Hari Pertama Ruby EIP Centre.

Hari pertama di Ruby EIP Centre. 

Saya yang berdebar sangat. Maklumlah ni kali pertama saya berdepan dengan 6 murid serentak pada 1 masa. 1 kelas ada 3 murid, 1 guru. 

Pada awalnya, saya rasa ok kot….3 murid je…. Tapi bila realitinya….huhuhu…. seorang pun dah cukup ribut, apatah lagi bila dah jadi kuasa 3. 

Apa pun, saya rasa lega apabila cikgu-cikgu yang ada cukup bertenang, terkawal dan boleh handle setiap situasi yang berlaku. 

Bila ada yang merajuk, mereka tak pujuk. Betul.

Bila ada yang mengamuk, mereka abaikan saja. Betul. 

Bila ada yang berlebihan minta mainan, mereka bertegas “tak boleh!”. Betul. 

Bila ada yang tak faham arahan verbal, bantu secara fizikal. Betul.

Bila ada yang hilang tumpuan, tarik semula perhatian Betul.

Bila ada yang susah makan, ajar juga makan walaupun secara bermain. Betul. 

Bila ada yang terlepas kencing / berak, selesaikan segera.Betul. 

Bila ada yang bercakap, respon secara verbal yang betul untuk panjangkan ayat. Betul. 

Banyak lagi yang saya perhatikan. Sungguh mereka memang jauh lebih berpengalaman dari saya apabila tiba bab melatih murid secara berkumpulan, dalam tempoh yang lama. 

Sejujurnya, sesi speech therapy biasanya adalah secara individu. Kalau berkumpulan pun, hanya 2 @ 3 orang yang telah saya pilih tahapnya. 1 sesi pula tempohnya hanya 1 jam. 

Betapa jauh bezanya sesi 1 jam saya tu berbanding full day / half day kelas intervansi awal yang dilakukan oleh cikgu-cikgu setiap hari. 

Saya yakin, masa ialah penawar. Beri masa kepada anak-anak ini untuk sesuaikan diri dengan rutin. Beri masa kepada cikgu untuk kenal tingkah laku mereka dengan lebih dekat. 

Insyaallah segalanya akan lebih mudah nanti. Harap-harap ibubapa juga turut bersabar dan terus memberi semangat kepada anak masing-masing. 

Ini ialah ikhtiar kita bersama. Perjuangan memerlukan pengorbanan. Belajar juga ada pengorbanannya. Terima kasih kepada ibubapa yang meletakkan kepercayaan kepada Ruby EIP Centre.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: