Ingat apa tajuk buku cerita anak?

Ibubapa yang selalu bacakan buku cerita kepada anak mereka biasanya memang tahu tajuk buku yang ada. Contohnya ‘Thomas and friend’, ‘Ana Muslim’, ‘Siri Pelangi’ dan macam-macam lagi.

Ada ibubapa yang sangat jarang atau mungkin tak pernah bacakan buku. Katanya sebab anak belum boleh bercakap atau tak minat pada buku.

Tapi ada ibubapa yang memang tak beli langsung buku cerita. Ini bermakna, tiada cubaan pun dibuat untuk latih minat menyelak buku.

image

Saya selalu gunakan alatan bersama dengan buku untuk menarik minat kanak-kanak.

Selain alatan, boleh juga gunakan sticker. Ada banyak buku bersama sticker dijual di kedai-kedai. Sticker sangat bagus untuk menggalakkan tumpuan anak terhadap gambar di dalam buku.

Anak yang bagus tumpuannya, boleh bertahan mendengar ibunya bercerita hingga ke muka surat terakhir.

Anak yang bagus interaksinya, boleh bersoal jawab pula dengan ibu berkenaan cerita tersebut.

Anak yang bagus ingatannya, boleh cerita semula tentang cerita tersebut dengan ayat sendiri walaupun buku tersimpan dalam beg.

Anak yang bagus imaginasinya, boleh mereka-reka jalan ceritanya dengan menambah watak atau plot cerita.

Sangatlah rugi ibubapa yang tidak memupuk semangat bercerita.

image

Buku cerita untuk tujuan pertuturan bahasa, bukanlah tentang ejaan atau kemahiran membaca. Malah tidak perlu memegang rotan untuk menyuruh anak duduk depan buku.

Sehari sebuah buku cerita.
Seminggu dapat 7 buah buku cerita.
Kalau sebulan…..setahun….

Jika anak telah berusia 2 tahun dan masih tak bercakap, bawalah berjumpa speech therapist terdekat.

Saya ke Manjung pada 7 Feb 2016 dan ke Bangi pada 13 Feb 2016. Jom datang bengkel bersama dengan anak dan kita berlatih sama-sama.

Ruby Speech Therapy.
Whatsapp 0133109703

Advertisements

2 Respons to “Ingat apa tajuk buku cerita anak?”

  1. as salam puan.anak sy berumur 3thn tapi masih belum bercakap.setakat ni perkataan yg blh d sebut ialah” susu, x nak, duduk,nak”.tapi setiap arahan yg diberi @ percakapan kita dia fahami dn blh boleh buat apa yg d suruh.
    ada apa2 nasihat yg blh puan beri

  2. norlaila binti alias Says:

    Saya nk tanya seremban or melaka puan ade dtg x? Kalau ada maklumkan pada sya.. Terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: