Berhenti bersedih dan terus langkah ke depan.

Kritikalnya speech therapy di Sabah.

Saya difahamkan hanya ada di 3 tempat:

1) Hospital Queen di KK

2) Women and Child di Likas

3) Hospital Sandakan

Pusat swasta pula ada di 2 tempat. Di Jesselton Medical dan di Therapy Tree. 

Sudah lama orang Sabah ajak saya ke sana. Maka 2017 ni saya buat keputusan untuk pergi ke sana. Cuba turunkan ilmu kepada ibubapa dengan harapan anak-anak Sabah mendapat peluang untuk belajar sendiri daripada ibubapa mereka. 

Dalam bengkel terapi pertuturan, saya menerangkan dari asas. Ibubapa perlu tahu nilai tahap anak mereka. 

Dari tahap asas itulah ibubapa boleh fikirkan target untuk latihan terapi. Tanpa asas, ibubapa akan melakukan latihan sia-sia, kecewa dan tiada hasil. 

Kecewa semasa melatih tandanya anda sendiri telah tersilap. Pasti ada silap. Biasanya silap jangkaan. Anda jangka dan harap bahawa anak anda akan boleh sekian…sekian….

Jangkaan yang silap, menyebabkan anda guna bahan /alat yang silap juga. 

Contoh:

Hanif suka susun kereta banyak memanjang tapi tak minat dengan apa pun permainan lain. 

Ibu target : Nak ajar Hanif main binatang. Ajar bunyi haiwan dan nama haiwan. 

Bahan : Mainan haiwan. 

Hasil : Semuanya dibaling bersepah saja. 

Ini ialah contoh jangkaan yang tak sesuai dengan tahap si anak. 

Mulakan proses terapi dengan target benda yang anak paling suka dahulu. Kalau dia suka kereta, maka keretalah dahulu.

Jika dia suka susun, maka ajar dia susun kereta atas lori trak. Atau susun kereta atas tikar laluan jalan raya. 

Dari menyusun, tukar kepada aktiviti 2 hala. Tolak kereta ke orang hadapan. Bergilir tolak kereta. Sebut 1,2,3 go!!!

Dari bermain tolak kereta, barulah masukkan unsur haiwan. Kereta langgar harimau. Atau ayam naik kereta. 

Ingat : Mula dengan apa yang anak paling suka. 

Anak-anak takkan suka bermain sesuatu permainan tu selagi dia tak faham bahawa mainan tu seronok. 

Maka, apabila anak baling / buang mainan, anda kena faham bahawa si anak tak tau cara mainan tu dan bagaimana mainan tu seronok. 

Selagi dia tak faham, memang dia tak kisah. Jadi sebagai ibubapa, tugas andalah untuk ajar dia sampai dia faham. Ajar secara berperingkat. 

Kaitkan dari apa yang dia suka, kepada benda yang anda baru nak perkenalkan. 

Boleh faham tak? Pergi cuba buat dulu. Tak cuba, tak tau. 

Semakin banyak anak bermain, semakin berkembang IQ si anak, makin besarlah potensi anak untuk bercakap. 

Berhenti bersedih dan mulakan langkah anda. Terus ke depan. 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: