Tips Melatih Sendiri di Rumah

Melatih sendiri pertuturan-bahasa anak di rumah.

1) Anda mesti tahu apa masalah yang sedang anak hadapi. Contohnya:

– Pelat, sebut hujung perkataan saja.

– Ayat pendek. Cakap sepatah saja pada satu masa. 

– Kosa kata tak banyak. Kata kerja belum ada. Kata nama pun terhad.

– Tidak tumpu lama semasa bermain atau mana-mana aktiviti yang diberikan. 

2) Anda mesti set target yang khusus bagi setiap jenis masalah. Contoh:

– Latih sebutan perkataan bermula huruf k. Maka anda senaraikan 10 perkataan bermula huruf k dan sediakan gambar berkaitan. 

– Latih anak sebut gabung 2 patah perkataaan. “nak__” atau “makan__”. Maka anda sediakan barang yang berkaitan untuk menggalakkan anak ulang skrip yang anda inginkan. Contohnya masa aktiviti main masak-masak. Atau aktiviti puppet. Atau aktiviti binatang bersama makanan. 

– Tambah kosa kata anak. Mulakan dengan perkataan harian berkaitan dirinya (baju, botol, kasut, bola) seterusnya barang di dalam rumah (pintu, tv, tandas, cermin, bunga) kemudian tambah lagi. Boleh gunakan kamus bergambar. 

– Latih tumpuan anak. Gunakan aktiviti yang dia minat dan perlahan-lahan pindah kepada aktiviti yang lebih sukar. Gunakan reward yang jelas. Contohnya, lepas dia siapkan semua puzzle, dia boleh main pasir (reward). Atau lepas dia buat lacing bead, dia boleh main kereta (reward). 

* Contoh aktiviti tumpuan. Asingkan. 

Saya percaya bahawa ibu bapa ialah therapist terbaik untuk setiap anak masing-masing. Ibu bapalah paling tahu, apa minat dan kelemahan anaknya. 

Amatlah rugi jika ibu bapa hanya menunggu tarikh appointment speech therapy, tanpa ada usaha sendiri di rumah. 

Namun untuk melatih, anda perlukan ilmu. Anda perlu ada idea dan tidak panik apabila anak tak bagi respon yang diharapkan. 

Bagi ibu bapa yang pernah cuba melatih anak sendiri, anda pasti pernah berasa buntu, tak tahu bagaimana lagi yang perlu dibuat. 

Maka sebab itulah saya membuat Bengkel Terapi Pertuturan untuk Ibu Bapa supaya anda ada panduan dan dapat berfikir seperti seorang therapist. 

Saya akan ke UiTM Kota Bharu pada 16/9/2016 ni. Pendaftaran masih dibuka. Ini kali pertama saya buat bengkel di Kelantan. Semoga orang Kelantan menggunakan peluang ini sebaiknya. 

Ruby Speech Therapy

Whatsapp 0133109703

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: