Daftar sekolah khas atau sekolah biasa?

Pada bulan Mac setiap tahun, ibubapa yang ada anak 5-6 tahun mula daftar anak ke sekolah rendah berdekatan. Saya juga tak terkecuali mendaftar sekolah untuk Irham.

image

Bagi ibubapa yang ada anak masalah bercakap, ini ialah saat yang amat meresahkan. Ibubapa dalam dilema:

  • sekolah kebangsaan aliran perdana?
  • sekolah pendidikan khas?
  • pusat dalam komuniti?
  • sekolah swasta?
  • homeschooling?

Setiap pilihan tu ada pro kontra. Ibubapa yang anaknya bercakap macam biasa takkan memahami kekalutan fikiran ini. Hanya yang mengalami saja yang faham.

Apa antara keresahan utama ibubapa?

  1. Keselamatan anak. Bimbang anak keluar kelas hilang entah ke mana.
  2. Cikgu tak memahami anak. Bimbang anak dimarahi cikgu atas sebab kelemahannya bertutur.
  3. Bimbang anak tak pergi ke tandas sekolah.
  4. Bimbang anak dibuli murid lain.
  5. Bimbang anak tantrum atau berkasar dengan murid lain.

Dan macam-macam 1001 kebimbangan lagi. Setiap kebimbangan itu ada hujahnya kerana hanya ibubapa yang paling kenal realiti anaknya setiap hari.

Namun demikian, masih ada juga ibubapa yang tak rasa bimbang pun, kerana masih belum menerima hakikat masalah yang sedang dihadapi oleh si anak. Masih berpura-pura bahawa anaknya tiada masalah apa-apa. Masih berharap darjah 5 nanti, pandai-pandailah anak tu berkembang jadi sama macam rakan sebaya. Semoga mendapat hidayah.

 

Kebimbangan isu persekolahan inilah biasanya adalah pencetus utama ibubapa memulakan intervansi awal. Ada ibubapa yang telah memikirkan isu ini sejak anaknya 2 tahun. Begitu jauh pandangan ibubapa. Sejak anak 2 tahun lagi sudah memikirkan, jika anaknya berisiko untuk ke aliran khas disebabkan masalah bertutur.

Walaupun stigma aliran pendidikan khas masih begitu kuat dalam masyarakat, bukan bermakna masa depan menjadi gelap. Kini sudah ada program inklusif di mana murid yang layak mengikut penilaian pihak sekolah, diserap ke aliran perdana.

Malah murid lepasan pendidikan khas juga boleh meneruskan pengajian ke pusat-pusat latihan kemahiran. Pihak kerajaan juga menawarkan pelbagai keistimewaan kepada pelajar OKU yang menyambung pengajian ke IPTA dengan syarat minima saja. Tak perlu bersaing dengan pelajar lain.

Bagi ibubapa yang ada anak 5-6 tahun yang sedang memikirkan sama ada anak perlu ke aliran khas atau perdana, sila pertimbangkan beberapa perkara di bawah:

  1. Kemahiran ke tandas
  2. Kemahiran sosial (aktiviti kumpulan, beratur, ucap terima kasih)
  3. Akademik (kenal nombor, huruf, mewarna dan tulis ikut garisan)
  4. Tingkah laku (tidak ganas, boleh duduk dalam kelas)
  5. Pertuturan-bahasa
    • faham arahan guru
    • jawab soalan mudah tentang dirinya
    • percakapan difahami guru

Semoga info di atas berguna buat ibubapa yang prihatin. Saya bakal ke Melaka untuk Bengkel Terapi Pertuturan Ibubapa pada 16 April 2016. Bagi ibubapa yang ada anak masalah bertutur, jom datang bengkel dan belajar sama-sama cara melatih anak bercakap.

Ruby Speech Therapy

SMS atau Whatsapp : 0133109703

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: