Main, IQ dan bercakap. 

Tahniah kepada ibubapa yang rajin melayan anak bermain. 
Tahukah anda, memang ada ibubapa yang tak reti bermain dengan anak? 

Apakah ciri-ciri ibubapa yang tak reti bermain dengan anak?

1) Ibubapa ni biasanya jenis pemerhati. Tengok, senyum dan rasa bahagia. Itu saja.

2) Ibubapa ni suka guna skrip, 

“Hang pi main tang sana”

“Pi ajak adik hang main”

“Kakak!!!!Mai teman adik hang ni!!!”

3) Ibubapa ni biasanya tak tahan sepah. Anak baru nak mula main, dia dah kalut suruh kemas. Skrip dia macam ni, “Kutip, kutip…ni simpan semua ni. Ibu takmau tengok semak-semak ni. Ni Lego ni kemas. Sakit kaki ibu kalau terpijak.”

 4) Ibubapa jenis suka tanya atau suka suruh-suruh. Kalau ibubapa baru nak rapat, dia cepat-cepat lari, tak suka nanti ibubapanya ganggu dengan soalan atau arahan yang tiada kaitan dengan permainan. 

Dalam sesi terapi, saya selalu menunjukkan contoh cara untuk bermain dengan anak-anak. Supaya anak belajar bercakap, sambil bermain. Ramai ibubapa yang tercengang melihat sejauh itu saya bermain. Mereka tak sangka, sehingga tahap itu saya sanggup lakukan dengan anak mereka. 

Untuk menjadi rakan permainan anak, kita mesti merendahkan tahap kita, sama level dengan anak. Berfikir dan beraksi seperti kanak-kanak. 

Jika anak respon, menunjukkan minat untuk bermain, ketawa dan meniru aksi-aksi yang kita tunjukkan, maka itu sudah dikira berjaya. 

Lebih hebat lagi jika anak boleh bergilir dalam permainan, membuat pilihan, menawarkan pilihan pula kepada kita, menunjukkan aksi dan suruh kita pula ikut cara dia….dan sebagainya.

Itulah namanya bermain. 

Ibubapa yang rajin layan anak bermain;

1) melatih IQ anak (tumpuan, ingatan)

2) mengembangkan kreativiti dan imaginasi anak

3) merapatkan hubungan kekeluargaan

4) menanamkan memori indah yang merupakan bekalan ingatan anak sehingga dia dewasa nanti

5) melatih kemahiran sosial dan komunikasi

Terdapat ibubapa moden pula yang membelikan pelbagai mainan yang bagus. Apabila saya tanya, apakah jenis mainan yang ada di rumah? Jawapannya;

Lego, puzzle, ABC, 123, pencil warna.

Ada tak mainan binatang ke, robot ke, ironman ke…? – takde.

Ada tak mainan masak-masak ke, anak patung ke….? – takde.

Ada tak mainan kereta, lori, motor, kapal terbang, jet pejuang ke…? – takde. 

Kenapa takde?

– sebab anak bukannya main sangat. Main sikit, tinggal. 

– sebab ingatkan mainan macam tu tak penting @ tak berfaedah.

– sebab dulu pernah beli, dia sepah sana sini, baling, rosak. Lepas tu tak beli dah. 

– sebab tak tau mana nak cari mainan macam tu (ni memang alasan paling tak logik, tapi memang ada yang jawab macam ni depan saya)

– sebab dulu pernah beli dah masa abang kakaknya kecil dulu. Dah buang semua. Sekarang masa anak bongsu ni, lupa pula nak kena beli mainan macam tu.

Mainan binatang, robot, masak-masak, anak patung, lori, kapal terbang ni semua ialah mainan yang melatih imaginasi kanak-kanak. 

Mereka berimaginasi, dan bermain pula secara role-play (jadi ibu, jadi pilot, jadi ultraman, jadi polis).

Ini ialah kemahiran dalam perkembangan minda kanak-kanak. 

Tapi bagi anak yang lambat bertutur, ada masalah komunikasi, maka kemahiran bermain ini sangat penting. 
Untuk melatih anak bercakap sambil bermain, ibubapa terlebih dahulu kena tunjuk contoh yang baik. Masalahnya ibubapa pun tak main. Kalau main pun, ibubapa tak cakap. Asyik ulang sebut “yeay! pandai!ooo…..haa….ok”

Macam mana anak nak cakap? Kalau itu saja yang ibubapa cakap dengan anak semasa bermain? 
Sejujurnya ibubapa kaku dan tak tau nak cakap apa. 

Anak tu buat gaya kapal terbang, si ibu pun angguk kepala saja dan senyum. 

Anak buat gaya masak-masak, si ayah pula tepuk tangan dan kata “pandai….”. 

Sebab tak tau nak cakap apa. Cakap sajalah “Kapal terbang? uuuu……adik terbang….uuuu…..hebat….” atau “Kakak masak? sedapnya….kakak masak teloq? Abah nak teloq kicap.”

Banyak lagi sebenarnya….tak tertulis saya di dalam blog ni. Benda begini kena latih dan ditunjukkan secara praktikal. Barulah anda betul-betul faham apa yang saya maksudkan teknik melatih anak bercakap sambil bermain. 

Saya akan ke JB pada 27/8/16, sabtu, bengkel terapi pertuturan untuk ibubapa. Ini kali ke 3 saya ke JB. Tapi dah lebih 20 sesi program bengkel dah yang saya buat di semenanjung Malaysia. Jom datang dan kita belajar sama-sama. 

Ruby Speech Therapy

sms @ whatsapp 0133109703

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: