Anak cakap hujung-hujung.

Anak umur 2-3 tahun memang biasa bercakap hujung-hujung. 

“Nak tan cik” – nak makan nasi.

“nak yaq lo” – nak ayaq milo.

“bang koi ngan” – abang pukui tangan.

Tapi kalau dah hampir usia 4 tahun, masih cakap hujung-hujung begini, anda perlu mula bawa anak ke terapi pertuturan. Dia memerlukan bantuan. Bantulah dia sebelum daya keyakinannya makin menurun apabila umur makin meningkat. 

Antara latihan yang mudah untuk ibubapa cuba buat di rumah ialah:
1) Sebut sambil kuatkan suara pada sukukata awal. Tekankan suara. BAju. KAsut. KIpas. 

2) Sebut sambil panjangkan sukukata awal. Baaaaaaju. Kaaaaasut. Kiiiiipas.

3) Sebut sambil “tap” 2 kali ikut sebutan sukukata. Contoh, sambil sebut “ta”, kita tunjuk tangan kanan, sebut “ngan” kita tunjuk tangan kiri. Tapi tidak dipotong sukukata tersebut. Mesti disebut secara terus bersambung “tangan”. Atau kata lainnya, sebut sambil bergerak. 

Begitu juga bila sebut “mata” tunjuk mata kiri dan kanan sambil sebut “maaata”. 

4) Asingkan gambar:

1 sukukata : bas, pen, pin, tong, kek.

2 sukukata : baju, mata, kaki, sikat

3 sukukata : tembikai, harimau, basikal

Aktiviti ini untuk melatih kesedaran anak bahawa ada perkataan yang pendek, ada yang panjang. Tapi anda mestilah tunjukkan contoh beberapa kali sebelum menyuruh anak anda melakukannya. 

5) Latih konsonan pertama yang sama saja pada 1 masa. Contohnya : Baju, batu, buku, bola, belon. 

Hari esok baru ajar konsonan lain pula : mulut, mata, makan, minum, masuk. 

Lusa pula ajar konsonan lain : payung, pulau, potong, pisau, paku, pokok. 

Pastikan anda bersedia dengan gambar target atau lukis saja secara ringkas di kertas A4. Sambil anak warna, sambil berlatih sebut. Boleh juga minta anak ulang 5x sebelum boleh mula mewarna. 

6) Potong gambar haiwan separuh. Jika anak sebut “jah” dia hanya dapat bahagian ekor gajah. Dia sebut penuh “gajah”, baru dia dapat kepala dan ekornya sekali. Lekatkan gambar pada scatch book kosong.

Mana nak dapat gambar haiwan? Google kan ada…print saja. 

Gajah, kucing, tikus, tupai, lipas, katak, arnab, burung, lembu, kambing…..

Banyak lagi sebenarnya. Ini contoh aktiviti yang saya selalu buat di bilik terapi saya. 

Apa pun, setiap masalah pertuturan memerlukan penilaian yang menyeluruh dari speech therapist bertauliah. Ini kerana pelat ada kategorinya dan setiap kanak-kanak adalah berbeza. 

Saya hanya berkongsi idea, moga-moga bermanfaat kepada ibubapa yang prihatin. 

Saya akan ke Skudai Johor pada 27/8/16 dan ke Kota Bharu Kelantan pada 16/9/16. 

Sesiapa yang berminat untuk belajar teknik melatih anak bercakap, dan teringin untuk menjadi therapist kepada anak masing-masing, bolehlah mendaftar. 

Ruby Speech Therapy 

Whatsapp @ sms 013-3109703

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: