan rwatan segera sblm ank sy ini melangkah ke alam pra sekolah kelak??apakah nasihat dr Pn Ruby dgn masalah perckpan ank sy ini..mnta maklum bls dr phak Pn Ruby..
    Terima Kasih..

    • Pn Effa Adam, sebaiknya bawalah anak berjumpa speech therapist berhampiran. Umur kritikal anak belajar bahasa ialah 0-5 tahun. makin lewat pn dapatkan bantuan, makin sukar jangkaan kejayaan terapi nanti.

  28. Anak saya 3thn 5 bulan.. tp masih belum boleh bercakap. Doktor dh rujuk utk speech therapy, ent, occupational therapy n psy utk atasi masalah ni.. sy sudah bwk jpa pakar tersebut. Semuanya kata ok. Sy nk mtk pdpt cik utk cara lain utk rangsang anak bercakap..

  29. just nak minta pendapat tentang penggunaan tab @ gadget..seri (5y) belajar melalui tablet. application sesuatu benda, nursery song, playdough,colors, abc semua dia grab melalui youtube.dia juga mempunyai memori yg sgt kuat..location/ jalan sume dah di scan dan dah hafal..rumah yang dilawati (sekiranya terdapat benda yang attract dengan seri so next time kalau pergi semula rumah tu dia akan terus tuju tempat tersebut)..sama juga dengan tadika sewaktu di johor (2y)..dia tak suka dengan tadika tu..even skg kalau masuk store dia terjumpa school bag @ uniform dia akan terus sorokkan (takut)..so asasnya saya x tau samada sy patut menghalangnya dari menggunakan tab atau tidak..

    • sekiranya anda dapati penggunaan tab itu bagus, anak anda mendapat byk manfaat serta tiada sebarang masalah berkaitan pertuturan, tumpuan, kemahiran motor halus (pegang pensil, mewarna, pakai butang baju, makan nasi), maka anda bolehlah meneruskan penggunaan tab itu.

  30. anak saya sama jugak…lelaki kembar dah 7thn…bila sy tny panjang ka pendek…dia akan jawab “panjang pendek”…… pernah bwk pi speech terapi tp disebabkan sy mengandung ….sy stop …..huruf semua kenai….. nombor smpi 20 ja….. eja setakat ba ca da n so on…..klu dr segi hafal…klu dia dgr zikir yg kita sndri pon merangkak….. 2 3 kali pasang dah dgr depa boleh ikut…… tp dr segi pembelajaran mmg disek depa masuk group LINUS…. boleh bg pendapat tak?????????

  31. terima kasih puan ruby, tp masalahnya memang seperti yang puan ruby jelaskan di atas, kemahiran motor halus failed..pertuturan failed..(insyaAllah puan ruby akan jumpa seri ahad ni 13/4)..

  32. Tiadakah cawangan di johor bahru.

  33. salam puan…saya guru prasekolah…pd thn ini sy mempunyai 2 orang murid yg sukar bercakap
    Murid A: berumur 5thn pd awl persekolahan hanya boleh menyebut ah ah shj…sekarang boleh berckp panjang tp seperti berumur 3 hingga 4 thn..
    Murid B: die x mahu berckp pd mula sukar tuk bacadoa sendiri..sudah berumur 6thn dan baru 1st time sekolah..
    Apa aktiviti yg sesuai boleh saya lakukan utk murid2 tersebut…utk pengetahuan puan..mereka masih memakai lampin pakai buang

  34. salam.. sy mmpunyai anak lelaki berumur 4 tahun.. masalahnya d sini.. dia belum pndai betutur dgn jelas… dia mmg sgt petah bckp, tp bnyak yg sy x faham.. dia hnya boleh ckp.. umie, babah.. susu.. nenek.. takde.. tak nak.. yg lain² guna bahasa dia sndri.. dia suka sangat menjerit..tp dia faham setiap arahan ygd beri.. tiap kali sy mntak tolong, dia akan tolong.. tiap kali dia bermain dgn kwn yg sebaya dgn dia.. sy rasa kasihan plk.. sbb kwn² dia xphm apa dia ckp.. dan lagi 1, dia sgt aktif.. kadangkala sukar d kawal kalau sdh berada d luar rumah.. saya terpikir nak bawa dia p speech therapy d jb ni.. tp memikirkan dia ssh nak kawal klu sdh brda d luar.. sy tangguhkn.. lg² hosp gov d jb sgt sesak.. lagi² tahun dpn sy nk masukkan dia ke tadika.. tp sy x tau tadika mana yg sesuai.. tolong saya.. n fyi.. ni jer anak sy yg last sbb lepas nk sy xkn ada anak lagi..d sebabkn mslh kesihatan suami.. jadi sy susah hati klu ank tunggal sy ni mngalmi masalah.. respon Puan Ruby sangat sy hargai.. terima kasih..

    • sebaiknya pn siti segeralah bawa anak jumpa speech therapist. hosp gov pun boleh. nak dptkan appointment taklah sesusah yg difikirkan.
      pergi jumpa mana2 doc (swasta @ gov), minta surat rujukan utk jumpa speech therapist. pergi ke hosp, atau tel hosp, kata nak minta tarikh appointment.
      pn juga boleh berjumpa dgn pakar kanak2 melalui kaedah yg sama.

      pn juga sudah boleh mula hantar anak ke tadika. pergi survey dulu, tanya pendapat cikgu tadika. jika cikgu boleh memahami, maka lebih mudah.
      target ke tadika pun mesti jelas. contohnya pn cuma harapkan dia dpt kawal tingkah laku, dengar arahan cikgu, bergaul dgn kawan2 dan ikut aktiviti bersama kawan.

      mungkin pn perlu bgtau cikgu bahawa pn tidak menekankan kemahiran membaca, menulis dan mengira buat masa ini.

  35. salam.ank saya dah 6 tahun tp bercakap pun ada perkataan dia boleh dan ada yg x boleh,,,bermain ngn kawan2 PUN KURANG..dia suka sorang2 ,,kalau kita marah dia,,dia akan bertindak dengan melawan cakap kita.tp kalau kita bercakap lembut,pujuk dia ,,dia ikut apa yang di suruh,,tp percakapan kurang..boleh bagi x speacilist yang berdekatan di areal KL selain HKL

  36. Salam Puan Ruby……
    sy mempunyai seorang anak lelaki berumur 4 thn (lahir septermber 2010)…tetapi mempunyai masalah lambat bercakap…tak sepetah kwan2 sebayanya….dia lebih suka bermain dan melukis, menulis…tapi dari segi pembelajaran…dia dah kenal semua nombor, abjad, warna,barang2…dan boleh menyebutnya dalam bahasa melayu ataupun bahasa inggeris…dia cuma boleh buat ayat menggunakan 3 perkataan shj mcm “ibu, nak air..”, “ibu, mana ayah?”…tak sepetah dah selancar kawan2 yg lain yg dah bolah bercerita dan bertanya macam2..
    ada tak cara lain untuk improve percakapan anak saya untuk lancar bercakap…

    • jika dia buat ayat guna 3 perkataan, maka pn mesti ulang balik ayat dia dgn 4 perkataan. cth jika dia kata, ‘ibu, nak air’, maka pn kena ulang semula jd ‘adik nak minum air? ibu pun nak minum air jugak’.

  37. Salam Pn Ruby…\
    klu saya hantar anak saya yang lambat bercakap ke tadika…adakah ia boleh mengatasi masalah lambat ckap anak saya..?

    • hantar ke tadika bagus sebab boleh beri peluang utk bersosial dan ada byk peluang komunikasi dlm aktiviti sosial.
      tp masalah lambat bercakap ada byk peringkat dan bermacam jenis.
      tadika hanya mamberi lebih peluang berbanding kanak2 duduk di rumah.
      latihan sebutan yg tepat serta latihan penggunaan ayat yg betul tetap memerlukan latihab dari speech therapy

  38. salam Pn Ruby…
    anak saya seorang yang cepat marah @ mengamuk…..adakah itu berpunca dari lambat bercakap @ kita tak faham apa kehendaknya?

  39. sALAM pN rUBY…
    saya tgk di pasaran byk supplement tuk kanak2 petah bercakap…adakah ia bagus sebagai salah satu alternatif tuk petah bercakap?

  40. tu la perkara tu buat saya tertanya2….kwan2 asyik suruh beli supplement itula…ini la…sbnrnya anakk sy ada appointment ke2 speech therapy kat hospitak b.pahat pada bln 8 nie…doc kata anak saya basicnya masih x kukuh lagi….sy selalu berbual dgnnya tpi tak de respon…dia lebih suka menulis dan melukis….bila bercakap pun tak de eye contact…mcmanana nak tarik perhatian dia tuk bercakap dan memberi tumpuan pada saya?

  41. Hai…
    ank saya berumur 4 th .masih belum ber ckp sepenuhnya..saya lihat die lebih cenderung dgn bhs inggeris ber banding bhs melayu. …mcm abc, 123 die kenal huruf dan bkn hafal shj..
    bole saya tahu ape prosedur kalo nak refer speech therapy. …Tq

  42. Assalamualaikum..pn ruby
    Sy ibu knp anak perempuan yg berusia 5 tahun. tahun depan anak saya akan memasuki 6 tahun.Anak sy mempunyai semua masalah yg di sebut dlm bog puan. Gagap, pelat, tak kenal huruf, nombor & warna asas dgn baik.Tapi anak saya tak ada masalah dlm pergaulan. Guru ank sy juga ada bg feedback yg anak sy ssh nk respond dgn soalan yg diberi. Bila guru minta dia ulang ayat yg dibaca guru ank sy tak dpt berbuat demikian. Sy sy juga sukar bg respond bila di panggil.Amat merunsingkn sy.Blh puan usulkn sy speech therapy yg terdekat di sini. Sy tinggal di Sungai Buloh, Selangor atau boleh tak klu sy sendiri buat utk anak sy..boleh x puan selesaikan masalah yang dihadapi oleh saya??

    • hosp sungai buloh ada speech therapist. pn kena pergi jumpa speech therapist utk buat penilaian menyeluruh kpd tahap keupayaan bahasa dan pertuturannya. selepas dinilai, barulah target terapi dapat dibentuk dan kaedah terapi dpt diajar kpd anak pn. saya tak dpt nak bantu sebab saya jauh di sg petani. pn juga tak boleh lakukan sendiri kerana tiada kemahiran utk menangani masalah pertuturan bahasa. pergilah berjumpa speech therapist di hosp sungai buloh dan lakukan intervansi sementara umurnya belum mencecah usia persekolahan.

  43. assalam pn ruby…
    anak lelaki saya berusia 5 thn dan belajar di tadika kemas atas arahan doktor.Utk dia bergaul dgn rakan sebaya dan belajar bersama..sejak akhir2 ini,anak saya tidak mahu ke tadika.cikgu tadika juga memberitahu saya bahawa anak saya tidak dapat memberi tumpuan dlm kelas.cuma bermain shj..di dapur tadika..bila anak saya bermain,dia akan ulang semula apa yg diajar oleh cikgunya..ada peningkatan walaupun dia x blh beri tumpuan dlm kelas..cuma bertahan 5 minit shj..selebihnya dia akan bermain sorang2..
    apa yg perlu saya buat?sampai skrg saya tak dpt lg dignosis anak saya samada autisme atau tidak..sekiranya saya ada surat dari cikgu tadika anak saya yg mengatakan anak saya tidak dpt mengikuti pembelajaran..bolehkah saya berikan kepada pakar pediatrik utk selanjutnya?

  44. Assalamualaikum…pn.liza..anak saya berumur 5 thn,thn depan 6 thn..masih lagi tidak fasih bercakap kerana br mula bercakap pd usia 4 thn,tp sejak ke tadika kosa katanya bertambah.adakah semua kanak-kanak yg lmbt bercakap akan dikategorikan autisme?

  45. salam…sya ingin brtanya..anak sy berumur 4 thn..dia agak pelat utk beckap..bila kite sebut makan die akan sebut makai..sebutan huruf L N dan R tidak dpt di sebutnya..apa yg perlu sya lakukan puan…

  46. assalamualaikum pn ruby

    anak lelaki saya berumur 3 tahun 6 bulan. anak saya mempunyai masalah pelat dan agak sukar difahami apa yg dituturkan apabila dia bercakap agak laju. anak lelaki saya jugak agak pemalu. dia kurang arif lagi dalam mengenal abc…123…adakalanya dia boleh mengira tanpa kita ajar…apa yang perlu saya lakukan..apa prosedur tuk therapy yea..

    • umur 3:06 mmg ada pelat lagi. tp sepatutnya boleh difahami keluarga sehingga 90% dari percakapan hariannya. mengenal abc dan 123 tidak lah begitu utama pd peringkat umur ini. yg penting ialah kemahiran dia bercakap dulu. utk pergi terapi dgn hosp kerajaan, minta surat rujukan dari mana2 doc (swasta @ gov). bawa surat ke hosp dan minta tarikh appointment.

  47. mahani razak Says:

    anak saya sudah berumur 4tahun 11 hari..tp ikut tahun dh 5tahun spttye…hihi…anak sy seorang autism..sbb dia x boleh bertutur dengan baik,xde eye contact,hyper,xde tumpuan,x boleh menyesuaikan diri dengan suasana baru,x dpt mengingati pe yg kami ajar dan msh x mengenali warna..abc dan 123 die boleh sebut dan hafal.masalh saya skrg,anak saya akn msk sekolah Pasti isnin nie..saya amat risau ngan penerimaan guru dekat sn..tkt mereka fedup dan x nak terima anak sy sklh dekat situ sbb anak sy jns x duduk diam n confirm menangis klu saya tgglkan die dekat sklh..dia akan menangis non stop..jd mcm mn sy nak menangani mslh anak saya nie..ank sy de buat terapi di HUKM..tp spruh jln coz sy bersalin ank kedua n oppointment delay smpai hari…nk continue tkt pihak hospital marah plak sbb sy x inform dl..

  48. norasliza binti abd hamid Says:

    salam. pn.ruby
    saya ada anak berumur 5 tahun..masa 2 hingga 3 tahun anak sy x de masalah pertuturan pun.bila sy masukan dia ke tadika.bila hendak bercakap dengan sy.dia mcm memikir dahulu.lmbat nk cakap.pastu br kuar perkataan yg disebut..pastu byk guna perkataan ‘yang’..sebelum nih x pun.lancar je cakap..ke sbb dia jd x pandai susun ayat..tapi kalau bab menyanyi lagu..lancar je x de plak gagap2..risau memikirkanya.adakah anak sy memang adalah masalah gagap atau sbb dia banyak berfikir lalu payah nak buat ayat.

  49. assalam. tumpang tanya. ruby tahu tak mana2 speach therapy swasta atau persendirian di jb. puas sy cari. masih tak jumpa. tq.

  50. Salam Pn,

    Saya mempunyai anak lelaki berumur 5th. Baru mula sekolah pada tahun ini. Sejak bersekolah ada perkembangan positif dimana anak saya boleh mula membuat 2 ayat cth ‘mama susu’ atau ‘Mama Mandi’. dan beberapa sebutan baru walaupun ada sedikit pelat. disekolah guru memberitahu anak saya tidak memberi tumpuan ketika belajar, suka bermain dan adakala suka duduk dibawah meja dan sgt hyper berbanding dirumah.
    Adakah ini ciri-ciri autism? untuk pengetahuan puan, saya baru mengikuti speeach teraphy di Hospital Sg. Buloh Tahun ini.

    • speech therapist di Hosp Sg Buloh juga sgt bagus dan berpengalaman. sebaiknya pn bincangkan isu ini dgn beliau dan insyaallah beliau lebih tahu sebab melihat sendiri keadaan anak pn bgmana.
      tahniah kerana anak pn ada menunjukkan progress. jika benar ada masalah tumpuan, pn juga boleh bawa anak berjumpa dgn Pegawai Terapi Cara Kerja (occupational therapist). pn boleh tanyakan hal ini kepada speech therapist di hosp sg buloh, jika dia boleh merujuk anak pn.

  51. salam pn ruby

    Anak sy umur 3 tahun..masih tidak boleh ckp perkaataan yg betul die belom boleh cakap (mama..papa..susu..nak..):'(:'( berbeza ngan sepupu die dn anak kawan2 saye yg same umur da boleh bcakap. die slalu gune ‘baby talk’ ..tapi yang saye pelik umur die 2tahun 5 bulan die boleh hafal (1-10 A-z in english) die hanye pandai sebut tapi tak kenal huruf dan alphbt yang die cakap..bile saye ajar die lebihkan main.. tp bile saye cube ajar perkataan yang simple macam panggil (mama..papa..nak susu.).die tak boleh sebut dan tak beri tumpuan bile saye ajar..saye memang risau dengan keadaan anak saye dan tertekan bile sepupu die yang same umur dengan die da boleh cakap macam2..tolong bantu sy ape yg perlu saye buat..TQ

    • wsalam. kena segera bawa jumpa mana2 speech therapist berhampiran. kena buat penilaian utk kenalpasti apa masalahnya dahulu, baru tau cara utk bantu dia.

  52. saifulaizam Says:

    Nak tahu cara didik anak hyperaktif dengan lambat cakap..

    • anak hyperaktif perlu dilatih daya tumpuannya. bawa anak jumpa pegawai terapi cara kerja utk bantu tunjuk cara2 melatih daya tumpuan. ada byk aktiviti tumpuan mengikut level keupayaan individu kanak2. apabila tumpuannya bertambah baik, lebih mudah utk dilatih kemahiran bercakap pula.

  53. salam pn ruby,

    Anak saya berumur 4 thn 5 bulan. Klu ikut tahun dia 5 tahun tahun ni. Masalah ank sy dia dh menjalani ST di hospital kerajaan. Telah buat ENT dan semua ok. Masalah sy ST di hospital kerajaan x mahu dah ambil kes ank sy dengan alasan ank sy tidak teruk dan bkn autisme.Tetapi klinik kesihatan pula kata sepatutnya ank sy perlu teruskan ST kerana msih belum ikut perkembngn. Ank sy pelat dan ada bahasa baby bila bercakap ayat yg panjng..Kt hany faham 3/4 perkataan shj dr ayat trsebut. Sudah blh membaca ayat panjang yang 2 suku kata kerana sy menghatar dia ke kelas membaca tetapi sampai sekrang dia x boleh bercerita ttg apa yang brlaku di tadika atau menjawab soalan panjang. Kadang-kadang dia menghafal jawapan yang selalu kt tanya dan bertanya semula apa yang kt tanya. Dari segi arahan pula,dia faham dan buat. ABC 123 sume dh ok. Cuma sebagai ibu, sy teringin nk dia bercerita apa2 atau beritahu sy jika cikgu dia pesan atau kwan dia buat ke pe. Bergaul pula, dia hny berkawan dgn kawan yang tegur dia dulu dn hny perhatikan apa yg kawan dia main smbil senyum..dia akn main jika kawan dia berhenti.. sy tidak mampu untuk hantar dia ke ST swasta kerana kos di Kuala Lumpur dan Putrajaya ini mahal. Soalan sy, apa patut sy lakukan kerana tahun depan dia sudah 6 tahun. perlukah dia di masukkn ke Pra sekolah atau tadika biasa? sy pernah bersembang dengan guru pra sekolah. Dia kata susah jika ank sy msuk pra kerana dia x blh nk smpaikan pesanan n mereka kn bg tumpuan ke dia.Siapa yang akan keluarkan surat jika dia perlu di msukan ke kelas khas pada darjah satu nanti memandangkan ST kerajaan dh dismiss case dia? Untuk pengetahuan puan, dia bukan seorang yang hyperaktif. Lebih kepada seorg yg cool dan slow tp cepat tangkap dlm hal pembelajaran. Maaf diatas krangan panjang ini..hihi..terima kasih kerana sudi membaca..:) Jika blh ingin juga tips untuk ank sy blh menjawab pe yang berlaku di tadika dia bila balik ke rumah.

    • hantar ke tadika biasa @ pra sekolah pun boleh. Sama saja. Nanti bila dah darjah 1, akan ada penilaian dari guru. Jika benar dia didapati lambat dlm pembelajaran, maka dia akan dimasukkan ke kelas pemulihan selama beberapa bulan. Jika dia berjaya ujian yg diberikan, dia masuk ke kelas biasa. tp jika gagal ujian (LINUS), maka dia dihantar ke kelas pendidikan khas.
      jika pn kata dia dah boleh baca 2 sukukata, maka insyaallah dia bukanlah hadapi masalah pembelajaran.
      di kl, ada ramai speech therapist. selain HKL, ada juga hosp Ampang, UKM KL di titiwangsa. Cuba dapatkan pendapat kedua dari therapist lain.

  54. Salam puan
    Saya ada anak kembar nak masuk 5 thn. Masa umur 3 thn lbh dah start jumpa speech therapist kat klinik kerajaan. Masa umur 4 thn dlu doktor cakap mcm perkembangan budak 2 thn. Tp dah boleh hafal abc nombor pun dah sampai 20 shape ok color ok arahan kadang2 menurut dgn rela slbhnya kena dlm ckit suara. Cakap skrg dah 4 ke 5 patah tp susunan tak betul. Bagaimana cara sesuai nak latih anak sbb speech therapist skrg ssh nak jumpa appointment sampai 1 thn skali slbhnya byk jumpa OT dan doktor. Tq

    • pn tinggal di mana? hosp kerajaan mmg susuh sikit sebab mereka tak ramai dan kes terlalu byk. tu yg appointment jd jauh sgt. cuba usahakan cari private speech therapist yg berhampiran. atau kalau berpeluang, hadir bengkel yg sy anjurkan.

  55. sitimariam Says:

    Salam…puan ruby….
    anak sy berumur 3 tahun…lelaki…die ckp masih pelat…kalau keadaan tergesa2…die akan ckp gagap..kdg2 kecian sy tgk die…mcm tak lepas ape yg die nk ckp…kt mn harus sy pegi..terus pegi hospital dulu ke..? Atau g klinik biase dulu…

    • wsalam. anak umur 3thn mmg cakap pelat lg. gagap juga biasa utk umur ni bila dia tergesa2 atau terlalu byk nak cerita. tp kalau pn nak pergi buat penilaian, utk kepastian, itu lebih baik. boleh minta surat rujukan dari klinik kesihatan berhampiran.

  56. siti nuur wahidah Says:

    assalamualaikum puan ruby….
    sy skg de buat tesis tentang kanak-kanak pelat.
    soalan saya apakah punca kanak-kanak pelat?
    bagaimana cara untuk mengatasi?
    hrp puan dpt kongsi maklumat utk mmbantu sy mmahi masalh kanak2 pelat. klw blh pn email kt ctnuurwahidah@yahoo.com
    tq.

  57. Azue A. Malek Says:

    Assalamualaikum,
    Anak saya bakal mencecah umur 5 tahun. Tapi yang merungsingkan saya si anak masih tidak dapat bercakap. Walau untuk panggil mummy daddy, air, nak, dan ok. Inin amat merungsingkan saya. Puas ke rehab dan juga kemasukan ke sekolah pada awal thn tapi masih tidak berhasil. Mungkin puan boleh memberi pertolangan dan bantuan buat saya.

    Sekian
    Si Ibu

    • Wsalam. Sy kena tengok dia sendiri dan buat penilaian. Sebab dah 5 thn masih x bercakap. Sama ada masalah pendengaran, autisme atau ada verbal apraxia yg teruk. Bawa anak ke speech therapist berhampiran. Sy di penang.

  58. As Salam Puan,

    Anak saya kembar 2, skrg umur 5 tahun, dia lahir bulan 11.. Agak tidak mahir bercakap, pelat kadang x difahami..

    Ada ke kenalan atau sahabat Puan yang Ada disekitar ampang?

    Saya d Taman cempaka, Ampang

Tinggalkan Jawapan kepada azura Batal balasan