Masalah anak lambat bercakap.

* Anak dah 2 tahun tapi masih tak pernah panggil ‘mama’ dan ‘ayah’.

* Anak dah 2 tahun setengah tapi masih cakap sepatah-sepatah.

* Anak dan 3 tahun tapi masih cakap bahasa dia yang tak difahami maknanya.

* Anak dah 3 tahun setengah tapi cakap hujung-hujung dan tak reti jawab soalan yang ditanya.

* Anak dah 4 tahun tapi cakap pelat-pelat. Kena teka apa yang dia nak cakap.

* Anak dah 4 tahun tapi tak reti jawab soalan ‘kenapa’?

* Anak dah 4 tahun tapi tak pernah bercerita apa yang dia buat kat tadika.

* Anak dah 5 tahun tapi cakap sikit-sikit saja, beza dengan rakan sebaya dia yang dah boleh sembang macam-macam.

Semua senarai di atas ialah kes yang biasa datang ke pusat terapi saya dan ibubapa dah susah hati dengan anak masing-masing.

Namun ada juga ibubapa yang tak susah hati. Masih lagi dengan persepsi ‘nanti dah masuk darjah 1 ok lah tu.’

Yang peliknya, kalau anak tak berjalan lagi bila dah umur dekat 2 tahun, mesti SEMUA ibubapa susah hati. Tapi kalau tak cakap lagi pada umur 2 tahun….tak lah susah hati sangat. Kenapa? Sebab kemahiran bercakap ni melibatkan otak, tumpuan, ingatan dan ia bukanlah boleh dilihat masalahnya sepertimana kebolehan anak-anak berjalan.

Kemahiran bercakap bukanlah dari bibir dan lidah semata-mata. Bibir dan lidah cuma anggota untuk bercakap. Proses bercakap bermula dari deria pendengaran. Anak-anak dengar percakapan ibubapa. Kemudian otak memproses makna-makna perkataan tu.

Berdasarkan daya tumpuan serta ingatan yang cukup, anak-anak mula cuba untuk bercakap sebagaimana apa yang dia biasa dengar. Dengan keinginan untuk berinteraksi anak-anak menggunakan percakapan untuk mendapatkan perhatian ibubapa.

Maka jika anak masih tidak bercakap atau tidak bercakap seperti rakan sebayanya, dia mungkin menghadapi kesukaran di mana-mana peringkat yang saya ceritakan tadi.

Anak mungkin ada masalah dari peringkat pendengaran lagi.

Atau dia ada masalah untuk tumpu dan ingat.

Atau dia ada masalah untuk interaksi yang tidak berkeinginan tinggi untuk mendapatkan perhatian ibubapa.

image

*anak yang dahagakan perhatian selalu cakap ‘umi, tengok ni.’ ‘Umi, mari sini cepat.’ ‘Umi, tengok ilman buat ni.’ ‘Umi, ni boleh makan tak?’ Sungguh kasihan jika anak ada masalah untuk interaksi dan tidak berkeinginan untuk mendapatkan perhatian.

Memahami masalah sangat penting kerana itulah yang mencetus kepada ibubapa untuk mula memikirkan keadaan sebenar anak masing-masing. Ibubapa yang berfikir akan benar-benar sedaya upaya cuba memahami anak mereka.

Kalau ibubapa tahu anaknya lambat bercakap, tapi masih terdetik di hati ‘biasalah ada budak lambat sikit’, maknanya ibubapa belum cukup berusaha untuk memahami situasi anak anda. Masih nak menyedapkan hati sendiri dan mengelak dari masalah sebenar.

Seterusnya, apa nak buat? Kalau anda pilih perkhidmatan kerajaan, pergi klinik kesihatan, minta surat rujukan untuk ke speech therapy di hospital berhampiran.

Kalau anda pilih perkhidmatan swasta, google saja speech therapy lokasi anda. Ambil no telefon dan call minta appointment.

Banyakkan membaca tentang masalah pertuturan di internet.

Beli bahan-bahan yang sesuai untuk melatih anak anda.

Saya akan mengadakan bengkel terapi pertuturan untuk ibubapa sabtu dan ahad ni.
31/10/2015 di Johor Bahru
1/11/2015 di Shah Alam
8.30pg – 12.30tgh hari
Jom datang bengkel, bawa anak anda dan bapaknya sekali datang dan kita berlatih sama-sama teknik untuk menggalakkan anak bercakap.

Ruby Speech Therapy
Sms @ whatsapp 0133109703
Sungai petani dan Seberang Jaya.

Advertisements

Satu Respons to “Masalah anak lambat bercakap.”

  1. Norazni binti mohd ali Says:

    Anak perempuan sy berumur 2 thn 4bln..masih x bole bercakap dgn jelas.yg jelas hanya beberapa perkataan spt (air,nak,ayah,mama,abang,adik ammar,atok,mak & nenek)..tidak bole menyebut dua @ lebih perkataan sekali gus.berbeza dgn abgnye sewaktu berumur 2 thn sepertinya..tetapi bl disuruh melakukan sesuatu dia faham.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: