Peralatan untuk melatih anak bercakap.

Apakah peralatan yang boleh melatih anak bercakap? Boleh beli di mana ya?

Adakah perlu ke toys r us? Adakah perlu import dari Taiwan?
image

Jika berkemampuan, tidak salah untuk anda mencari permainan canggih yang digelar ‘educational toys’. Tapi ia bukanlah satu keperluan bagi setiap kanak-kanak untuk belajar bercakap.

Tahukah anda, anak-anak paling sukakan ibu bapanya sendiri? Anak-anak paling berharap agar ibu bapa meluangkan masa dengannya sejak dari celik mata (dia bangun tidur), hinggalah dia pejam (dah tidur).

Untuk melatih anak-anak bercakap, anda memerlukan sesuatu yang digemarinya. Jika dia suka bermain ‘cak cak’ maka itulah caranya. Main ‘cak cak’ di sebalik selimut atau bantal boleh ajar anak-anak menyebut ‘mama @ ayah’. Anda juga melatih anak sebut ‘mana mama?’ ‘Nak lagi’ ‘nak sorok’.
Berapakah kos permainan ‘cak cak’ ini berbanding permainan canggih ‘educational toys’?

Selain itu, anak-anak juga pasti suka menyelongkar bukan? Cuba berikan satu ruang di almari dapur anda, khas untuk anak anda dibolehkan menyelongkar. Dia pasti seronok meneliti barang-barang yang dijumpai di tempat tersebut. Barang tersebut mestilah ditukar dari semasa ke semasa supaya anak tidak berasa jemu dan sentiasa rasa ingin tahu.

Untuk mewujudkan komunikasi, anda boleh simpan barang dalam bekas tertutup ketat. Jadi anak akan terpaksa minta anda tolong bukakan.
image

Anda juga boleh meletakkan barang yang tidak pernah dilihat oleh anak. Maka dia akan bertanya ‘ni apa ni?’

Walau apa pun jenis permainan yang anda nak beli, anda mesti fikir, apakah yang anda boleh ajar anak anda dengan permainan ini?

Mungkin ‘pistol’ boleh melatih anak meniru sebutan ‘Peng! Peng!’. Mungkin bola berlampu boleh melatih anak sebut ‘habis’ bila lampunya berhenti.

Kesimpulannya, fikir sebelum beli dan jadilah ibu bapa yang kreatif.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: