Masalah anak lambat bercakap

Biasanya ibu bapa yang prihatin akan mula tersedar yang anaknya lambat bercakap apabila ada budak lain yang umur sebaya sudah boleh bercakap. 

Tambah merisaukan, bukan seorang dua yang boleh bercakap. Rupa-rupanya ramai budak yang umur sebaya memang dah mula bercakap. Ada yang lebih muda pun, tapi dah bercakap juga.  

Kerisauan ini makin parah apabila nurse di klinik kesihatan mula buat rujukan untuk berjumpa doktor. Doktor pula merujuk lagi ke hospital pakar untuk penilaian selanjutnya. 

Anak yang lambat bercakap selalunya menunjukkan tanda berikut:

1) Aktif yang amat sangat. Ada saja luka di sana sini kerana selalu terjatuh, terhantuk akibat suka memanjat atau berlari sana sini. 

2) Selalu naik marah, buat perangai atau tantrum kerana tiada siapa faham apa yang dia sedang marahkan. 

3) Susah makan nasi, hanya minum susu botol sepanjang hari. Memilih makan sangat-sangat. Kalau makan, dia makan lambat sangat.

4) Giginya rosak teruk. Ini juga berkaitan dengan amalan susu yang terlalu kerap dan menghisap botol susu sepanjang malam. 

5) Sangat sensitif pada anggota dalam mulutnya. Tak suka gosok gigi. Meronta dan kemam mulut apabila nampak berus gigi. 

6) Masih tidak boleh urus diri walaupun dah masuk umur 4 tahun. Tak boleh pakai baju sendiri, tak reti ke tandas sendiri, basuh tangan selepas makan pun kena dibantu. 

7) Belum memanggil “mama” atau “ayah” walaupun dah masuk umur 2 tahun. 

Masalah ini sebenarnya disedari oleh majoriti ibubapa yang ada anak speech delay. Tapi sejauh manakah ibu bapa bertindak setelah sedar bahawa masalah ini wujud. 

Ada ibubapa yang lebih suka dengar ayat penyedap hati. “Nanti dah masuk tadika, ok lah tu.”

Ada ibubapa yang bertindak segera hantar anak ke tadika. 

Ada pula yang pergi ke speech therapy.

Ada yang menambah ilmu di internet berkenaan speech delay.

Ada yang pergi ke program seminar atau bengkel untuk ibubapa. 

Tak kurang juga yang pergi berjumpa bomoh. 

Realitinya di Malaysia ni tak ramai speech therapist. Kawasan bandar seperti di Kuala Lumpur atau di Pulau Pinang masih boleh dikatakan mempunyai ramai speech therapist. Tapi bagi sesiapa yang pernah cuba dapatkan appointment, anda tahu bahawa jadual mereka padat dan anda perlu tunggu berbulan-bulan sebelum boleh mula jumpa untuk kali pertama. 

Ini kerana sememangnya ramai individu yang mengalami masalah bertutur. Bukan budak-budak saja yang lambat bercakap. Orang tua yang terkena stroke juga susah bercakap. Begitu juga yang pernah kemalangan jalan raya. 

Jika anak anda telah berusia 2 tahun, tapi anda hanya dapat mula jumpa speech therapist apabila umurnya dah 2 tahun 3 bulan. Ada yang anaknya dah 3 tahun, masih belum berjumpa therapist lagi. 

Walaupun speech therapist ada kemahiran untuk ajar anak anda bercakap, tapi anda hanya dapat jumpa dalam sesi 1 jam saja. Dalam tempoh 1 jam, anda ingat anak anda terus boleh cakap?

Sebenarnya speech therapist menilai tahap anak anda dan seterusnya menunjukkan kepada anda teknik yang sepatutnya digunakan. Jadi anda sebagai ibubapa perlu tahu apa yang boleh dibuat untuk terus melatih anak anda di rumah. 

Kalau anda jumpa therapist setiap minggu pun, tapi anda tak usaha untuk latih sendiri di rumah, anak anda tetap tak progress juga. 

1) Kenalpasti masalah anak anda.

2) BERTINDAK segera!

Ada yang susah sangat nak bertindak. Maka anda berdepan dengan risiko anak masalah pembelajaran. Nak tau kaitannya? Baca artikel saya sebelum ni tentang Kemahiran Bercakap dan IQ. 

Sesungguhnya bertindak awal adalah jauh lebih berguna daripada menanggung risiko yang tak pasti.

Ramai yang bertanyakan kepada saya tips melatih anak di rumah. Saya dah letih tulis tips. Banyak dah tips saya tulis secara percuma, ada dalam blog saya ni. Carilah sendiri. 

Kalau ada 1000 tips pun, tapi anda masih berada dalam zon selesa, anda tetap takkan mula bertindak. Melatih anak bercakap memerlukan perubahan dari semua anggota keluarga. Bercakap melibatkan komunikasi anda setiap hari. Pada saat anak anda bangun pagi, mandi, makan, naik kereta….sehinggalah dia tidur. 

Tapi kalau anda membiarkan setiap saat itu dalam zon selesa anda, maka anak anda takkan ada apa-apa perubahan. 

Saya bakal ke UTM Jalan Tun Razak, KL pada 26/11/2016 untuk Bengkel Terapi Pertuturan Untuk Ibubapa. 

Saya melatih ibubapa untuk menjadi therapist kepada anak masing-masing. Saya percaya ibubapa adalah therapist paling layak untuk anak anda. Kerana andalah yang meluangkan masa paling lama bersama anak. 
Ruby Speech Therapy

sms @ whatsapp 0133109703

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: