Jom sembang.

Biasanya lepas ambil anak balik tadika atau sekolah, ibubapa akan tanya, “Tadi belajar apa kat sekolah? Seronok tak sekolah hari ni? Cikgu ajar apa?”

Kalau anak yang ramah tamah, jawapannya boleh sampai tahap tak larat nak layan. Segala yang berlaku di sekolah dia nak cerita. Ibubapa hanya perlu respon, “Oo…, iye? ooo….macam tu..”. Kemudian anak terus lagi cerita dengan cerita dia.

Tapi bagi anak yang susah bercakap, ibubapa tanya, dia angguk geleng saja. Jawab pun sepatah saja. Lebih risau, dia ulang balik soalan yang kita dah tanya. Ada pula yang skripnya, “Tak tau.” Apa-apa saja soalan yang ditanya, semua jawapannya, “Tak tau.”

Ini yang merunsingkan fikiran ibubapa yang ada anak masalah bercakap.

Lama kelamaan, ibubapa tak tanya dah soalan, sebab dah tau dah yang anak memang tak boleh menjawab soalan. Maka, hanya dengar radio kereta sajalah sepanjang perjalan pulang.

Apabila kereta berhenti di traffic light, ibubapa pun tengok smartphone masing-masing, baca fb dan whatsapp. Ini realiti. Semua sudah selesa dengan begitu.

Melatih anak bercakap lebih mudah apabila wujudnya rutin. Iaitu, skrip itu diulang-ulang berdasarkan situasi yang sama setiap hari.

Dalam artikel saya kali ini, saya mengkhususkan berkenaan situasi “anak balik sekolah@tadika”. Maka apakah skripnya?

1) Best tak sekolah hari ni?
2) Siapa kawan yang baik dengan Irham hari ni?
3) Makan apa kat sekolah?
4) Cikgu ajar apa hari ni?
5) Ada kawan buat kacau?
6) Ada kawan bawa mainan?
7) Ada kawan kena marah dengan cikgu?
8) Hari ni nyanyi lagu apa?
9) Ada kawan yang sakit @ wangi @ busuk @ nangis @ tak nak makan?
10) Irham tolong cikgu tak? Tolong apa?

Banyak lagi soalan yang boleh ibubapa tanya kepada anak. Persoalannya, kalau anak tak jawab, macam mana?

Itu yang kena datang speech therapy untuk mengetahui cara melatih anak bercakap. Ibubapa kena faham, kenapa anak lambat bercakap dan di mana sebenarnya tahap perkembangan bahasa anak tersebut? Ibubapa kena tahu, apa masalah anak sehingga dia lewat berbanding rakan sebayanya?

Berbalik kepada “situasi anak balik sekolah” di atas, ibubapa yang ada anak lambat bercakap mestilah fokus untuk sentiasa merangsang bahasa anak.

Saya ingin menasihatkan ibubapa supaya tutup radio kereta jika anda nak berinteraksi dengan anak di dalam kereta. Biarkan hanya suara ibubapa dan anak saja yang wujud di dalam kereta

image

(Kalau ada program sekolah seperti rombongan, kelas renang atau kelas berkuda, lagi banyaklah modal anak nak bercerita)

Kalau anda memang nak latih anak nyanyi lagu kanak-kanak atau nak latih hafazan zikir @ quran, tiada salahnya untuk anda pasang cd yang berkaitan.

Cuma apalah salahnya untuk anda fokus pada rutin soalan lepas anak balik tadika. Pada ketika itu, tutup radio. Dengar dan tunggu jawapan anak anda.

Kalau anak anda dah berusia 4 tahun dan masih tak bercerita atau tak boleh bercakap dalam ayat panjang, bawalah anak berjumpa Speech Therapist terdekat.

Untuk orang utara, saya buat bengkel terapi pertuturan untuk ibubapa di Jitra pada 5/3/16, Sabtu. Terhad kepada 10 keluarga saja. Bawa anak, mainan dan buku cerita.

Ruby Speech Therapy
whatsapp @ sms 0133109703

Advertisements

3 Respons to “Jom sembang.”

  1. Siti noorhidayah Says:

    Macammane nk tangani ank yg pemalu n pendiam dekat sekolah..

  2. Ainol Mardhiah Says:

    Salam..tq info yg berguna..Boleh kah sy tau di mana sy nk bawa anak ke speech therapist di bangi?.sya belum pernah bawa..anak saya dh berumur 4 tahun , boleh bercakap tapi belum boleh bercerita. Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: