Ajar anak membaca dan realiti di Malaysia

Posted in Uncategorized on April 17, 2017 by rubyatika

Realitinya, darjah 1 mesti dah boleh baca. Paling koman, boleh baca CVCV (saya suka baca buku). Tak percaya? Sila tengok buku darjah 1 murid 2017. 

Tak kisahlah apa pun kaedah di Jepun, di Finland atau di Australia. Hakikatnya di Malaysia, buku teks dan buku kerja murid memang begitu. KBAT pun dah ada untuk darjah 1. 

Pada saat pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia (6 tahun ke bawah), nampaknya semakin ke arah naturalistik, tetapi tahap pendidikan aliran sekolah kebangsaan masih di peringkat exam oriented. 

Maka tidak hairanlah apabila banyak tadika yang begitu menekankan aspek pengukukan membaca, menulis, mengira (3M). Bukan yang asas, tetapi pengukuhan. 

Bagaimana murid yang baru mengenal huruf berbanding murid yang sudah lancar membaca apabila melangkah ke darjah 1?

Sudah tentu mana-mana ibubapa tidak mahu anaknya tercungap-cungap di darjah 1, sedangkan murid lain majoritinya sudah lancar. 

Siapalah kita untuk mengubah dasar negara, apatah lagi sistem pendidikan negara. Maka sebagai ibu, kita hanya boleh mengajar anak kita untuk redah saja sistem ini. Tidak kiralah aliran kerajaan atau swasta, sama saja. 

Maka….persoalan seterusnya….adakah mengajar anak membaca pada usia muda, mengganggu psikologi kanak-kanak? Saya ada baca artikel yg viral baru-baru ini tentang isu psikologi ini. 

Sehingga dikatakan murid yg membaca lebih awal ni, tidak meneroka….

Ini terpulang kepada kaedah yang anda guna untuk mengajar anak. Jika anda ajar sambil merotan, mencubit, suara meninggi saja….memanglah kaedah ini menekan psikologi kanak-kanak. 

Tetapi jika anda guna kaedah bermain sambil belajar, maka tiada masalah. Tetapi, adakah semua ibubapa tahu kaedah bermain sambil belajar? Adakah ibubapa tahu menahan sabar untuk mengajar anak membaca sambil dia terjoget sana sini? 

Maka, jika anda seorang yang baran, jangan cuba-cuba untuk ajar anak membaca. Buruk padahnya. 

Secara umumnya, perkembangan bahasa pertuturan kanak-kanak berkembang pesat pada usia 0-4 tahun. Perkembangan ini merangkumi daya kognitif berikut:

– tumpuan, ingatan, kefahaman, kod bunyi bahasa, makna, penghasilan, memori, ingatan pendengaran, padanan dan sebagainya. 

Ini juga adalah asas untuk kanak-kanak belajar membaca. Sama saja kemahiran kognitifnya, cuma ditambah sedikit lagi iaitu:

– persepsi visual dan eye tracking.

Dengan itu kanak-kanak boleh mengkod huruf yang dilihatnya. 

Ramai ibubapa moden yang mengajar anak mengenal huruf sejak bayi. Bayi tu baru pandai duduk, si ibu tunjuk flash cards huruf-huruf. 

Saya tidak kata ianya salah. Anda boleh buat jika itu pilihan anda. 

Tapi saya tidak memilih jalan itu. Saya tidak pilih short-cut. Sebab psikologi kanak-kanak perlukan masa untuk berkembang. Jadi saya ikut jalan jauh. 

Ibaratnya, saya menyiram benih, membajanya dan saya nak pastikan akarnya benar-benar kukuh mencengkam jauh ke dalam tanah. 

Maka pada usia bawah 4 tahun (0- 3tahun 11 bulan), saya tidak memperkenalkan asas 3M kepada anak saya. Jika ada, saya hanya menyanyi atau cakap secara tidak langsung. Tiada buku ABC. Tiada flash cards. Tiada huruf magnet. Tiada puzzle huruf. 

Apabila genap hari lahirnya 4 tahun, barulah saya keluarkan segala bahan mengajar ABC, 123. Pada masa itu, psikologinya telah bersedia. Kita ajar, dia serap macam span. Malah pada 1 sesi pengajaran, tak sampai 10 minit pun. 

Berbalik pada topik asal, saya juga mula mengajar anak membaca pada usia 4 tahun. Saya tidaklah begitu berani untuk mula ajar pada usia 7 tahun. Ya…saya takut. Kerana saya sedar bahawa saya di Malaysia. Saya sedar sistem pendidikan di Malaysia.

Saya tak sanggup memikirkan jika anak tiada asas membaca pada usia 7 tahun….

Saya faham bahawa guru tadika dan pengusaha tadika cuba melakukan yang terbaik demi murid-murid. Saya harap guru-guru tadika juga lebih fleksibel dengan kaedah pengajaran yang digunakan. Janganlah sehingga menekan psikologi kanak-kanak. 

Kenapa saya pilih 4 tahun? Bukan 3 tahun? Bukan 5 tahun?

Sebab pada usia 4 tahun, kemahiran urus diri telah kukuh. Boleh ke tandas, mandi sendiri, pakai baju sendiri, makan sendiri. Maka dia lebih bersedia untuk aktiviti motor halus (pegang pensel untuk menulis). 

Pada usia 4 tahun, anak sudah boleh duduk di meja kerusi dengan lebih bersedia untuk belajar.

Namun, tidak semestinya pada usia 5 tahun, anak sudah lancar membaca. Kita bukannya lumba lari, siapa sampai dulu dia menang. Kita ajar secara santai, kaedah bermain dan konsisten. 

Yang penting pada usia 7 tahun, masuk darjah 1, anak bersedia untuk baca buku teks sekolah tu. Buku-buku Sasbadi yang diberikan pihak sekolah tu. 

Siapa saya untuk bercakap pasal ni?

Saya Pn Ruby, ahli terapis pertuturan bahasa. Sebagai seorang yang ada latar belakang linguistik, psikologi, perkembangan bahasa dan neuropsycholinguistik, saya rasa saya juga boleh bersuara dalam isu ini. 

Oh ya, saya akan ke Kuching pada 

21 Mei 2017 sempena bengkel terapi pertuturan untuk ibubapa. 

wsap saya 0133109703. Jangan call. Saya takkan angkat telefon jika sedang berurusan dgn murid saya. 

Advertisements

Rasional di sebalik sikap anak autisme.

Posted in Uncategorized on Mac 14, 2017 by rubyatika

Anak-anak secara fitrahnya sukakan perhatian ibubapa. 

“Mama, tengok ni” kata si kecil sambil conteng dinding dengan penuh gaya. 

Kalau anak yang belum cecah usia 2 tahun, mereka akan tepuk kita, dan tunjuk apa yang dia nak beritahu. Bagi yang dah bercakap, dia kata “Mama! mama! tu! tu!”

Ini adalah kebiasaan bagi anak-anak yang tiada masalah interaksi 2 hala. 

Bagaimana dengan anak yang tidak berinteraksi?

– buat hal sendiri, dalam dunia sendiri.

Inilah punca utama kenapa anak yang ada ciri autisme, tidak bercakap. Mereka tidak rasa perlu untuk bercakap. Orang lain tak penting. 

Dia hanya rasa perlu apabila nakkan bantuan, maka mulalah dia tarik tangan kita untuk minta tolong. Dia perlukan tangan kita sahaja. Sebab tu dia rasa tak perlu nak pandang muka kita. Tangan kita ni saja yang penting untuk dia dapat apa dia mahu. 

Ada 3 point utama ciri autisme yang saya terangkan di atas:

– dalam dunia sendiri

– tarik tangan

– tiada/kurang eye contact. 

Anak yang tak minat pada perhatian orang dewasa, tak kisah untuk bermain bersama-sama. Orang lain ni tak penting. Maka dia hanya main sendiri, ikut cara dia sahaja. Akibatnya dia tak tahu bahawa permainan ada pelbagai ragam. 

Dia tak tahu bahawa keseronokkan bermain itu akan berganda apabila dikongsi main bersama. Tak faham bahawa jika orang lain seronok, dia juga akan sama-sama seronok. 

Maka terhasillah ciri ke 4 autisme iaitu kurang minat pada permainan. Ada yang boleh bermain, tapi masih cenderung untuk main sendirian. Bagi dia, menyusun panjang-panjang atau pusing roda itu dikira seronok. Maka itulah cara dia bermain. 

Kenapa anak autisme seronok menyusun? Sebab aktiviti ini adalah mudah dijangka. Lepas letak ni, letak yang ni pulak. Letak lagi…lagi….lagi dan seterusnya. Pattern yang dia dah jangka.

Anak autisme sukakan sesuatu yang sudah dijangka. Sebab itulah mereka rigid pada rutin. Apabila lain sedikit dari rutin, mulalah dia tantrum tak puas hati. Bagi dia…ini salah. Tak betul. 

Sikap rigid ini mengakibatkan anak autisme sukar untuk menerima input baru. 

Maka ada 3 ciri autisme yang saya telah huraikan lagi di atas iaitu:

– tidak minat bermain.

– main dengan cara menyusun atau memusing berulang kali.

– rigid dengan rutin. 

Saya bukanlah orang yang layak membuat penilaian autisme. Untuk penilaian, ibubapa perlu bawa anak berjumpa pakar psikiatri kanak-kanak. 

Saya hanyalah menjelaskan kepada anda, rasional di sebalik tingkah laku anak-anak autisme. 

Sebagai therapist, apabila kita memahami sikap anak autisme, semakin mudah untuk kita masuk ke dunianya dan mulakan intervansi.

Begitu juga dengan ibubapa. Tahu ciri saja tidak cukup. Anda kena tahu…kenapa dia begitu? Kenapa dia begini? Maka anda lebih mudah menjangka apa yang anda perlu buat untuk bantu dia atasi masalahnya. 

Komunikasi bergambar ialah salah satu cara untuk bantu anak autisme meluahkan kehendak dia. Mulakan dengan benda/makanan yang dia suka. 

Ramai ibubapa terus nak mula dengan set lengkap. Ini salah. Anda sebenarnya hanya perlu 1 gambar saja pada peringkat permulaan. 1 gambar mewakili benda yang dia suka. 

Jika anda ada 100 gambar siap velcro, tapi anda tidak mula dengan langkah yang betul, anda akhirnya akan gagal melatih anak guna kaedah bergambar ini. 

Untuk berlatih guna kaedah gambar, ibubapa mestilah belajar secara terus dengan speech therapist. Sukar untuk saya terangkan di sini kerana setiap anak tak sama penerimaannya. 
Bengkel Terapi Pertuturan untuk Ibubapa

Temerloh 19Mac

Shah Alam 25Mac

whatsapp saya 0133109703

Tak sempat nak ajar anak.

Posted in Uncategorized on Mac 9, 2017 by rubyatika

Ibubapa sibuk. Balik rumah pun sibuk…dengan smartphone masing-masing. Memanglah tak sempat nak ajar anak kalau macam tu. 

Anda hanya perlu 15minit saja sekurang-kurangnya….untuk ketepikan hp, tutup tv dan berhenti sekejap buat kerja rumah. 15 minit saja. 

Dalam tempoh 15 minit, bukanlah anda kena buat segala target “anggota badan” + “kata kerja” + “ajar ke tandas” + “buku cerita” + “perkataan awalan b”.

Jangan panik. Buat sikit-sikit saja. Yang penting anda fokus pada target yang sedikit tu. Ambil bahan mengajar anda. Fikirkan reward yang anda nak guna. 

Lepas siap 15 minit, pergilah sambung lipat baju. 

Anda juga boleh menggunakan aktiviti harian anda sebagai sesi mengajar anak. Contohnya sambil lipat baju, anda suruh anak asingkan baju adik dengan baju kakak. 

Kalau anda tengah masak cekodok, anda bagi anak peluang untuk kacau tepung tu. Atau berikan saja periuk, cawan plastik dan jug, biar dia main di lantai. Sambil masak, anda lihat dan komen apa yang dia sedang buat. 

Kalau lihat saja…taklah namanya ajar anak bercakap. Kena komen “sedapnya adik masak.” “tuang ayaq sikit” “tuang ayaq kopi ka, ayaq milo”. 

Apabila melatih anak bercakap, anda kena ramah tamah. Anda tidak perlu paksa anak ulang apa yang anda cakap. Tapi anda redha sajalah bercakap dengan anak yang belum reti bercakap tu. 

Kalau anak tiada masalah bercakap, tak payah ajar apa-apa pun, dia pandai sendiri bercakap secara fitrah. Tapi bagi anak yang lewat berbanding umur sebaya, ibubapa kena fikirkan sesuatu untuk bantu anak anda. 

Bantulah dia selagi umurnya masih dalam tahap kritikal penguasaan bahasa (0-5tahun). Ini ialah tempoh otak anak cepat proses untuk bercakap.

Tapi kalau dah lebih umur pun, ajarkan saja. Kena lipat ganda usaha. Kalau anak 3 tahun cukup 15 minit sesi mengajar, tapi anak 6 tahun mungkin perlu 45 minit sesi mengajar untuk sehari. 

Bengkel Terapi Pertuturan Untuk Ibu Bapa.

19 Mac 2017 di Temerloh

25 Mac 2017 di Shah Alam

Wsap saya 0133109703 untuk daftar.

Ambil tahu atau buat-buat tak tahu?

Posted in Uncategorized on Januari 23, 2017 by rubyatika

Pada usia 8 bulan, masih tak menoleh apabila nama dipanggil.

Pada usia 1 tahun 3 bulan, masih tidak bertepuk tangan atau buat gaya “bye bye”. 

Pada usia 1 tahun 5 bulan, masih tidak berbunyi “bababa mamama nanana”.

Pada usia 1 tahun 6 bulan, masih tidak tahu ikut arahan mudah (ambil bola, bagi mama, simpan).

Pada usia 1 tahun 8 bulan, masih tidak berminat dengan permainan yang biasa dimain oleh rakan sebaya (bola, kereta, masak-masak)

Pada usia 1 tahun 9 bulan, masih tiada perkataan pertama. (mama, abah, nak)

Pada usia 1 tahun 10 bulan, masih tidak tahu menunjuk anggota badan apabila diminta. (mana hidung? mana telinga?)

Pada usia 1 tahun 11 bulan, masih tidak berminat untuk interaksi secara verbal atau tidak cuba untuk meniru sebutan orang dewasa. 

Perkara yang saya senaraikan di atas ialah red flag, atau tanda aras yang perlu ibubapa ambil tahu berkenaan perkembangan kognitif pertuturan bahasa anak.

Apabila anda ambil tahu, maka anda akan mula bertindak. Mula mencari ilmu, mencari sumber, mencari jawapan. 

Tapi kalau tak ambil tahu, maka….umur anak terus saja meningkat. Sedar tak sedar, dia dah berusia 4 tahun dan masih tak bercakap. Kawan-kawan pula dah mula masuk tadika. 

Realitinya, kesedaran ibubapa pada 2017 ini jauh meningkat berbanding pada awal-awal saya menulis di wordpress ini pada 2014.

Pada tahun 2014, majoriti kes yang saya terima ialah kanak-kanak usia 5 tahun ke atas. Kini pada tahun 2017, kanak-kanak yang dirujuk adalah dalam lingkungan 3 tahun ke bawah. 

Ini adalah suatu anjakan kesedaran yang positif di kalangan ibubapa. 

Semakin awal proses intervansi bermula, semakin tinggi peluang untuk progress dicapai. 

Bengkel Terapi Pertuturan Untuk Ibu Bapa

28/1/2017 di Alor Setar

4/2/2017 di Kota Kinabalu

5/2/2017 di Tawau

25/3/2017 di Shah Alam

Whatsapp saya 013-3109703 untuk mendaftar.

Anak tak reti duduk diam?

Posted in Uncategorized on Disember 28, 2016 by rubyatika

Tahukah anda, meja dan kerusi kanak-kanak sangat berguna untuk melatih anak 3 tahun ke atas untuk buat aktiviti fokus? 

Aktiviti di meja kerusi tidak semestinya melibatkan pensel dan buku. Tetapi mainan biasa seperti masak-masak, Lego, play dough dan sebagainya juga boleh dibuat di meja kerusi. 


Penggunaan meja kerusi hanyalah salah satu cara untuk memudahkan ibu bapa melatih anak aktiviti berstruktur. Permainan atau aktiviti telah difikirkan dan ibubapa bersedia dengan alatannya sebelum panggil anak duduk di kerusi. 

Jika anda tidak memikirkan target dan tidak bersedia dengan alatan mengajar / alat mainan, maka memanglah anak takkan duduk diam di meja tu.

Dengan cara meja kerusi ini, lama-kelamaan anak akan faham bahawa dia mesti duduk selesaikan aktiviti sebelum boleh bangun ke tempat lain. Setiap anak berbeza tahapnya. Namun tingkahlaku duduk di meja kerusi ialah sesuatu yang boleh dilatih. 

Kanak-kanak tidaklah perlu duduk di situ sehingga sejam lamanya seperti di sekolah. Duduk sehingga 8 minit pun dah dikira bagus. 

Dalam masa 8 minit, siap 1 Lego robot bersama pistol. 

Atau dalam masa 8 minit, siap lipat kertas jadi sampan. 

Atau siap buat playdough bentuk huruf S. 

Atau siap pasang puzzle. 

Atau siap buat rantai manik teddy bear.

Atau siap warnakan kuku. 

Macam-macam lagi aktiviti. Latih anak buat aktiviti di meja kerusi, supaya mereka lebih tumpu dan rumah juga tidak bersepah hingga ke 1 rumah. 


Bagi anak yang tiada masalah, tak perlu duduk di meja kerusi pun, mereka ok saja. Boleh saja baca dan tulis walaupun di atas lantai. 

Tapi bagi anak yang ada masalah, ibubapa perlu fikirkan cara yang luar biasa, cara yang boleh membantu anak untuk capai target-target tertentu yang sesuai dengan tahap anak. 

Tingkahlaku ini boleh dibentuk. Jika minggu pertama anak duduk 8 minit, minggu kedua mungkin boleh duduk 12 minit pula. Minggu ketiga 15 minit pula. Begitulah seterusnya. 

Selamat berusaha. 

Berikut ialah tarikh bengkel terapi pertuturan untuk ibu bapa yang saya anjurkan:

7/1/2017 di UiTM Pulau Pinang

28/1/2017 di Alor Setar, Kedah

4/2/2017 di Kota Kinabalu Sabah

5/2/2017 di Tawau Sabah

Wsap saya Pn Ruby 0133109703

Anak saya boleh cakap, tapi….

Posted in Uncategorized on Disember 10, 2016 by rubyatika

Selalu ibubapa kata begini:

1) Anak saya boleh cakap, tapi bahasa dia sajalah. Tak tau dia cakap apa. Ini ialah peringkat JARGON.

2) Anak saya boleh cakap, tapi dia ulang balik apa yang saya tanya atau cakap kat dia. Dia tak jawab soalan. Ini ialah peringkat ECHOLALIA. 

3) Anak saya boleh cakap, dia selalu sebut lagu, ayat doa, bacaan quran, iklan tv atau kadang-kadang ayat yang cikgu sebut di sekolah, dia sebut tiba-tiba di rumah. Ini ialah peringkat STEREOTAIP. 

4) Anak saya boleh cakap, tapi dia cakap apa yang dia nak saja. Bila kita tanya, dia tak jawab soalan. Tapi kalau dia suka atau dia nampak benda yang dia suka, dia boleh sebut. Ini peringkat KOMUNIKASI SEHALA.  

4 ciri ni biasa saya jumpa dalam kes kanak-kanak autisme. Mereka progress dari no 1 hingga ke no 4 dan seterusnya dapat berkomunikasi dengan lebih berfungsi. 

Bagi anak autisme, corak perkembangan pertuturan bahasa agak berbeza berbanding kanak-kanak speech delay biasa. Walaupun kami tetap menjadikan tahap perkembangan normal sebagai rujukan utama untuk pilih target intervansi, kami juga melihat dari sudut perbezaan ini. 

Biasanya dari no 3 nak masuk ke no 4 amatlah mencabar. Banyak latihan interaksi 2 hala diperlukan supaya mereka dapat keluar dari dunia sendiri. Latihan interaksi 2 hala melibatkan:

– latihan tumpuan bersama

– latihan tunggu, bergilir dan berkongsi

– latihan kemahiran mendengar

– latihan bermain dalam kumpulan

Bagi yang no 4 pula, untuk naik ke peringkat komunikasi berfungsi, latihan berikut sangat membantu untuk kanak-kanak lebih memahami target jawapan:

– latihan melengkapkan hujung ayat mudah kepada ayat yang lebih kompleks.

– latihan menjawab soalan rutin kepada menjawab soalan berdasarkan gambar dan seterusnya menjawab soalan secara terbuka. 

Semoga tips di atas memberi manfaat kepada ibubapa yang melatih sendiri anak di rumah. 

Bengkel terapi pertuturan untuk ibubapa

7/1/2017 di UiTM Pulau Pinang (Khusus kepada kes non verbal / kurang dari 10 patah perkataan)

4/2/2017 di Kota Kinabalu Sabah (terbuka kepada kes pertuturan bahasa kanak-kanak)

5/2/2017 di Tawau Sabah (terbuka juga)

Kelas intervansi awal di Sungai Petani ada 2 kekosongan saja lagi untuk kemasukkan Januari 2017. Di Seberang Jaya dan di Kulim dah penuh. 

Sesiapa berminat boleh hubungi saya Pn Ruby melalui wsap 0133109703. 

* Oral swab saya buat sendiri saja. Yang penting ianya berguna untuk merangsang dalam mulut anak-anak yang picky eater. 

Keliru bahasa?

Posted in Uncategorized on November 30, 2016 by rubyatika

1) Anak yang boleh cakap banyak, sama macam rakan sebaya. Tapi dia cakap campur/rojak sebab ibubapa juga memang cakap begitu di rumah.

2) Anak kurang cakap, kurang perkataan. Tapi dia lebih faham arahan apabila diarahkan dalam bahasa inggeris. Kalau cakap melayu, dia buat dek saja. 

3) Anak faham arahan melayu dan inggeris, tapi bila cakap, lebih banyak perkataan inggeris. Tak pernah sebut kasut, kereta, bunga….tapi sentiasa cakap shoe, car, flower. Tapi percakapannya tetap terhad, masih kurang berbanding anak yang umur sebaya. 

Ini ialah 3 situasi yang saya biasa jumpa. 

Yang no  1 di atas, adalah NORMAL. Selagi dia boleh luahkan hati/kehendak, walaupun campur bahasa, dia dikira ok. 

Yang no 2 di atas, dikira speech delay jika umurnya dah cecah 2 tahun, sebab masih tak cakap. Umur 2 tahun patut dah cakap 25-50 perkataan spontan, tak kiralah apa pun bahasa yang dia guna. 

Kalau ibubapa memang bercakap melayu, tapi anak pula hanya ikut arahan inggeris, maka kita persoalkan, dari mana dia dapat bahasa inggeris? Dari tadikanya kah? Dari iPadnya kah?

Maka….interaksi antara ibubapa dan anak perlu ditingkatkan lagi. Ibubapa kena dedahkan juga bahasa dominan dalam keluarga. Jangan ibubapa pula mengalah dan cuba nak cakap bahasa yang anda sendiri tak fasih.

Yang no 3 yang paling kerap saya jumpa. Speech delay dan memilih bahasa. Sudahlah lambat bercakap sebab perkataan masih kurang, memilih pula nak sebut bahasa inggeris saja. 

Biasanya anak yang memilih bahasa inggeris ni disebabkan oleh pengaruh kartun tv bahasa inggeris. Bahasa inggeris pula banyak menggunakan sebutan mudah saja seperti “cat, dog, car, fish, ball” berbanding bahasa melayu yang guna 2 sukukata “kucing, bola, baju”. 

Tapi ini tidak bermakna penutur bahasa melayu lebih lewat berkembang berbanding penutur inggeris. Malah penutur bahasa tamil yang guna lebih banyak gabungan sukukata juga tetap berkembang sama saja dari segi perkembangan pertuturan bahasa. Ia adalah fitrah manusia. 

Maka adalah tidak adil untuk menyalahkan bahasa melayu yang menyebabkan anak menjadi speech delay. Menyalahkan keliru bahasa juga adalah tidak tepat sama sekali. 

Bagi anak yang lambat bercakap berbanding rakan sebaya, bilingual menerukkan keadaan. Ini kerana anak perlu bekerja keras untuk ingat dan faham kosa kata kedua-dua bahasa. Sedangkan 1 bahasa pun dia sudah lambat. Apatah lagi bila disuruh ingat 2 bahasa berbeza. 

Maka, speech therapist sering menasihatkan kepada ibubapa supaya tumpu pada 1 bahasa dominan keluarga saja. Jangan cakap rojak dah. 

Pada pandangan pribadi saya pula, jika anda benar-benar nak juga guna bilingual, pastikan:

1) Anda memang fasih kedua-dua bahasa. Anda sendiri tak kekok dengan mana-mana bahasa tersebut. 

2) Ibubapa mestilah luangkan masa dengan anak MELEBIHI dari tempoh anak di depan kartun. 

Isu bahasa ini biasanya lebih rumit apabila anak mula nak masuk darjah 1 sekolah kebangsaan. Cikgu di tadika mula complain pasal anak tak faham arahan dan tak menjawab soalan cikgu di dalam kelas. 

Apabila mendaftar anak ke darjah 1 sekolah kebangsaan, nak tak nak, anak tetap kena berdepan dengan bahasa melayu kerana cikgu dan kawan bercakap bahasa melayu. 

Melainkan jika anda memang nak daftar anak ke sekolah antarabangsa. Itu lain cerita. 

Ini ialah realiti hari ini. Maka berdepan dengan realiti dan buat keputusan bijak demi masa depan anak anda. 

Bengkel Terapi Pertuturan untuk Ibubapa

7 Januari 2017, UiTM Pulau Pinang.

4 Feb 2017, Kota Kinabalu Sabah.

5 Feb 2017, Tawau Sabah.

Wsap 0133109703 Pn Ruby.