7 kesilapan tanpa sedar.

Selalunya orang kata kalau nak ajar anak bercakap, kena rajin ajak sembang. Kena bacakan buku cerita.

Tapi bagi ibubapa yang ada anak speech delay, mereka berkata, “Jenuh dah sembang, hari-hari saya bercakap dengan dia. Saya ni punyalah ramah, tapi anak pula diam ja.”

Betul juga….ibubapa manalah yang tak bercakap dengan anak sendiri. Oh ada juga….yang biasanya sibuk kerja siang malam dan anak letak depan tv, yang tu bolehlah dikira sebagai “kurang rangsangan dari ibubapa”. 

Tapi majoriti yang saya jumpa, ibubapa memang bercakap dengan anak. Ajak makan, suruh mandi, suruh ambilkan barang, cakap dalam kereta dan sebagainya. Namun anak tetap tak bercakap seperti yang diharapkan.

Sepanjang pengalaman saya, ada beberapa perkara yang ramai ibubapa buat tanpa mereka sedar. Perbuatan itu tidaklah menyebabkan speech delay, tetapi ia tidak membantu anak progress dan lebih menerukkan keadaan.

1) Ibubapa bercakap laju dengan ayat yang panjang.
Anak tu baru nak cakap sepatah-sepatah. Terkelip-kelip anak memandang ibunya….dia faham, tapi tak mampu nak ikut seperti ibunya bercakap.

2) Ibubapa beli buku dan mainan. Tapi tak duduk bersama anak. Tak duduk baca bersama. Tak duduk main bersama. Akhirnya buku habis dikoyak, mainan rosak bersepah.

image

3) Ibubapa melakukan rutin harian secara pantas dan segalanya mestilah cepat selesai. Peluang untuk anak berkomunikasi menjadi tipis kerana memang tak sempat nak cakap apa-apa.

4) Ibubapa menjadi hilang fokus apabila ada anak lain yang lebih kecil atau anak lain yang memerlukan perhatian kerana bakal menduduki peperiksaan besar.

image

5) Ibubapa membiarkan mulut anak bersumbat puting sepanjang hari.

6) Ibubapa lebih menekankan kepada anak tentang kemahiran membaca dan menulis berbanding kemahiran bermain.

7) Ibubapa terlalu ingin sempurna dan tak sanggup melihat anak makan tumpah, rumah bersepah dengan mainan anak atau buku terlipat / terkoyak / terconteng.

Jadi apa yang ibubapa boleh usaha lakukan untuk bantu anak supaya lebih cepat progress?

Bermula dengan perubahan dari dalam diri ibubapa tu sendiri dahulu. Ibubapa mesti benar-benar BERSEDIA untuk terlibat secara langsung dan BERUBAH demi anak.

Ibubapa yang lebih cepat berubah, anaknya lebih cepat progress.

Ibubapa yang terlalu banyak complain “anak saya tak cakap lagi….anak saya tak boleh A, tak boleh B, tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh……..” yang jenis begini selalunya memang agak sukar untuk progress.

Lihat dari segi potensi anak untuk progress. Hargai dan raikan walau sekecil-kecil progress. Contohnya sebelum ni dia baling botol susu, lepas ajar, dah boleh letak botol susu atas meja lepas minum. Itukan progress? Bagi ibubapa yang tidak menghargai, hanya memandang progress dari sudut “anak saya masih tak cakap”.

Maka, bagi ibubapa yang bersungguh ingin berubah demi anak, jom belajar sama-sama dalam bengkel terapi pertuturan ibubapa 16April ni di Melaka. Saya akan tunjukkan video saya, perbincangan  soal jawab, praktikal secara role-play, visual feedback dan sebagainya. Jom datang menimba ilmu kerana ibubapa adalah therapist terbaik bagi anak masing-masing.

Ruby Speech Therapy
SMS @ whatsapp 0133109703

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: