Bahasa Jerman budak-budak.

Selalu ibubapa kata anaknya cakap Jerman. Sebab sebutir patah perkataan pun tak dapat difahami. Tak tau apa yang budak kecil ni cakap. Tapi dia nak cakap banyak. Macam panjang saja ‘cerita’ dia. 

Dalam perkembangan normal kanak-kanak, memang ada peringkat Jargon ini. Biasanya sekejap saja. Dalam usia 1 tahun 6 bulan ke 2 tahun, kanak-kanak memang ada menggunakan jargon. 

Mereka cuba meniru percakapan orang dewasa, tapi belum cukup mahir. Mereka cuba nak meniru ayat panjang atau meniru aksi semasa bercakap. Jadi ibubapa lihat anaknya seperti bercakap  bahasa asing sebab gayanya kelihatan petah dan yakin. 

Yang jadi masalahnya bila peringkat Jargon ini terlalu lama. Dah umur 3 tahun masih Jargon lagi. Sedangkan pada usia 3 tahun, sepatutnya perbualan anak telah dapat difahami oleh anggota keluarga. 

Pelat dan Jargon adalah berbeza. Pelat masih boleh difahami sebahagian dari perkataannya. Hanya salah sebut bunyi konsonan atau dia menukar kepada konsonan lain. Jargon pula memang tak difahami langsung kaitannya denga perkataan sebenar. @#%#*$!”]:awhduw. Itu jargon. 

Bagi anak yang lambat bercakap, dia mengalami peringkat Jargon yang agak lama. Kalau umur 3 tahun baru mula bercakap, maka dah hampir 4 tahun pun masih ada Jargon.Jadi secara kasarnya anak berusia 4 tahun itu yang badannya dah besar 4 tahun itu, bercakap bahasa Jerman. 

Bagi anak autisme yang mengalami masalah bercakap pula, selalunya ada pattern dalam bahasa Jermannya itu. Maknanya dia selalu ulang bahasanya hingga ibubapa dapat cam pattern dia. Contohnya dia selalu sebut “atiku atiku atiku” atau dia sebut “agedabuet agedabuet”. Setiap kali dia bercakap Jargon, memang yang sama keluar dari mulutnya. 

Anak lambat bercakap yang bercakap Jargon bermakna:

1) Kurang kosa kata. 

2) Cuba meniru orang dewasa bercakap panjang dan banyak. 

Jadi untuk atasi masalah anak bercakap Jargon, anda kena

1) Tambah kosa kata.

2) Bercakap dengan anak guna ayat ringkas. 

Persoalannya, bagaimana pula nak tambah kosa kata si anak yang memang dah lambat bercakap ni?

Tiada jalan mudah melainkan dengan meningkatkan kefahaman si anak terlebih dahulu. Anak mestilah faham banyak objek, kata nama, kata kerja, kata sifat dan sebagainya.

# Gunakan kamus bergambar.

# Tunjukkan segala yang ada di sekeliling anak. 

# Sebut segala apa yang anak sedang lihat/ pegang/ buat. 

# Elakkan bertanya soalan. Tapi sebutkan terus perkataan sebenar.

Ini teori saja. Realitinya ibubapa selalu tergamam atau ketawa saja bila dengar anaknya bercakap Jerman. Makin anda ketawa, makin teruklah Jerman tu nanti sebab dia ingat anda galakkan dia bercakap macam tu. 

Jangan ketawa walaupun dia memang comel sangat pada saat tu. Sila buat muka sardin saja dan terus sebutkan perkataan yang sebenarnya. 

Nak belajar cara melatih anak sendiri di rumah?

Bengkel Terapi Pertuturan untuk Ibubapa

UTM KL, 26/11/2016

Kota Kinabalu Sabah, 4/2/2017

Tawau, Sabah 5/2/2017

Wsap 0133109703 Pn Ruby.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: