Terapi bercakap di kolam dan laut

Nak latih anak bercakap masa aktiviti di kolam / laut?

1) Main mainan pancing ikan. Anda boleh main secara bergilir sambil melatih daya tumpuan anak. Pilih target perkataan yang anda nak ajar anak. Contohnya anda target “ayah pulak”, “Ilman pulak”. Atau anda target “yeay, ayah dapat!” atau “yeay, Ilman dapat ikan besar!”.

image

2) Main bola. Suasana di kolam menyebabkan aktiviti ni jadi seronok. Sebenarnya sama saja kaedahnya. Ajar anak sebut “1,2,3 baling!” atau “1,2,3 tangkap!”.
Jika bapa pandai menyelam, bapa selam bersama bola dan ibu yang tunggu bersama anak ajar anak sebut “Mana bola? mana? mana?” sambil buat gaya tangan. Bila bola timbul, ajat anak tunjuk, “Tu bola, kat sana, jom, jom kita ambil.” Tunggu respon anak dan ulang serta lihat jika anak ada usaha untuk ikut sebut.

3) Bagi anak yang sukar meniru sebutan, latih anak tiru bunyi mudah sambil buat gaya percikkan air dewata raya perwira angkasa. Bunyi mudah seperti “Wush wush wush!” “Kebaaaboommm!” “Bub bub bub!” atau apa saja bunyi yang anda boleh reka. Dengan mimik muka dan gaya, segalanya pasti menarik dan meriah.

4) Kalau di laut pula, anda boleh ajar anak tunjuk dan sebut. “tuu….burung.” “tu…kapal.” “tu…siput.” Anda boleh sorokkan siput kerang dalam pasir dan suruh anak cari. Bila jumpa, ajar anak sebut, “Ilman jumpa!”. Lepas kumpul kerang, anda boleh bahagikan kerang dan ajar anak sebut, “Ni ayah punya. Ni adik punya. Ni mama punya. Ni abang punya”. Kalau anak anda boleh cakap ayat lebih panjang, “Yang paling besar ni, abang punya. Yang comel warna oren ni adik punya. Yang ada pecah sikit ni ayah punya.”

image

Ni saja yang sempat saya tulis sambil berdiri tunggu anak ke tandas kat tesco pulau pinang ni. Nanti ada masa lain, saya sambung.

Jom datang bengkel terapi pertuturan untuk ibubapa
7 May 2016 di Sg petani
15 May 2016 di Ipoh
21 May 2016 di Seremban

Ruby Speech Therapy
sms @ whatsapp 0133109703

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: