Sila hadirkan belas kasihan

Zaman dulu memang tiada terapi-terapi ni. Anak tu pergi saja sekolah macam biasa. Kelas pendidikan khas pun tiada. 

Anak-anak ni duduk di kelas hujung, dilabel sebagai budak nakal, tak minat belajar. 

Ada yang berhenti sekolah lepas darjah 4 atau darjah 6. Alasannya, tak minat belajar. Buat sajalah apa-apa kerja sendiri di kampung. Kalau ibubapa berniaga, bolehlah belajar mewarisi perniagaan / tanah keluarga. 

Zaman sekarang dah jauh berbeza. Tadika pun sudah begitu canggih. Budak darjah 1 semua dah kenal huruf dan majoriti sudah tahu membaca sukukata mudah. 

Janganlah samakan nasib anak kita dengan zaman kita masa kecil-kecil dulu.

Ramai ibubapa zaman moden yang juga tahu tentang kaedah pendidikan anak-anak. 

Mereka tidak bercakap pelat dengan anak. 

Rajin bermain dengan anak. 

Belikan bermacam buku untuk anak.

Tapi anak masih tidak bercakap. Tapi anak masih bercakap pelat. 

Saya percaya bahawa ibubapa yang ada anak masalah bertutur ni telah usaha bermacam cara di rumah. 

Ibubapa cuba cakap jelas, cuba suruh anak ulang, cuba beli flash cards…macam-macam cara. Tapi masih tak menjadi. 

Takkan nak tunggu anak dah 8 tahun baru nak mula datang speech therapy? 
Jika anak anda tidak mengalaminya, anda tidak akan faham. Nasihatilah ibubapa untuk cuba jumpa therapist. Cuba baca topik-topik berkaitan di internet. 

Janganlah begitu mudah membuat andaian “tak payah pun terapi ni semua. Membazir duit je.”

Jangan begitu wahai ibubapa. 

Dunia ni berputar ibarat roda. Sekali terkena stroke, kita yang dah dewasa ni juga boleh hilang kata-kata. Masa tu nanti, baru kita tau perasaannya bila orang lain kata “terapi ni tak penting.”.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: