Ooo…Aaa…pandai….ok…dah.

Anak-anak belajar melalui respon yang diberikan oleh ibubapa. Baling selipar, ibubapa mengalah dan beli mainan. Maka dia belajar bahawa itulah caranya untuk dapat mainan.

Begitu juga dengan bercakap. Tunjuk je, terus dapat susu. Merengek-rengek je, dapat dukung. Tunjuk barang kat ibu, ibu cuma kata, “Ooo..”. Tunjuk aksi kat ayah, ayah cuma kata, “Yeay! Pandai!”

Kalau tepuk-tepuk panggil mama, mama kata, “Yela…yela…ok.” Kalau nak ajak main dengan daddy, daddy cuma kata, “Pergi mintak kat mama.”

Jadi, apakah sebenarnya ayat atau perkataan yang sepatutnya disebut oleh anak yang tiada masalah untuk bercakap?

– adik nak susu
– mama, nak dukung…nak dukung…
– ayah, tengok ni, tengok adik buat ni, terer tak adik?
– mama, mai tengok ni sat.
– daddy, macam mana nak buat ni?

Maka, itulah sebenarnya yang ibubapa kena sebut. Cuma tukar sikit ayatnya.

Contoh, apabila anak panggil mama, maka mama mesti respon:
– ya…nak mama? adik nak mama…nak mama tengok? ok ok, nak mama tengok. Mama tengok.

Contoh lagi, apabila anak menari depan ayah, maka ayah mesti respon:
– oo…adik pandai joget? wa…terer la adik joget. Boleh joget….ayah pun boleh joget…

Boleh faham? Cuba fahamkan dan gunakan dalam kehidupan seharian bersama anak anda.

Ingat bahawa anak belajar melalui apa yang anda respon pada ketika dia cuba untuk interaksi. Dia dengar apa yang anda kata dan dia lihat apa yang anda buat.

Jom sertai Bengkel Terapi Pertuturan untuk Ibubapa bersama saya di Jitra pada 17/10/15 (Sabtu).

image

– Kenangan bengkel bersama guru PDK Pulau Pinang.

Ruby, Speech Therapist
Sms @ whatsapp 0133109703

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: