Anak improve sendiri?

“Kalau tak pergi terapi, anak boleh improve sendiri tak?”

Ramai yang tanya. 

Jawapannya, boleh!

Semua anak apabila semakin membesar, secara fitrahnya bukan saja badan fizikalnya semakin membesar. Keupayaan kognitif juga semakin bertambah berdasarkan pengalaman yang dilalui sehari-hari. 

Daya tumpuan bertambah baik. Kalau masa umur 3,4 tahun suka berlari ke sana sini, apabila dah masuk umur 7,8 tahun, mereka dah bertenang, boleh duduk diam di kerusi. 

Kemahiran urus diri juga bertambah baik disebabkan latihan yang dibuat oleh ibubapa di rumah. 

Apabila daya tumpuan semakin bagus, maka barulah datangnya rasa niat untuk berkomunikasi dengan lebih baik bersama ahli keluarga. Maka anak mula boleh bercakap pada usia 6,7 tahun, walaupun tak pernah pergi terapi. 

Persoalannya, anda memang tak kisah ke kalau anak baru mula bercakap umur 7 tahun?

Saya tujukan soalan ni kepada para bapa. Ramai bapa yang selalu jawab, “Nanti dah besar nanti, ok lah tu. Tak dak apa haih.” Macam tak kisah pula anaknya baru nak bercakap sepatah dua pada umur 7 tahun. 

Katakanlah anak mula bercakap pada umur 5 tahun, cakap sepatah dua, ayat pendek-pendek saja (berbanding rakan sebaya yang dah bercerita panjang), adakah selepas itu dia mampu progress dengan cemerlang hingga boleh setara dengan rakan sebaya? 

Persoalan ini saya tujukan kepada nenek-nenek dan tok wan di luar sana. Kerana ramai para nenek berkata, “Tu haa….pak menakan hang tu, dulu umur 5 tahun baru pandai cakap, la ni dah jadi lawyer.”

Adakah anda pasti yang cucu anda mampu progress seperti pak menakan tersebut? 
Ikhtiar. 

Selalunya, terapi-terapi ni dikatakan ikhtiar terakhir. 

Selalunya ikhtiar yang paling awal ialah berubat kampung. Segala jenis air penawar, ubat minda, homeopati, tangkal dan segala macam lagi. 

Bagi saya, saya tak kisah apa pun ikhtiar anda. Itu ialah keyakinan anda. Atas apa yang anda pegang dalam keimanan akidah anda. Bukan urusan saya. 

Memang ada murid yang datang dengan bertangkal bagai, saya tetap latih dengan sepenuh hati. 

Ingatlah, apapun ikhtiar anda, janganlah jadikan speech therapy ini sebagai jalan terakhir. Apalah salahnya ada lakukan saja seiring. Pagi bawa datang speech therapy. Petang, kalau nak pergi bomoh, pergilah. Atau malam nak bawa ke perubatan islam, pergilah. Ikhtiar anda. 

Apabila berdepan dengan isu percakapan anak, kita terikat dengan masa. Umur kritikal perkembangan bahasa ialah sehingga 5-6 tahun. Bermakna, anak cepat ingat perkataan baru dan cepat belajar bercakap pada usia muda. 

Amatlah rugi jika anda nak tunggu 7 tahun. Anak sudah jauh ketinggalan berbanding rakan sebaya. 

Semua ibubapa inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Tapi sejauh mana ibubapa boleh memikirkan kaedah yang terbaik? 

Ada yang di mulutnya saja sebut ikhtiar. Tapi masih tak bertindak. Tak usaha cari therapist, tak usaha dapatkan appointment, tak usaha datang bengkel seminar, tak usaha beli bahan mengajar, tak usaha duduk baca buku dengan anak. 

Masih saja meneruskan rutin harian, gadget masih ada di tangan anak berserta charger sekali. 

Jika benar nak anak improve sendiri, anda tak nak datang terapi atas apa sebab sekalipun, maka anda kena usaha di rumah. 

Ibubapa kena mulakan usaha, cari ilmu dan bertindak. 

Ilmu di hujung jari saja. 

1) Bagaimana melatih daya tumpuan kanak-kanak?

– latihan motor kasar dan latihan motor halus.

– kurangkan berdepan dengan screen (tv, handphone, tablet)

– latih anak buat aktiviti di meja kerusi

– latih kreativiti dan imaginasi (Lego, playdough, painting, arts and craft)

– tetapkan jadual belajar dan wujudkan rutin

– latih anak kemahiran urus diri
2) Bagaimana melatih interaksi 2 hala supaya anak nak bercakap?

– aktiviti buku cerita

– nyanyian

– bermain bersama anak dan ikut rentak anak

– menggunakan ayat penyata dan elakkan ayat tanya

– latih kefahaman dengan mengikut arahan yang lebih panjang

Tapi…..semua ni hanyalah teori. Teori yang tiada maknanya jika anda tak apply. Malah ada pembaca yang tidak dapat membayangkan pun kaedahnya selagi anda tak lihat sendiri dengan mata anda, bagaimana setiap kaedah di atas dibuat oleh therapist. 

Oleh itu, usaha, ikhtiar. 

Ni saya nak ke JB pada 27/8/2016 nanti. Saya bawa banyak video dan mainan untuk kita demo sama-sama. Saya melatih ibubapa untuk menjadi therapist kepada anak masing-masing. 

Saya ke JB setahun sekali saja. Lepas ni jangan tanya dah bila saya nak ke JB. 2017 pula ya. 

Ruby Speech Therapy

whastapp / sms 0133109703

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: