Siri melatih anak bercakap di laut dan kolam

Ini bukan siri bercakap dengan jin.
Sambungan artikel saya yang semalam saja.

5) Lukis di pasir. Aktiviti ni bosan kalau lukis gitu-gitu saja. Bila kita melibatkan budak lambat cakap, cara kita mesti lain dari biasa. Mula-mula ayah dulu baring terlentang atas pasir dan ibu tolong anak garis di pasir ikut seluruh badan ayah. Sambil tu sebut “kepala ayah, tangan ayah, badan ayah, kaki ayah”. Lepas tu anak pula baring terlentang dan ayah lukis. Sampai dapat gambar sekeluarga. Boleh letak kerang kat bahagian mata, hidung, mulut dan telinga.
Dapat bayangkan tak aktiviti ni?

6) Main baling buah kelapa. Cari yang agak kecil dan senang untuk budak pegang. Ni untuk anak yang dah 5 tahun ke atas. Ajar anak cakap ayat yang lebih panjang.
“Ilman baling lagi jauh dari abang Irham.”
“Abang Irham lagi jauh.”
“Ilman punya yang paling jauh”
“Ummi, tengok ni Ilman nak baling”

Bagi anak yang lancar bercakap, kita tak perlu ajar ayat sebegini sebab memang spontan saja. Tapi bagi anak yang lambat bercakap, kita kena ajar ayat tu. Ulang berkali-kali dengan situasi yang natural supaya anak menggunakan pertuturan secara spontan dari niat hatinya untuk berkomunikasi. Bukan sebab dipaksa-paksa.

7) Bermain ombak juga boleh dijadikan aktiviti melatih bercakap. Bila ombak datang, ajar anak sebut “1,2,3 lompat!” Atau anda boleh ajar anak sebut, “Ombak besar! Ombak datang!” Kalau anda berendam dengan anak dalam laut, anda boleh ajar anak tiru bunyi mudah seperti “Uuuuuu” setiap kali dilambung ombak.

8) Bagi ayah yang boleh menyelam, sangat bagus jika anda boleh menjadi watak buaya atau shark. Jadi anak boleh tembak “buaya” tadi dengan pistol air. Ajar anak sebut bunyi mudah seperti “Beng beng!” atau perkataan mudah seperti “Tembak!” atau ayat pendek seperti “Tembak buaya”.

Saya yakin ibubapa selalu saja main seperti yang saya tulis ni dengan anak anda. Cuma bezanya anda main tanpa memikirkan target latihan dan anda sebut segala benda, tidak konsisten atau sekadar melihat berbanding bercakap. Malah ada yang tak tau nak cakap apa.

image

Jom datang bengkel terapi pertuturan untuk ibubapa bersama saya
7 May 2016 di Sungai Petani
15 May 2016 di Ipoh
21 May 2016 di Seremban

Ruby Speech Therapy
0133109703 sms @ whatsapp

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: