Melatih anak autisme bercakap

Persiapan sebelum mengajar. Mesti kena ada target. Mesti ada bahannya atau kaedahnya. Mesti ada ganjarannya.

Masalah yang selalu berlaku ialah, tiada target khusus. Cuma terfikir ‘nak ajar cakaplah’ dan kaedahnya ‘sambil-sambil’. Ganjaran pula….’apa-apa sajalah’.

Jika terapi cara kerja, saya lihat ibubapa share gambar berus yang dibeli, ada pula puzzle bermacam jenis dan ada pula manik bertali….macam-macam. Tapi untuk ajar bercakap, modalnya apa? Takkan air liur saja kan?

Ibubapa mesti fikirkan, apa target anda. Nak ajar anak bermain?
Nak ajar anak kenal anggota badan?

image

Nak ajar anak buat bunyi-bunyi binatang?
Nak ajar anak panggil ‘mama’?
Nak ajar anak main bergilir?
Nak ajar anak ikut arahan?
Nak ajar anak jawab soalan?
Nak ajar anak sebut ‘nak lagi’?
Nak ajar anak sebut ‘dah habis’?
Nak ajar anak sebut ‘sebab…’?

Dari target itulah ibubapa fikirkan apa bahan yang sesuai untuk mengajar anak anda.

Flash cards, poster, buku, mainan (haiwan, buahan, kenderaan, masak-masak, bola, Lego), kertas A4 & pen dan sebagainya bergantung pada tahap anak masing-masing.

image

Bagaimana pula dengan ganjaran? Ada anak yang cukup sekadar pujian ‘pandai!’. Ada pula yang nak token (sticker, cop, guli, batang mancis, kayu ais krim, Lego).

Cabaran yang seterusnya ialah saya dapati ramai ibubapa yang terlalu memahami anak anda. Bagaimana pula ini dikatakan sebagai cabaran?

Anda dah biasakan dia dengan rutin harian, anda dah faham isyarat dia dan tingkah lakunya. Anak tarik tangan anda ke botol susu, secara automatik anda pun buat susu, bg dia susu. Senyap…
Anak tarik tangan minta buka laci, anda pun automatik buka laci, ambil biskut, bagi dia sekeping. Senyap….

Nampak tak? Kerana terlalu memahami, anda lakukan segalanya secara spontan. Sedangkan seharusnya ada ruang interaksi di setiap cubaan anak untuk mendapatkan perhatian ibubapa.

“Dah jenuh dah saya ajar dia ‘SUSU! SUSU! tapi dia tak ikut sebut pun.”

Ha…ni cabaran berikutnya iaitu ibubapa meletakkan jangkaan yang tidak setaraf dengan tahap anak. Jika benar anda memahami tahap anak, adakah dia berada pada tahap meniru sebutan? Atau baru peringkat isyarat bukan verbal (eye contact + hand gestures).

Dengan memahami tahap sebenar kebolehan anak, maka latih tangga yang atas sedikit saja. Contohnya (eye contact + hand gestures + angguk kepala) sebagai isyarat ‘nak’. Sebagai ibubapa yang boleh bercakap, memanglah anda kena sebut ‘nak’ dekat anak, tapi anda tak perlu expect untuk dia boleh sebut lagi. Kalau dia nak angguk kepala tu pun dah dikira progress dah.  

Kesimpulannya, pastikan ibubapa ada
1) Target
2) Persiapan bahan mengajar
3) Persiapan ganjaran
4) Peka pada peluang interaksi
5) Membuat jangkaan yang realistik

Pada kesempatan ini, saya juga ingin mewar-warkan berkenaan bengkel yang saya anjurkan. Alhamdulillah bengkel di Permatang Pauh dan di Ipoh telah berlangsung dengan jayanya. Mudah-mudahan ibubapa mengambil peluang ini untuk menimba ilmu dan berlatih sendiri untuk menjadi therapist kepada anak masing-masing.

image

Ruby, Speech Therapist.
sms @ whatsapp 0133109703
Sg Petani, Kedah.

Advertisements

4 Respons to “Melatih anak autisme bercakap”

  1. miss rubi sile buat kt jb pelissss

  2. Azwin Binti Sharif Amdan Says:

    Assalamualaikum puan rubi. Saya dan suami amat berminat untuk mengikuti bengkel pertuturan puan. Untuk makluman anak pertama kami, lelaki berumur 3 tahun masih belum bertutur dengan baik. Walau bagaimana pun anak kami masih mengikuti temujanji di hospital kerajaan dan belum didiagnos sebagai autism. Boleh kami tahu bila bengkel pertuturan ini akan diadakan di kuala lumpur?Terima kasih puan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: