Mitos VS Speech Therapy

Mitos dan speech therapy berkaitan mengajar anak bercakap.

Mitos:
Kalau anak gagap, hempuk dengan bantal peluk.
Speech therapy:
Kalau anak gagap, biar dia habiskan ayat dia dan jangan sampuk masa dia tengah gagap.

Mitos:
Keruk lidah dengan sudu untuk latih lidah anak.
Speech Therapy:
Buat latihan oral motor seperti meniup bubbles, wisel, belon. Latih mengunyah untuk kestabilan rahang. Latih menghisap straw juga bagus untuk oral motor.

Mitos:
Latih anak sebut ABC-Z untuk mula galakkan anak bercakap.
Speech therapy:
Latih anak sebut bunyi mudah yang bermakna seperti ‘miaw, moo, aum, mam mam, bum bum’ untuk galakkan anak bercakap.

Mitos:
Beri anak tengok rancangan babytv, beri anak tengok youtube berunsur pendidikan untuk melatih anak tumpuan dan bercakap.
Speech therapy:
Banyakkan interaksi 2 hala antara ibubapa dan anak untuk mewujudkan banyak peluang interaksi.

Mitos:
Lambat bercakap takpe, yang penting dia faham arahan.
Speech therapy:
Perkembangan bahasa melibatkan 2 komponen utama iaitu ‘receptive language’ dan ‘expressive language’. Kalau terkeluar dari julat normal, maka anak itu memerlukan bantuan.

Mitos:
Anak yang cepat berjalan biasanya lambat bercakap.
Speech therapy:
Cepat berjalan menandakan kemahiran motor kasarnya bagus. Perkembangan motor kasar yang bagus sepatutnya merangsang perkembangan motor halus yang bagus juga.
Jika lambat bercakap, perlu dinilai kemahiran pra-pertuturannya (tumpuan, eye contact, kemahiran bermain, padanan, giliran dan sebagainya).

Mitos:
Anak yang lambat cakap akan masuk pendidikan khas.
Speech therapy:
Ramai anak yang lambat cakap masuk aliran perdana seperti biasa. Yang penting mereka mendapat bantuan seawal mungkin. Anak yang pakai alat bantuan pendengaran pun boleh masuk aliran perdana asalkan mereka boleh membaca, menulis dan mengira seperti rakan sebaya.

Bengkel Terapi Pertuturan untuk Ibubapa
Tarikh : 7/2/2016 Ahad
Tempat : Manjung

Tarikh : 13/2/2016
Tempat: Bandar Baru Bangi

Bawa anak dan mainan bersama. Jom kita buat praktikal, soal jawab dan rancang target terapi bersama.

Ruby Speech Therapy
Whatsapp 0133109703

image

Advertisements

10 Respons to “Mitos VS Speech Therapy”

  1. Sharifah Shahira Says:

    Assalammualaikum puan ruby. sy berminat nk join bengkel kat bangi. Boleh beri maklumat berkenaan tempat bengkel dan waktu bengkel. Serta bayaran penyertaan

  2. WAN RUZIEANA Says:

    ASSALAMUALAIKUM..SY DARI KELANTAN..BERHARAP SGT AGAR BENGKEL INI DI ADAKAN DI KELANTAN JUGA..

  3. WAN RUZIEANA Says:

    ok, trima ksih puan šŸ™‚

  4. DAYANG AZLINA Says:

    Assalamualaikum.. Puan Ruby, ada dak bengkel di sekitar sg petani @ kulim?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: