Latih meniru sebutan.

Nak latih meniru sebutan ni sebenarnya dah mula sejak peringkat babbling lagi.

Masa anak umur 8bulan lebih….anak mula menyebut sukukata mudah (tatata, nanana, bababa, mmmamaa).

Jadi pada peringkat ini, biasanya bayi merangkak sana sini dan ada yang dah bertatih. Pada masa inilah ibubapa suka letak anak depan tv untuk elakkan anak pergi merayau satu rumah dan memunggah barang.

image

Di peringkat inilah yang selalu ibubapa tersilap.

Wahai ibubapa yang ada anak merangkak sekalian……

Saya tahu, pada umur ni, anak sudah boleh menonton tv. Mereka duduk comel di depan tv menonton iklan atau apa-apa rancangan kartun.

Masalahnya….jika terlalu lama di depan tv, dan ibubapa pula terlalu lama di depan smartphone, akhirnya anak itu lambat bercakap akibat kurang rangsangan interaksi 2 hala.

Jadi buat ibubapa yang ada anak merangkak, dengar bebelan anak anda. Jika mereka buat bunyi /nanana/ maka tiru sebutan itu dan ibu pun ikut bunyi /nanana/ juga.

Ada ibubapa yang tak tiru. Bila anak sebut /nanana/, ibunya kata “ya…sembang apa dengan mama ni? nak sembang dengan mama ka…?”
Panjang betul bebelan si ibu. Macam mana nak latih anak meniru kalau ibu sendiri tak reti meniru?

Pastikan ada eye contact, tunggu dia sebut, anda tiru, tunggu dia sebut lagi, anda tiru lagi….berulang-ulang begitu.

Boleh gunakan cermin. Anak kecil suka melihat dirinya sendiri di dalam cermin.

Ada masanya anak umur begini suka menjelir lidah. Kadangkala mereka buat sembur bibir. Yang begitu pun ibubapa boleh tiru. Lihat respon anak.

Maka barulah lama kelamaan anak memahami konsep meniru dan interaksi 2 hala.

Nampak mudah kan? Tapi bagi ibubapa yang ada anak sukar bercakap, anda lebih tahu betapa sukarnya kemahiran meniru ini.

Selain dari meniru sebutan, ibubapa juga boleh latih anak meniru gerak isyarat. Permainan mudah bayi 8 bulan biasanya ialah tepuk tangan, genggam jari, tepuk air dalam besen, tunjuk cicak, tunjuk bulan dan sebagainya.

Oleh itu, mulakan rangsangan dari usia muda. Ya…seawal 8 bulan.

Bengkel Terapi Pertuturan utk Ibubapa
Tempat : Sg Petani, Kedah
Tarikh : 20/2/2016

Ruby Speech Therapy
sms @ whatsapp : 0133109703

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: