Apa yang golongan bapa boleh buat untuk galakkan anak bercakap?

1) Main angkat, hayun, pusing (yang ni perlu kekuatan fizikal dan hati-hati dengan persekitaran).
– berhenti seketika dan tunggu respon anak. Lihat sama ada anak cuba untuk minta buat lagi.
– latih interaksi 2 hala (eye contact, angguk kepala)
– latih anak sebut ‘nak lagi’ atau ‘nak pusing’ atau ‘weeeee’ atau ‘1,2,3…pusing’.

2) Main kuda-kuda.
– Letakkan beberapa jenis buahan atau makanan mainan di sekitar rumah. Anak naik kuda. Bila ‘kuda’ sampai di satu tempat, anak kutip ‘makanan’ tu dan beri ‘kuda’ makan.
– anda boleh latih anak sebut ‘nyam nyam…sedap’, atau sebut nama buah @ makanan yang diberikan.
– ‘kuda’ juga boleh jadi dahaga dan minta anak ambil air dan latih sebut ‘minum….mmm….sedap’

Eh….tau tak siapa yang jadi ‘kuda’? Tau kot….saya tak payah cakap dah.

3) Letak kunci.
– Bila sampai rumah bersama anak, bagi anak sangkutkan kunci di tempat kunci. Kalau tempat tu tinggi, maka dukung dia, tunggu dia sangkut betul-betul kunci tu.
– Latih anak sebut ‘kunci’, atau ‘letak sini’, atau ‘adik nak sangkut’.

image

4) Baiki mainan.
– kumpulkan mainan yang rosak / patah / habis beteri dalam 1 bekas.
– duduk bersama anak dan tunjukkan bahawa ayahnya ini terer membaiki barang.
– latih sebut ‘patah, rosak, hilang, tak boleh, tak muat, tak lekat, habis beteri, takde lampu, tak bunyi dah’ atau ‘dah siap, dah elok, dah boleh main’

image

5) Main gusti peluk.
– tangkap dan peluk anak lama-lama dengan kuat. Biasanya anak akan meronta nak minta dilepaskan bebas. Anda boleh geletek dia dengan janggut dan buat dalam suasana bermain.
– latih anak sebut ‘tak mau dah’, ‘nak buka’ (maksudnya buka pelukkan tangan), ‘nak mama tolong’ (mama kena betul-betul datang tolong).

Ada bapa yang lagi hebat melatih berbanding para ibu. Tapi ramai juga bapa yang terlalu manjakan anak dan ikut saja segala kemahuan anak.

Semoga info di atas berguna buat para bapa yang nak melatih anak bercakap.

Bapa juga memainkan peranan utama untuk memberi sokongan moral kepada ibu untuk menghadapi realiti anak yang lewat bertutur. Bawalah anak anda berjumpa speech therapist dan hadirilah temujanji dengan konsisten.

Jika anak telah berusia 2 tahun dan masih tak bercakap, bawa anak berjumpa speech therapist berhampiran.

Ruby Speech Therapy
Sms @ whatsapp 0133109703
Seberang Jaya dan Sungai Petani

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: