Siri Bercakap Dengan Bayi

​1) Siri Bercakap Dengan Bayi.
Baby Nisa’ baru 34 hari. Dia belum bercakap. Dia cuma tau nangis, susu, tidoq, berak dan urusan2 penting sebagai seorang bayi. 
Walaupun dia tak reti cakap, tapi saya tetap bercakap dgn dia pada waktu2 yg dia berjaga. 
Dia dah ada eye contact. Matanya dah ikut pergerakan saya. Jadi saya buat suara yg pelbagai intonasi. 
Selalunya….saya juga takde idea nak cakap apa. Sebab dia cuma pandang saja muka saya. 
Tapi saya tetap bercakap. Apa2 saja. Menyanyi atau berzikir. Membaca buku pun dlm BM dan BI.
Saya tidak mengajar dia bercakap. Saya hanya nak dia dengar saja. Dengarlah wahai anakku.
2) Siri Bercakap Dengan Bayi
Saya guna intonasi yg pelbagai dgn gaya bahasa keibuan yg memanjakan bayi. 
Tidak pelat. Tapi berirama dan mcm rhyme / pantun sikit. 

“Sayang umi sayang, sayang umi Nisa”
Ayat pendek. Perkataan berulang-ulang. 
Saya rajin buat urutan bayi (walaupun saya sendiri belum berurut). Sambil urut, saya cakap. 
‘tangan yg rajin’ ‘kaki yg kuat’ ‘perut yg sihat’

‘telinga yg tajam’ ‘hidung yg mancung’ ‘pipi yg comel’
ni contoh saja…boleh juga masukkan unsur2 islamik. 
Saya juga menyebut sukukata tidak bermakna. Tapi dgn intonasi naik turun dan panjang pendek. Saya hanya mahu dia mendengar.
3) Siri Bercakap Dengan Bayi.
Mudah saja. Tapi raaaamai yg lupa nak buat. Realitinya, ada ibu2 di luar sana yg tak bercakap dengan bayi. Cakap sikit2 saja, sudah. Balik2 panggil nama atau zikir2 suruh tidur. 
Ada yg ralit dgn hp. Ada yg ralit tgk tv. Saya juga ralit tgk cerita korea. Banyak dugaan masa berpantang. Terutama online shopping. Laju ja..
Tapi bila kita faham, ada kesedaran tentang pentingnya merangsang bahasa anak sejak bayi, kita cepat2 tutup hp. Nanti bila baby tdo, sambung tengok korea / shopping. 
Masa sesi penilaian, ada ibu2 yg mengaku, dia taktau nak cakap apa dgn anak dia. Kenapa jadi mcm tu? Sebab tak berlatih. 
Bagi ibu2 introvert, yg mmg pendiam dan jarang membebel, anda kena berlatih utk bercakap dgn anak. Lama2 kekok tu akan berkurangan. 
Selagi anda rasa kekok bercakap dgn bayi, selagi tu anda kena banyak berlatih.
4) Siri Bercakap Dengan Bayi
Bermain dgn “silly sounds” ialah aktiviti yg boleh dibuat semasa baby berjaga. (Masa tdo, biaq pi lah dia tdoq, jgn kacau)
Ba ba ba…buuuu…..

chu chu chu….beep beep….

Tit tit tit…..bum bum!
Lihat reaksi anak. Pandang matanya. 
Anda juga boleh buat “raspberries” atau sembur bibir yg mcm budak2 selalu buat tu. 
Atau boleh juga buat bunyi “clicking” mcm cicak tu. 
Ni pun nak kena habaq, sebab ramai ibu2 muda yg blur sungguh. Yg ibu2 tua pun blur juga, anak2 dia dah besaq, dia lupa dah cara nak main dgn baby.
5) Siri Bercakap Dengan Bayi
Kalau dah tak tau sangat nak cakap apa, pergi ambil buku / quran, baca. Senang. Baca je. 
Jangan fikir pasal dia faham ke tidak. 

Kita cuma nak dia mendengar. 
Pada umur baby ni, sel2 dalam koklea dia baru nak mula diaktifkan. Dia dengar semua bunyi, semua jenis bahasa. 
Dia belum boleh kod atau mengecam bahasa yg dia familiar. Macam kita, org dewasa, jika kita tak pernah dengar bahasa jepun, kita tak boleh nak dengar betul2 bunyi2 pertuturan tu. 
Kita rasa….mcm bunyi bercampur dan tak dapat dibezakan apa pun. 
Bagi bayi, dia mendengar semuanya. Makin banyak jenis bahasa yg kita dedahkan, jenis bunyi pertuturan yg kita dedahkan, makin banyak sel2 dlm koklea tu, diaktifkan.
6) Siri Bercakap Dengan Bayi
Menyebut kata-kata positif.

“Nisa yg baik hati”

“Nisa yg rajin, rajin belajar”

“Nisa yg pandai, pandai mengaji”

“Anak solehah, yg terang hati”
Cakap dgn intonasi berlagu ala2 pantun. 

Cakap apa saja harapan anda.
“Belajar rajin2, masuk universiti”

“Ramai kawan, selalu disayangi”
Kata2 ibu ialah doa. Jadi selain kita merangsang anak mendengar, kita juga mendoakan anak sentiasa.
7) Siri Bercakap Dengan Bayi
Apabila anak telah berusia sebulan lebih, atau menghampiri 2 bulan, dia punya pandangan mata sudah lebih baik. 
Mata dia boleh ikut pergerakan kita. Mata dia juga mencari dan melihat dari arah suara kita memanggil. Bila kita cakap, dia sudah mula ada eye contact. 
Ya, seawal 2 bulan. (walaupun Nisa belum genap 2 bulan, tp kita anggarkan umur 2 bulan)
Maka, ini ialah permulaan kepada wujudnya interaksi 2 hala. Kita cakap, tunggu dan lihat respon dia. (Nisa dah boleh senyum bila diagah). 
Ada masanya dia aktif, goyang tangan kaki, bila kita cakap dgn dia, terus dia stop dan tumpu pada muka kita. 
Ini ialah asas turn taking semasa komunikasi. 
Kemudian bila dia bersuara, kita stop dan buat muka terkejut, lalu tiru bunyi suara dia tadi. 
Asas sangat benda ni. Jika saya bukan ST, nescaya saya tak heran pun. Tapi sebab saya ST dan hari2 jumpa budak yg xde interaksi 2 hala, maka saya rasa sujud syukur kpd Allah apabila melihat kemahiran2 ini pada Nisa.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: