Sikit-sikit, tapi konsisten. Jangan tamak, tapi tercicir. 

Ibubapa tak perlu untuk buat 5,6 target setiap hari. Buat 2 target sehari pun dah dikira bagus. Yang penting anda ada target dan latih dengan teknik yang betul. 

Panduan asas:

1) Mulakan dengan apa yang anak paling suka. 

2) Bentuk tingkahlaku yang dikehendaki (gunakan bantuan fizikal, arahan dan puji/beri ganjaran).

3) Ubah persekitaran (susunan mainan, makanan, sorok gadget, bawa ke taman, jemput anak jiran / sepupu ke rumah, hantar ke tadika)

4) Hargai setiap cubaan anak untuk interaksi walaupun secara isyarat. 

5) Pupuk minat kepada buku, menyelak buku, mendengar dan menunjuk gambar di dalam buku. 

Saya boleh saja nak buat senarai ni sampai 25 ke 30 senarai pun. Tapi akhirnya ibubapa menjadi tamak, nak buat semua sekali serentak dan akhirnya tercicir. 1 progress pun tak timbul. 

Anak-anak ni bukanlah macam apps yang kita boleh install dan terus run. Anak-anak ni perlukan latihan, ulangan, rangsangan dan galakkan berteruskan. 

Kalau anak yang tiada masalah bertutur, kita tak perlu ajar pun, dia pandai saja cakap tiba-tiba. Fitrah manusia membesar memang begitu. 

Tapi bagi anak yang dah terkeluar dari julat normal, ibubapa kena lihat dari sudut berbeza. 

# sudut minat si anak

# sudut potensi si anak

# sudut tahap sebenar yang dia miliki

# sudut deria (pendengaran, sentuhan, penglihatan, keseimbangan, bau, rasa)

# sudut tingkahlaku si anak

Semakin ibubapa memahami sudut si anak, semakin ibubapa tahu bahawa ada ruang-ruang yang ibubapa boleh usaha untuk melatih. 

Selalu yang berlaku ialah, ibubapa membeli banyak buku, banyak sticker, banyak mainan…..tapi akhirnya semua tersimpan, koyak, hancur, buang, sepah merata-rata. 

Jika ini berlaku, bermakna anda dah tersasar dari target. Anda hanya melambakkan semuanya di depan anak. Bukan mengajar, tapi sekadar “mempersembahkan” sahaja. 

Sebab itulah, biar sikit-sikit dan konsisten. Jangan tamak lalu tercicir. 
Bengkel Terapi Pertuturan Untuk Ibubapa

26/11/2016 di UTM Jln Tun Razak KL

4/2/2017 di Kota Kinabalu, Sabah

5/2/2017 di Tawau, Sabah

Whatsapp Pn Ruby 013-3109703

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: