Bapa prihatin

Orang lelaki selalunya susah benar nak terima hakikat yang anaknya dalam kesusahan.

Bukannya orang lelaki ni tak tau, mereka tahu, tapi tak nak terima. Mereka cuba berdalih dengan berfikir perkara-perkara optimistik. 

Selagi mereka berada dalam denial stage, jangan mimpilah untuk mulakan terapi. Ada ibu-ibu yang bertanyakan bermacam soalan kepada saya. Tapi bila nak buat appointment, baru mengaku bahawa suaminya tak bagi datang sebab tak percaya yang anaknya bermasalah. 

Bila jadi begitu, saya memang menyerah kalah. Saya tiada upaya. Kerana realitinya, melatih anak ni perlukan kesedaran dari kedua-dua suami isteri. 

Walaupun saya tahu 1000 teknik melatih sekali pun, walaupun masalah anak anda sebenarnya sedikit saja dan hanya perlukan 3 sesi saja, tapi kalau suami kata tak boleh, maka memanglah jawapannya tak boleh. 

Kepada para suami, jika isteri anda berkata yang anak anda perlukan terapi:

1) Luangkan sekurangnya 30minit bersama anak tanpa gangguan lain. Simpan gadget anda, tutup tv. 

2) Lihat bagaimana anak berinteraksi. Adakah dia ada usaha untuk berkomunikasi?

3) Dengar sebutannya. Adakah dia cakap dalam ayat? Adakah dia boleh jawab soalan? Adakah dia cakap pelat?

4) Perhatikan kefahamannya. Adakah dia boleh ikut arahan? Adakah dia boleh tunjuk anggota badan atau gambar di dalam buku? Adakah dia faham soalan yang anda tanya?

5) Cuba ingat beberapa nama budak lain yang sebaya umurnya dengan anak anda. Adakah budak lain itu juga sama saja perkembangannya dengan anak anda?

Ini 5 perkara asas yang boleh menyedarkan para suami. Jika suami benar-benar prihatin, merekalah yang paling tangkas bertindak. 

Ada suami yang menelefon saya. Tanya appointment, tanya pasal anak mereka, minta tips latihan dan sebagainya. Ada suami yang menghantar anak ke kelas terapi saya. 

Ada suami yang lebih hebat melatih anak berbanding isteri. Ada yang anaknya lebih cepat respon bila suami yang buat aktiviti. 

Tapi selagi suami masih dalam denial stage, para isteri hanya boleh berdoa sajalah. Usahkan nak datang terapi, datang bengkel untuk ibuabapa pun dia tak nak. Pergi buat diagnosis dengan pakar pun, lagilah dia tak nak.

Banyak-banyaklah berdoa wahai para isteri. Moga suami anda mendapat hidayah dan terbuka pintu hati untuk mula bertindak membantu anak. 

Kalau nenek atau mentua yang ‘denial’, anda boleh tahan telinga saja. Masih boleh pergi usaha proses terapi. Tapi kalau suami yang denial, 1 apa pun tak boleh mula. 

Memerlukan bantuan, tidaklah bermakna anak anda OKU atau berpenyakit. Sekadar perlukan campur tangan dari pihak luar, iaitu therapist. 

Therapist akan buat penilaian dulu untuk kenalpasti apa masalahnya. Kemudian therapist akan ajar cara melatih anak anda dengan betul. Anda akan dapat idea untuk melatih anak dan melihat contoh permainan yang bersesuaian. 

Mungkin selama ini, anda cuma tak tahu teknik melatih yang betul. Itu saja. 

16 September 2016 ni saya ke Kelantan. 

Jom datang. Buktikan bahawa orang Kelantan juga kuat kesedaran dalam bab membantu pertuturan bahasa anak. 
Saya pernah ke Ipoh, Johor Bahru, Seremban, Melaka, Kuantan dan Kuala Terengganu. Ini kali pertama saya buat di Kota Bharu. 

Kembali pada tajuk iaitu Bapa Prihatin.

Tahukah anda?

– Majoriti anak yang ada masalah bertutur ialah lelaki. Majoriti anak autisme dan hyperaktif ADHD juga adalah lelaki. 

Maka, siapakah yang lebih layak melatih anak lelaki kalau bukan si bapa? 

Kudrat wanita ni lemah. Kalau anak ni mengamuk tantrum, terlebih aktif atau aggresive, maka takkan lah nak biarkan wanita yang handle situasi tu? 

Berbalik kepada bapa juga akhirnya. 

Tapi kalau bapa duduk dalam denial stage, dia akan salahkan si isteri. Konon isteri tak reti didik anak. Lepas tu asyik lepaskan marah kepada anak. Berbirat la budak tu kena pukul. Ada pula yang terlebih manjakan anak. Semua benda budak tu nak, terus saja dapat. 

Semua ini berlaku kerana bapa belum cukup faham apa yang sedang berlaku dalam minda anak anda.

Tiada ‘short cut’ untuk melatih anak bercakap. Semuanya kena manual. Kena buat step by step. Kena faham dan kena usaha. 

Telan ubat minda 1 lori pun, tapi tak usaha secara manual, tetap tiada progress. 

Samalah seperti air penawar. Minum air penawar 1 empangan pun, tapi kalau malas solat dan tak baca quran, tetap takkan ada perubahan rohani. 

Tiada jalan pintas. 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: