Interaksi sosial dan bermain

Anak yang hebat mencipta Lego pelbagai bentuk atau membina playdoh bermacam rupa, belum tentu boleh bercakap seperti rakan sebaya.

Saya memang pernah jumpa, kanak-kanak yang boleh mencipta Lego cantik dan melukis hebat, tapi tak cakap seperti rakan sebaya.

Kenapa?

Ini kerana kemahiran bercakap memerlukan interaksi sosial yang bagus. Kemahiran bermain sepatutnya berkembang dari:
1) bermain sendirian
2) bermain olok-olok
3) bermain bersama rakan
4) bermain ikut tema dengan kumpulan rakan.

image

Maka seiring dengan kemahiran bermain yang makin kompleks, begitu juga dengan kemahiran pertuturan bahasa.

Jika dilihat dari segi tumpuan, kita selalunya fikir, bagusnya budak tu tumpu melukis dan boleh bina Lego macam-macam. Bagus tumpuan dia, boleh duduk diam lama. Bagus imaginasi dia.

Tapi tumpuan duduk diam dan imaginasi saja, tak cukup untuk membolehkan kanak-kanak bercakap.

Hakikatnya, interaksi sosiallah yang mencetus kepada minat kanak-kanak untuk bercakap. Jika tiada interaksi sosial, anda hanya melatih anak meniru sebutan saja. Jika dipaksa sebut, baru dia sebut. Kalau tak paksa, dia diam saja.

Maka seterusnya, bagaimana pula nak melatih interaksi sosial?

Interaksi hanya wujud jika adanya peluang. Maka bagaimana pula nak mewujudkan peluang?

Sedikit tips dari saya:
1) Simpan benda kegemaran dia di tempat yang sukar di capai, tapi dia masih boleh nampak.

2) Duduk berdepan dengan anak, luangkan masa memahami cara anak bermain dan ikut apa yang dia sedang buat.

3) Buat benda yang dia tidak sangka ibunya akan buat. Contohnya ibu tertumpah sedikit air semasa tuang ke dalam cawan. Atau ibu pakai baju tshirt yang biasanya ayah yang pakai.

Lihat respon anak.
Tunggu….tunggu….tunggu….
Perhatikan keinginan anak untuk berinteraksi. Tidak kiralah sama ada dia menggunakan cara verbal atau bukan verbal (isyarat).
Maka di saat itulah ibubapa boleh melatih anak untuk bercakap.

Jom datang bengkel terapi pertuturan untuk ibubapa
17 Mei 2016 di Sg Buloh
21 Mei 2016 di Seremban

Rubu Speech Therapy
0133109703 sms @ whatsapp

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: