Archive for the Uncategorized Category

Anak dwibahasa lebih bijak? 

Posted in Uncategorized on November 1, 2017 by rubyatika

Otak kanak-kanak serap seberapa banyak pun bahasa yang didedahkan. Belajar banyak bahasa, tidak menyebabkan lambat bercakap. 

Anda boleh ajar anak pelbagai bahasa sejak bayi atau nak perkenalkan bahasa kedua apabila dia sudah mahir bahasa pertama. Mana-mana pilihan pun boleh. 

Anda boleh ajar anak bahasa ikut hari, lokasi atau orang:

Contoh, hari Isnin cakap BM, Selasa cakap BI, Rabu cakap Mandarin. 

Contoh, di sekolah cakap Mandarin, di rumah cakap BI, di rumah Tok cakap BM. 

Contoh, ayah guna BM, mak guna BI. 

Bahasa yang lebih dikuasai dan digunakan oleh anak, dipanggil bahasa dominan. Semakin kerap digunakan dalam aktiviti seharian, semakin dominanlah bahasa itu di dalam otak anak. 

Tapi jika anda mengajar anak untuk gunakan kesemua bahasa setiap hari, maka anak anda juga akan dapat gunakan kesemua bahasa tersebut dengan lancar dan baik. 

Bahasa rojak / code-switch adalah normal bagi pengguna pelbagai bahasa. Ia TIDAK dianggap kecelaruan atau masalah pertuturan bahasa. Cukup sekadar ibubapa menggalakkan anak guna ayat penuh dalam 1 bahasa.

Perkembangan pertuturan anak yang diperkenalkan dengan pelbagai bahasa adalah SAMA saja seperti anak yang diperkenalkan 1 bahasa. 

Jika anak 1 bahasa bercakap 1 patah pada umur 1 tahun, begitu juga anak dwibahasa.

Jika anak 1 bahasa bercakap 2 patah dalam 1 ayat pada umur 2 tahun, begitu juga dengan anak dwibahasa. 

Tetapi jika didapati anak mengalami lambat bertutur, utamakan bahasa dominan dalam keluarga. Bahasa yang ibubapa fasih gunakan bersama anak setiap hari. 

Elakkan memberi kejutan perubahan seperti tiba-tiba menghantar anak ke tadika bahasa bukan dominan keluarga. Ini boleh menambah stress kepada anak yang lewat bertutur. Langkah ini meningkatkan risiko untuk anak jadi bertambah keliru pula. 

Kes yang saya pernah jumpa :

1) Ibubapa memilih bahasa BUKAN DOMINAN keluarga sebagai bahasa PERTAMA anak mereka. Contoh, ibubapa bertutur BM di rumah, tapi sedaya upaya mengajar anak bercakap BI sejak kecil. 

Kesannya, apabila anak itu sudah masuk peringkat ayat panjang, ibubapa sudah tidak tahu untuk berinteraksi dengan anak sendiri. Bahasa anak pula terhad kepada tahap yang diperkenalkan oleh ibubapa saja.

2) Ibubapa menghantar anak yang LAMBAT bertutur ke tadika yang tidak menggunakan bahasa dominan keluarga. 

Kesannya, anak menjadi pendiam di tadika, kurang keyakinan diri dan tidak bercakap dengan cikgu. 

Buat ibubapa yang mengajar anak pelbagai bahasa, teruskan usaha anda. Kembangkan potensi otak kiri anak anda. 

Gunakan buku cerita setiap hari. Gunakan bahasa-bahasa tersebut dalam rutin harian di rumah. Ibubapa guna, anak akan ikut guna.

Bilakah ibubapa perlu risau?

Jika anak telah masuk 2 tahun, tapi masih tidak bercakap. 

Tahukah anda?

Anak umur 2 tahun sepatutnya boleh cakap 25-50 perkataan spontan setiap hari.

Bengkel Terapi Pertuturan untuk Ibubapa

25/11/2017 – Johor Bahru

wsap sy 0133109703 untuk daftar. 

Advertisements

Umur 2 tahun 5 bulan. 

Posted in Uncategorized on Oktober 14, 2017 by rubyatika

Pada umur ni, kanak-kanak boleh cakap 2-3 perkataan dalam 1 ayat.

“Iyyadh punya” “Iyyadh dulu”

“Nak ikut abi” “Nak roti coklat”

Pada umur ni, pelat adalah biasa. Memang fitrah kanak-kanak belajar bercakap. 

Oleh kerana belum boleh buat ayat panjang, dia belum mahir jawab soalan yang panjang. Setakat soalan apa? mana? siapa? dia boleh jawab. 

Siapa buat? – Abi buat.

Mana abi? – Abi kerja.

Siapa ni? – ni Ummi.

Seronok bila cakap dengan budak umur ni, sebab pelatnya kedengaran comel dan dia boleh diajak sembang kerana sudah ada komunikasi 2 hala begitu. 

Namun, janganlah kita terpedaya dengan kecomelan dia. Janganlah kita pula nak berlagak comel konon nak ikut pelat dia. 

Kalau dia cakap “tatot” kita sebut perkataan sebenar “takut”. 

Tidak dinafikan, ada anak umur ini yang boleh cakap lebih panjang. Biasanya anak perempuan. Sebutan juga tidak kedengaran pelat. Sudah pandai guna kata hubung.

“Iyyadh nak tidur dengan ummi”

“Nak ikut abi pergi kedai”

Namun, selagi anak itu boleh guna 2 patah dalam 1 ayat, sudah dikira berada dalam julat perkembangan normal.

Apa yang dikira terkeluar dari julat normal?

– Belum ada perkataan. Masih tunjuk atau tarik tangan.

– Perkataan spontan tak sampai 100 perkataan pun.  

Pada umur 2 tahun 5 bulan, anak sudah bijak memilih apa yang dia suka. Dia nak pilih baju tertentu atau makanan tertentu.

Maka, anda bayangkan betapa stressnya anak yang tidak boleh bercakap. Dia tak dapat nak jelaskan bahawa dia nak donat! tak nak kuih lapis! 

Dia nak pakai baju boboiboy! Tak nak baju raya! Inilah punca utama anak umur 2 tahun 5 bulan tantrum, iaitu benda yang tak masuk dek akal kita orang dewasa.

Apa aktiviti yang seronok dibuat bersama anak 2 tahun 5 bulan?

– susun blok berbagai bentuk.

– buku cerita.

– tugasan rumah : susun kasut, sapu sampah, lap tumpah.

– jadi penyampai : suruh dia bagi barang tertentu dekat ayah / abang / mama. 

– sampaikan pesan : suruh kejut abang bangun tidur, beritahu abang suruh simpan buku.

– main sorok-sorok. 

– main bertema baju tertentu (superman, spiderman, elsa, snow white)

– main berlakon jadi haiwan (arnab, buaya, harimau, ular, katak, burung)

– nyanyi lagu-lagu mudah atau zikir harian

Banyak lagilah…tak tersenarai rasanya. 

Bengkel Terapi Pertuturan untuk Ibubapa

Alor Setar – 28/10/2017

Johor Bahru – 25/11/2017

Wsap saya Pn Ruby 0133109703

Kisah Pelat

Posted in Uncategorized on September 7, 2017 by rubyatika

​​Pelat.

Umur 4 tahun (ikut tarikh lahir, bukan ikut tahun sekolah) patutnya dah boleh cakap jelas, bercerita dan difahami oleh org dewasa, walaupun bukan ahli keluarga dekat. 

Jika masih pelat, 

1) ujian pendengaran

2) mulakan speech therapy

Jika mmg dah confirm, normal hearing, takde isu taik telinga keras ke, air bertakung belakang gegendang ke….atau apa2 masalah pendengaran, maka alhamdulillah. 

Utk bab speech therapy,

1) kena pastikan, adakah umur bahasanya setara dgn umur sebenar? Maksudnya, takde isu language delay. 

2) Jika mmg umur bahasa sesuai dgn umur (boleh bercerita, main teka teki, ayat panjang ada kata hubung, menjawab soalan ‘kenapa’ dan lain2) maka kena pastikan, adakah dia sedar yg dia tu pelat? Adakah dia boleh membezakan perbezaan bunyi terkecil?

tangga/mangga

satu/batu

pokok/rokok

kopi/topi

kari/sari

Perbezaan ini mesti dinilai bukan saja dalam peringkat 1 perkataan, tapi jika dlm ayat, boleh tak? Atau bila makin panjang ayat, dia makin rasa keliru?

3) Kemudian barulah nilai semua konsonan dan vokalnya dalam 3 kedudukan berbeza. Awalan, tengah dan hujung perkataan. Cth: s

maka awalan s /sabun/

tengah s /basuh/

hujung s /bas/

Adaka /s/ salah di kesemua kedudukan? atau ada yg betul? Bermakna, tidak konsisten pelatnya? 

Bahagian 2, Pelat. 

Selepas buat analisa, maka ibubapa patut jelas apakah masalah sebutan yg anak hadapi secara detail. 

Contoh:

k jadi t (kakak disebut tatak)

s jadi c (nasi disebut naci)

b jadi m (bomba disebut mome)

ng jadi m (pisang disebut pisam)

hilang awalan konsonan (roti – oti)

dan sebagainya. 

Masalah pelat sebenarnya boleh jadi:

A) Phonological disorder

B) Articulation disorder

Speech therapist akan membuat penilaian utk benar2 tahu, sama ada ini kes A atau B.

Secara mudahnya Articulation Disorder ialah masalah utk sebut sebab letakkan lidah/bibir/rahang yg salah.

Tapi Phonological Disorder pula masalah bila anak memudahkan sebutan dan ciri sebutan pelat tu biasa berlaku pada kanak2 yg baru berkembang. 

Maka….buat ibubapa yg ada anak pelat, lepas ni jika nak kata anak anda pelat, sila sebutkan analisa anda. Dan nyatakan sama ada ianya konsisten atau tidak.

Bahagian 3, Pelat. 

Pendekatan untuk melatih kes articulation disorder dan phonological disorder adalah berbeza. Maka sebagai speech therapist, mesti betul2 teliti semasa penilaian, supaya tak buat kerja sia-sia. 

Untuk ibubapa, anda sepatutnya bawa anak ke ST utk maklumat yg tepat. Sementara tunggu, ada beberapa kaedah yg anda boleh cuba jaya. 

Bermakna, ini tak semestinya berjaya. Tapi boleh cuba. Speech therapy ni, bukan mcm buku masak memasak, ada bahan2 langkah2 bagai. Bergantung pada jenis masalah, tahapnya dan penerimaan individu murid yg unik. 

Berdasarkan komen2 pembaca dlm post saya sebelum ni, ramai yg pelat /k/ jadi /t/. Kakak dia sebut /tatak/. 

– sebut aaaaaa……… dulu.

– pastu sebut aaaaaaka. maka dia akan jadi ata.

– tekan lidah depan dia guna kayu ais krim, sambil sebut aaaaaka. 

– ulang 5x

– jarakkan kayu ais krim dari lidah, tapi masih di dlm ruang mulut anak. ulang 5x.

– jarakkan kayu ais krim dari mulut anak, tapi dia masih nampak kayu tu. sebut aka 5x. 

– letak kayu ais krim dan sebut ka ka ka 5x. 

Bahagian 4, Pelat.

Ada pula yg pelat ng. Pisang jadi pisam. Abang jadi abam. 

Maka…ajak anak nyanyi lagi doremon. Ang ang ang…… 

Kalau dia jadi am am am juga, tunjuk cermin. Sebut sama2. Bagi dia nampak beza, bila kita sebut /ang/  mulut terbuka. Kalau /am/ mulut tertutup. 

Dah berjaya jadi ang, maka main lawan2. 

Beng beng! tembak. Peng peng! Menang!
Senaraikan perkataan ng dan latih anak sebut. 

Hilang, pisang, lapang, lalang, senang….

Bahagian 5, Pelat. 

Choppp….siapa yg tak tau kisah, sila baca balik dari post saya yg pertama. Nanti huru-hara jadinya. 

Ramai pula ibubapa kata anaknya pelat s. 

– mulakan ajar bunyi ular ssssss…..

– kalau x keluar bunyi, ajar tiup wisel. 

– pakai cermin, tunjuk kat anak yg lidah depan mesti ke gigi bawah. baru boleh keluar bunyi desir sss….

– cicah jari kelingking dgn air sedikit, letak di bibir, letak rapat di bibir bawah, rasakan angin desiran pada jari. 

– dah cekap ssss….. baru ajar bas, kipas, emas, lipas. Bunyi s di hujung. 

– kemudian s di tengah. basah, basuh, masak 

– kemudian s di depan. sabun, sakit, suka

– seterusnya s dlm ayat. saya masak nasi.

Ingat ya, saya takkan ajar benda2 ni jika anak belum capai umur 4 tahun. Kalau anak speech delay pun, sy akan pastikan umur bahasa dia dah mencapai 4 tahun. Baru saya ajar. 

ST lain, mungkin lain caranya. Ni cara saya. 

Utk bengkel terapi pertuturan, bab ni tidaklah menjadi topik utama. Saya cerita secara keseluruhan, termasuk aspek intervansi awal. 

30/9/2017, Setapak.

Wsap sy 0133109703

Jom faham isu pendengaran si anak. 

Posted in Uncategorized on Ogos 19, 2017 by rubyatika

Apa yang telinga dengar? Jika anak dengar ibubapa cakap arab, maka anaknya akan bercakap arab. Jika anak dengar ibubapanya cakap inggeris, anaknya akan cakap inggeris. 
Jika anak ada isu keperluan khas, memorinya singkat, maka dia dengar yang dia faham saja, terutama yang hujung saja. Kosa kata tak banyak, jadi dia ambil mana yang dia tahu saja. Itu pun tak semestinya dia boleh sebut perkataan yang dia tahu. 

Contoh: Saya suka tengok cerita cina kungfu. Selalu tengok. Jadi ada perkataan yang saya tahu, tanpa membaca sarikata BM. Tapi tak bermakna saya boleh pula cakap mandarin. Kalau saya cuba nak sebut pun, bunyinya pelik dan pelat. 

Ada anak keperluan khas yang mempunyai ciri autisme. Suka dengan dunia sendiri dan tak kisah hal lain di dunia ni. Maka, apa yang dia dengar? Ujian pendengaran, normal.

Maka dia pilih apa yang dia nak dengar. Yang kena dengan pilihan dunianya saja dia nak dengar. Jika dia suka lagu, maka yang lagu-lagu saja dia ingat. Jika dia suka haiwan / kenderaan maka dia hafal semuanya. Jika dia suka ultraman, segala nenek moyang ultraman pun dia ingat. 

Contoh: Saya seorang cikgu. Di kedai makan, orang meja sebelah kiri, bercakap pasal hal-hal makanik kereta dengan istilah yang tak tahu apa benda. Orang meja belah kanan pula, bercakap pasal hal gosip pegawai pendidikan daerah berdekatan. Maka…telinga saya akan pilih untuk dengar yang mana agaknya?

Tiba-tiba makanik tersebut bangun, datang ke arah saya, hulur namecard dan ajak saya bersembang….peliknyalah. Saya tak tau nak jawab apa. Cepatlah mamat ni pergi dari sini. 

Cuba tukar jika orang gosip tu yang datang ke meja saya? Hahahaha…..

Maka….anda pernah tak alami situasi apabila anda datang nak main dengan anak, dia cabut lari? Ha….itulah kisahnya. 

Semakin anda memahami isu persepsi pendengaran ini, anda akan lebih berhati-hati dengan apa yang anda nak sebut di depan anak. Anda akan fikir dulu, bagaimana untuk memastikan input yang anda bagi betul-betul masuk ke lingkungan persepsi si anak. 

Boleh faham tak? Saya cuba terangkan dengan bahasa mudah dah ni. 

Orang Setapak, saya akan buat bengkel terapi pertuturan di Danau Kota pada 30/9/2017. Jom daftar, wsap sy 0133109703. 

Melatih budak 2-4 tahun

Posted in Uncategorized on Julai 25, 2017 by rubyatika

Kanak-kanak sangat pantas berkembang. Contohnya, jika semasa umur 2 tahun, dia boleh sebut 50-100 perkataan, tapi pada 2 tahun 2 bulan, perkataannya sudah mencecah 120-150 perkataan.

* Iyyadh kena chicken pox sebelum raya hari tu. 

Dalam tempoh 2 bulan, macam-macam perkembangan berlaku. Dari hanya melompat setempat, dah reti melompat dari kerusi ke bawah. Dari hanya conteng garis-garis, dah reti conteng bulat-bulat. Dari hanya reti tiru sujud, dah reti tiru rukuk, iktidal dan tahiyat. 

Sebab itu lah, saya galakkan ibubapa yang ada anak masalah perkembangan untuk memulakan proses intervansi seawal yang mungkin. Pada umur yang muda, 2-4 tahun, kanak-kanak cepat belajar. Walaupun ada isu keperluan khas, tapi mereka tetap belajar dengan cara tersendiri dengan lebih pantas berbanding apabila umur dah bertambah (7 tahun ke atas). 
Masalah utama apabila mengajar budak usia 2-4 tahun ini ialah dari segi tumpuan dan tingkahlaku. 

Anak masih kecil, tumpuannya terhad dan kerjanya nak main saja. Kemudian dia semakin bijak manipulasi orang dewasa untuk ikut kehendak dia dengan cara tantrum, merajuk dan agresif. 

Maka ramai ibubapa mengaku kalah. Lihat saja betapa ramai ibubapa hantar anak ke kelas tuisyen membaca, padahal bukanlah ibubapa itu tidak tahu membaca. Tapi kerana betapa sukarnya untuk ibubapa ajar sendiri anak dia. Jika dengan cikgu, lebih senang untuk anak mengikut kata. 

Begitu juga dengan terapi pertuturan. Ramai Ibubapa terpaksa hantar anak ke kelas terapi dengan kerap kerana sukar untuk ajar sendiri anak di rumah. 

Sebenarnya tidak mustahil untuk ibubapa menjadi terapis. Sama juga tidak mustahil untuk ibubapa ajar sendiri anak membaca/mengaji. 

Kunci utama ialah bagaimana memahami daya tumpuan anak dan mengawal tingkahlaku anak. 

Jika ibubapa faham, maka tidak ada isu naik panas baran. Sebab ibubapa faham bahawa tumpuannya terhad pada apa yang dia lihat, pegang dan minat saja. 

Untuk mengawal tingkahlaku, ibubapa mesti bersedia dengan target serta ganjarannya. Selalu yang berlaku, ibubapa hanya fikir target. Tapi tidak bersedia dengan sebarang ganjaran. 

Lepas tu, tidak konsisten pula. Hujung minggu saja anda ajak anak belek buku. Memanglah dia tak suka. Tapi cuba kalau hari-hari dia memang kena tengok paling kurang 1 buku. Maka aktiviti itu ditanam sebagai rutin setiap kali selepas makan malam, contohnya. 

Jika kanak-kanak umur 4 tahun ke atas, lebih mudah untuk kita ajak dia tumpu pada apa yang kita mahu. Tapi jika bawah 4 tahun, dia akan tumpu pada yang dia suka. 

Maka ibubapa kena bijak untuk gunakan benda yang dia suka (contohnya koleksi kereta) untuk ajar apa yang anda target (contohnya kata tempat :atas, bawah, depan belakang). 

Kanak-kanak memang kerjanya main saja. Jadi ibubapa kena ajar anak dalam suasana bermain. Tapi bukan main-main saja-saja. Ini yang selalu berlaku. Ibubapa pula terlebih over bermain. Tiada target mengajar. 

Contohnya jika anak suka main susun puzzle (kes autisme), maka ibubapa kena target untuk latih giliran dan eye contact. Ini penting supaya anak faham interaksi 2 hala. 

Contoh lain jika anak suka main masak-masak, maka ibubapa kena set target, apa perkataan yang anda nak ajar dalam aktiviti tersebut? kata kerja : tuang, kacau, masak, buka, tutup, potong, letak. Atau kata sifat : panas, pedas, sedap, masam, manis. 

Saya melatih ibubapa menjadi therapist kepada anak masing-masing. Saya percaya bahawa ibubapa paling memahami anak anda dan paling banyak meluang masa dengan anak. Jadi ibubapalah therapist paling hebat untuk anak masing-masing. 

Jom orang KL, saya buat bengkel terapi pertuturan untuk ibubapa di Danau Kota, Setapak pada 30/9/2017 nanti. Jom kita belajar sama-sama. 

Wsap saya 0133109703 Pn Ruby untuk daftar. 

Siapa ada anak 2 tahun?

Posted in Uncategorized on Mei 19, 2017 by rubyatika

Anak umur 2 tahun mesti boleh cakap sekurang-kurangnya 25-50 perkataan spontan setiap hari. 

Anak 2 tahun suka bermain dengan rakan-rakan. Main kejar-kejar, sorok-sorok, main bola, main anak patung…. Mereka suka main bersama-sama. 

Kalau anda pergi nursery, tengok kelas budak 2 tahun, mereka ketawa dan ada yang pandai mengusik. Ada yang boleh tunjuk simpati kalau lihat kawan menangis. Ada yang pandai mengadu, panggil cikgu dan tunjuk apa yang berlaku. 

Umur 2 tahun memang lasak. Suka berlari laju bila ada di kawasan lapang. Masjid, padang, jalan raya…..kena pantau dekat. Jangan biar dia lari ke tengah jalan. Kalau ada kolam ikan di rumah, memang bahaya. Umur ni lah yang selalu masuk kolam. Dia tak faham erti bahaya lagi. 

Anak 2 tahun memang cekap meniru. Dia tiru apa yang dia lihat. Kalau abangnya kuat menjerit, dia pun nak jerit juga. Kalau dia nampak kakaknya memanjat, dia pun pergi panjat juga. 

Tiru cakap pun pandai. Selalunya dia tak faham pun apa yang dia tiru sebut. Dia ikut saja sebut ikut apa yang dia dengar. Dia berlatih untuk bercakap. Banyak yang pelat. Biasalah tu. 

Anak umur 2 tahun sudah pandai interaksi 2 hala. Dia boleh jawab soalan mudah (nak / tak nak?), (boleh tak?). Dia jawab dengan pelatnya sambil angguk atau geleng kepala. 

Anak 2 tahun yang bagus keyakinannya dan berani, tidak mahu lagi didukung. Dia nak bebas. Jika mahu bermanja, barulah dia minta dukung.

Anak 2 tahun sudah pandai beritahu ibubapa jika dia berak atau kencing. Sama ada dia cakap, atau dia tunjuk isyarat yang dia dah berak. Sebab itulah pada umur ini sudah boleh mula dilatih pergi ke tandas. 

Tapi jika ke tandas, dah nak main air atau main sabun pula. Maka, banyak-banyaklah bersabar wahai ibubapa. 

Ini ialah kanak-kanak biasa. Memang begitulah fitrahnya. Tapi, sebab saya biasa jumpa kanak-kanak 2 tahun yang lewat berbanding umur sebaya, maka keadaannya berbeza. 

1) Tidak bercakap.

2) Hilang perkataan. Dulu boleh sebut abah. Sekarang tak sebut dah. 

3) Respon pada arahan, tidak konsisten. Kalau suruh tunjuk anggota badan, dia tak faham. 

4) Lebih banyak luang masa depan tv, gadget berbanding bermain mainan budak-budak. 

5) Mengamuk, jerit macam kena dera bila kita tutup tv atau ambil gadget. 

Bukan semuanya autisme. Ramai yang sekadar lambat berkembang atau speech delay. Tapi disebabkan pendedahan mengenai autisme makin meluas, ramai pula ibubapa bimbang jika anak mereka ada autisme. 

Tapi ibubapa janganlah pula anggap “nanti dah besar, pandai lah dia macam kawan-kawan.” Ini namanya malas berusaha. Tak nak fikir jalan usaha. Terus berserah saja. Jangan lupa, Allah hanya akan bantu hambaNya yang berusaha. 

Tempoh anak berusia 2 tahun tidak lama. Sekejap saja dia dah 2 tahun 6 bulan. Dalam tempoh 6 bulan, IQ kanak-kanak pantas berkembang. Mula bercakap dalam ayat 3 patah perkataan. 

Carilah ilmu, banyakkan membaca, pergi tanya doktor, pergi cari therapist, pergi bengkel seminar, pergi google, pergi beli alatan mengajar, simpan segala screen gadget, hantar taska, pergi usaha. 

Intervansi awal adalah usaha terbaik. Progress sedikit demi sedikit adalah jauh lebih berguna dari tak usaha langsung.
Bengkel Terapi Pertuturan untuk Ibubapa

21 Mei 2017, Hotel Dormani, Kuching

wsap 0133109703

Takut nak hantar ke tadika?

Posted in Uncategorized on Mei 2, 2017 by rubyatika

Selalu ibubapa yang anaknya lambat bercakap, rasa ragu-ragu untuk mula hantar anak ke tadika. 

Takut anaknya dibuli. 

Takut anaknya tak tahu mengadu. 

Takut anaknya dibuat cikgu garang.

Takut anaknya lapar, tak tahu minta makan. 

Dan 1001 takut lagilah. 

Kalau ibubapa nak anak progress, anda kena hantar juga ke tadika. Apa yang progress?

– kemahiran sosial

– faham arahan rutin

– interaksi dan bercakap

– tumpuan dan tingkah laku

– urus diri (makan dan ke tandas).

Kalau anda tak mula hantar anak ke tadika, sampai bila pun anak anda statik saja. Di tadika, dia kena ikut aturan di tadika. Dia kena ikut arahan cikgu. Dia tengok rakan-rakan lain buat apa. 

Ramai ibubapa takut sangat kalau anaknya dibuli. Padahal dia tak tau, anaknya itulah yang paling terer di situ. Kalau rebut barang, dia mesti dapat juga walau apa cara sekali pun. 

Untuk mengelak dari risiko-risiko yang tidak diingini, ibubapa mestilah survey tempat dulu. Ambil tahu tentang:
– kuota guru : murid

– pendekatan bermain vs akademik

– pengalaman guru berdepan dengan murid yang lambat bercakap. 

Anda juga boleh berbincang dengan pengusaha jika mereka sudi untuk membenarkan tempoh percubaan untuk anak anda selama seminggu dua. Tengok dan cuba dulu macam mana. Hulurkan bayaran daftar kepada pengusaha. Tidaklah nanti mereka ada rasa berat hati pula untuk mendidik anak anda akibat tidak membayar daftar. 

Seperti yang selalu saya terangkan bahawa, kita boleh tahu anak itu lewat bercakap seawal 2 tahun. Jika dah 2 tahun, masih tak bercakap, maka dia dikira lewat berbanding rakan sebaya. 

Maka, jika anda dapat mengesan anak anda lewat bercakap pada usia 2 tahun, terus hantar dia ke taska / nursery. Biar dia bergaul dengan ramai budak di sana. 

Di rumah pengasuh / tok wan / opah, dia hanya tengok tv saja kerjanya. Maka, hantar dia ke taska. Dia dapat peluang berkawan dan bermain di sana. 

Tak perlu tunggu 4,5 tahun baru nak hantar. Walaupun anda suri rumah. Melainkan jika anda jadi pengasuh dan jaga budak-budak lain di rumah anda. Maka anda boleh kawal penggunaan tv serta mewujudkan suasana interaksi di dalam rumah anda.

Saya harap, tulisan ini membantu ibubapa yang ada anak lambat bercakap untuk CEPAT buat keputusan. Bukannya tunggu Januari 2018. Tapi segera, bulan depan ni, terus pergi daftar. 

Kenapa kena segera? Anda nak anak progress segera atau anda tak kisah untuk dia mula progress tahun depan?

Saya Pn Ruby, Speech Therapist. Saya buat bengkel terapi pertuturan untuk ibubapa belajar cara melatih anak di rumah. 

6 Mei 2017 saya di Bangi

21 Mei 2017 saya di Kuching

wsap saya 0133109703