Otak, pertuturan, IQ dan prihatin

Otak sebelah kiri kita ni mengawal bahagian pertuturan bahasa. Bila orang kena strok otak kiri (tangan/kaki kanan jadi lemah), maka selalunya akan mengalami masalah untuk bercakap.

Maka jelas bahawa pertuturan bahasa ini hakikatnya dikawal oleh otak. Otak yang sama juga dikatakan mempunyai tahap IQ atau kepandaian tertentu.

Sebab itulah kita bimbang sangat apabila kanak-kanak alami masalah untuk bercakap. Bimbang jika masalah bercakap itu ada kaitan dengan daya IQ kanak-kanak.

Apa antara komponen dlm IQ?
– ingatan jangka pendek
– ingatan jangka panjang
– persepsi visual (penglihatan)
– persepsi auditory (pendengaran)
– tumpuan
– kesedaran

Komponen tersebut jugalah yang memainkan peranan penting untuk kanak-kanak belajar bercakap.

image

Tidak semestinya kanak-kanak yang lambat bercakap itu mengalami lemah IQ. Ada kanak-kanak yang lambat bercakap, tapi masih boleh berkembang IQ dengan baik dan seterusnya boleh membaca, menulis dan mengira dengan baik.

Namun, amatlah kasihan jika kanak-kanak begini tidak mendapat bantuan speech therapy dari awal. Kesannya mereka sering kurang keyakinan diri dan malu untuk bercakap dengan cikgu atau rakan sekelas.

Ibubapa yang prihatin mestilah tahu di mana tahap percakapan anak masing-masing. Cuba lihat dan dengar anak saudara atau sepupu yang umur sebaya bercakap. Jika ada kanak-kanak yang hampir sebaya, adakah sama cara percakapannya?

Ibubapa nilaikan dan ambil tahu.

Ada kata-kata ‘penyedap hati’ seperti:

– Jangan banding-bandingkan anak…tak baik….

Kalau tak banding, buat-buat tak nampak sajalah yang anak tu masih tak bercakap walaupun dah 3 tahun?

– Setiap anak tak sama. Biasalah ada anak yang cepat, ada yang lambat….

Pernah dengar tentang julat normal perkembangan? kalau dalam buku imunisasi anak tu, kalau anak terlebih atau terkurang berat badan, graf akan ditanda masuk bahagian kuning.

Begitu juga dengan pertuturan. Ada julatnya. Walaupun setiap anak tak sama. Tapi jangan hingga terkeluar dari julat normal.

Ibubapa yang prihatin juga mestilah berusaha melakukan sesuatu jika mengesyaki anak mengalami masalah.

1) Bawa ke klinik kesihatan, berjumpa doktor dan minta surat rujukan untuk ke speech therapy di hosp gov bedekatan.
2) google speech therapy swasta terdekat dan buat appointment.
3) belajar kaedah speech therapy dari mana-mana therapist yang buat bengkel. Kini makin ramai therapist yang rajin buat bengkel (seperti saya). Contohnya Nurul Izanaa di Terengganu dan Noraisyah Kassim di KL.
4) banyakkan membaca. Anda boleh baca blog saya ni. Saya ada terangkan banyak tips melatih anak bercakap. Anda juga boleh beli buku Noraisyah Kassim. Beliau ada tulis buku yang bagus.

Yang paling hampir ialah 27 Ogos 2016 ni, hari Sabtu, saya akan menganjurkan Bengkel Terapi Pertuturan untuk Ibubapa di Johor Bahru.

Ruby Speech Therapy
sms @ whatsapp 0133109703

Advertisements

2 Respons to “Otak, pertuturan, IQ dan prihatin”

  1. nurshahida binti mohtar Says:

    adakah normal bg kanak2 bawah umur dua tahun sekiranya masih belum boleh bertutur walaupon menyebut 2 perkataan spt susu? mohon penerangan puan.. terima kasih.

    • kanak2 usia 1;06 patut dah mula ada perkataan pertama. biasanya mama atau abah. kalau dah masuk 2thn masih takde perkataan, maka dah dikatakan sebagai lambat (terkeluar dari julat normal)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: