Jom faham anak 4 tahun mengamuk

Bukan semua budak boleh terus bertenang bila dipeluk. Ada yang menjadi-jadi perangainya, bikin panas hati ibu ayah.

Komunikasi.

Bagi anak 4 tahun ke atas, mereka sudah boleh bercakap dengan jelas. 100% sebutannya difahami ibubapa dan guru. Boleh bercerita dengan ayat panjang dan menyanyi.

Maka, pada fikiran ibubapa, “Anak boleh bercakap, maka dia patut cakap sajalah apa yang dia tak puas hati. Kenapa mesti nak mengamuk dengan perangai macam-macam?”

Realitinya, walaupun anak sudah bersedia dari segi pertuturan bahasa, tetapi psikologinya belum cukup bersedia. Baru 4 tahun hidup di bumi.

Dia masih dalam proses belajar:
1) Bukan semua benda dia boleh dapat.
– contoh: Jika ke kedai, hanya boleh pilih 1 mainan saja yang harganya bawah RM10.

2) Ada ketika dia kena tunggu.
– contoh: Kalau nak beli kasut, kena tunggu balik tadika nanti. Lagi pun kedai tak buka pagi-pagi.

3) Kepatuhan pada suruhan ibubapa.
– contoh: Balik tadika mesti letak beg di tempatnya dan keluarkan baju kotor masukkan dalam bakul.

4) Bukan semua benda terus jadi seperti yang dikehendaki. Kena usaha.
– contoh: Kalau pakai seluar panjang terbalik, kena betulkan semula sendiri dan pakai elok-elok. Tengok kaki seluar, masukkan kaki betul-betul.

5) Memahami antara gurauan atau pergaduhan.
– contoh: Jika si abang kata, “Abang cop ultraman Tiga. Lagi hebat dari adik punya. Lagi kuat. Ultraman adik tak kuat….(sila baca dengan intonasi budak-budak mengejek).”
Maka si adik yang 4 tahun ni jika tak faham erti “gurauan”, boleh menimbulkan pergaduhan besar dengan hanya topik ‘ultraman siapa lagi hebat’.

Banyak lagi perkara dalam minda anak 4 tahun yang mereka masih dalam proses mengenal erti kehidupan.

Walaupum zahirnya mereka bercakap jelas dan lancar, tapi mereka masih ada perasaan ‘egocentric’. Fikirannya hanya tumpu pada keinginan dirinya saja. Dia tak dapat fikir dari sudut pandangan orang lain.

Contohnya bagi yang dah boleh fikir, “Mesti mama tak bagi sebab kedai tak buka lagi.” Tapi dalam fikiran anak 4 tahun, “NAK JUGAK!!!, SEKARANG!”

image

Ini ialah perangai anak yang tiada masalah pertuturan bahasa. Bercakap lancar dan jelas.

Bayangkan isu yang dihadapi oleh anak yang ada masalah bercakap. Anak yang lambat bercakap, kebiasaannya tahap kefahamannnya juga agak terhad. Bagaimana ibubapa nak ‘memahamkan’ anak tentang isu konflik dengan keupayaan anak yang masih terhad.

Hasilnya, ibubapa terpaksa tahan telinga dengar rengekkan, tangisan lolongan berpanjangan, ada barang dibaling, ada orang jadi mangsa dipukul. Ada yang berterusan sampai hampir 2jam.

Bagi ibubapa yang “cepat tangan” memang ‘selamat’ dah budak tu kena. Bagi ibubapa yang masih boleh menahan sabar…..alhamdulillah. Ibu atau bapa mesti ambil peranan. Kalau bapa jadi gorila, ibu kena bertindak. Kalau ibu jadi singa, bapa pula kena bertindak.

Bukan semua ibubapa boleh bersabar dalam situasi tantrum anak-anak. Sebab tu tanggungjawab membesarkan anak-anak mestilah bersama-sama.

Berbalik pada topik komunikasi.

Anak yang boleh bercakap juga tantrum. Tapi mereka lebih mudah untuk ‘difahamkan’ dan mereka boleh lepaskan hasrat hati melalui pertuturan.

Selalunya ibubapa boleh cuba:

Teka dan sebutkan apa yang dia nak. Contoh: Adik marah sebab nak beli kasut? Adik nak kasut sekarang jugak?
Lihat reaksinya.
Teruskan 4,5 ayat yang menceritakan tentang rasa hati anak.
Contoh: Oo….adik rasa tak sabar sangat dah nak beli kasut. Adik teringin sangat nak pakai kasut gi main bola?

Anda hanya perlu translate. Tak perlu buat kenyataan balas seperti “kan mama dah kata TAK BOLEH” @ “kedai kan tutup sekarang, sabar la….”
Ini ialah ayat yang mengundang lebih api kemarahan.

Sebab apa? Sebab mereka ada egocentric. Fikiran mereka tumpu hanya pada hati mereka saja. Mereka tak boleh fikir lagi dari sudut pandangan orang lain.

Begitu juga dengan anak yang susah bertutur. Cakap dengan ayat pendek, jelas dan cukup untuk anak faham bahawa anda memahami hatinya.

Anak yang rasa dirinya difahami, lebih cepat untuk reda.

Contohnya, jika suri rumah penat dengan kerja rumah dan suami balik dan berkata:

1) “Terima kasih sebab masak, jaga anak-anak, kemas rumah..mesti sayang penat kan. Kalau sayang nak gi mandi, gi lah mandi dulu. Abang tengokkan anak-anak.”
– ayat ‘translate’ hati isteri.

2) “La…kenapa tak mandi dari tadi? Kan dah bagitau tadi kita nak keluar gi rumah mak lepas ni. Lambat dah ni…”
– ayat kenyataan balas semata-mata.

Agak-agak, ayat mana yang mengundang kemarahan isteri? Tapi bezanya orang dewasa taklah berguling, baling barang atau merengek. Cuma merajuk sekejap tu adalah.

Komunikasi.

Moga kita menjadi ibubapa yang bijak berkomunikasi dengan anak. Moga kita lebih memahami psikologi kanak-kanak.

Ingat tak penat ke buat muka macam gorila, membentak suara, angkat tangan kat anak? Penat tau….

Sedangkan anda hanya perlu translate isi hati anak.

Jom kita berusaha.

Bengkel Terapi Pertuturan untuk Ibubapa di Melaka pada 16 April 2016.
sms @ whatsapp 0133109703
Ruby Speech Therapy

image

Advertisements

2 Respons to “Jom faham anak 4 tahun mengamuk”

  1. Teringin untuk join Bengkel Terapi Pertuturan untuk Ibubapa, tapi 16 Apr 2016 ada hal. Kalau ada lagi, harap boleh email saya. TQ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: