Anak lambat bercakap dan tadika/sekolah.

​Bukan semua anak masalah bercakap ni mesti masuk pendidikan khas. 

Ada saja ramai daripada mereka yang masuk sekolah aliran perdana. Tapi syaratnya mestilah:

# boleh urus diri

# boleh ikut arahan guru

# boleh kawal tingkah laku di dalam kelas. 

# boleh menjawab soalan mudah berkaitan diri dia. 

Isu yang selalu saya perhatikan bagi murid yang masalah bertutur ni ialah:

# jadi pemalu apabila umur makin meningkat. 

# tak mahu bercakap dengan cikgu di sekolah.

# jadi mangsa ejek rakan sekelas.

Bagi anak yang dah berumur 5 tahun ke atas, kebiasaannya anak sudah boleh tumpu dengan lebih baik berbanding sebelumnya.

Bagi anak yang tiada masalah, pada umur 5 tahun mereka sudah bersedia untuk aktiviti tadika, tumpu pada latihan asas membaca, menulis dan mengira (3M). 

Bagi anak yang lambat bercakap pula, isu utama yang berlaku ialah masalah tumpuan. Ini menyebabkan kelas tadika yang terlalu mengikut silibus 3M ni tak sesuai untuk mereka. Setiap hari yang berlalu dirasakan begitu menyeksa hati mereka dan para guru. 

Oleh itu, jika guru-guru tadika mendapati murid anda mengalami masalah bertutur, janganlah anda memaksa mereka untuk ikut silibus 3M. Sebaliknya tekankan dahulu bab:

– urus diri

– ikut arahan guru

– aktiviti berkumpulan

– interaksi murid bersama rakan

– nyanyian dan seni kraf 

– adab dan akhlak (berkongsi, bergilir, ucapan terima kasih, beratur, salam, membantu rakan)

Pendedahan asas berikut pula bolehlah diberikan secara perlahan-lahan, mengikut keupayaan murid:

– latihan memegang pensil

– mengikut titik-titik

– mewarna di dalam ruang lukisan

– memadankan huruf yang sama

– menyusun huruf A-Z, nombor 1-10

Anak yang lambat bercakap juga selalunya pelat. Ini menyebabkan bunyi ABC-Z yang disebut kedengaran “salah”. Apatah lagi bacaan Iqra’. Semuanya jadi “salah” disebabkan dia pelat. 

Umur 5 tahun patutnya jelas semua sebutannya kecuali /r/ bagi penutur bahasa melayu. Jadi jika murid anda pelat, cadangkan kepada ibubapa untuk bawa anak ke speech therapist. 

Kaedah phonic selalunya lebih berkesan untuk membantu anak pelat belajar membaca berbanding kaedah mengeja secara tradisional. Tekankan kefahaman mereka berbanding sebutan. 

Ibubapa dan guru mestilah sama-sama berusaha untuk membantu anak yang sedang hadapi masalah. Selain di rumah, anak juga meluangkan banyak masa di tadika dan sekolah. Jadi amatlah rugi jika murid ini dibiarkan di meja paling hujung dan “asalkan tak kacau orang dan tak nangis” saja. 

Jika guru berasa tidak boleh mengawal murid dan tidak tahu nak usaha pendekatan yang mana lagi, maka silalah berterus terang dengan ibubapa. Beri mereka peluang untuk cari tempat lain yang bersedia untuk menerima murid itu. 

Jangan fikir “tak sampai hati”, tapi fikirkan apa yang terbaik untuk murid tersebut.

Bengkel Terapi Pertuturan Untuk Ibubapa

26/11/2016 di UTM KL

4/2/2017 di KK Sabah

5/2/2017 di Tawau Sabah

Ruby Speech Therapy

Whatsapp 0133109703

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: