Anak tak ikut sebut.

Kita sebut, dia angguk saja. Kita nyanyi, dia joget saja. Kita main-main, dia ketawa dan senyum saja.

Ada anak yang mudah tiru apa kita sebut. Ada yang tidak. Apabila umur dah hampir 2 tahun dan masih angguk, joget dan senyum saja, maka ibubapa mulalah bimbang. Saya pun bimbang.

Kemahiran meniru secara verbal termasuk dalam komponen pra-pertuturan. Antara komponen lain dalam pra-pertuturan ialah:
– tumpuan
– pandangan mata
– giliran
– bermain
– MENIRU (pergerakkan dan sebutan)
– padanan

Kali ini saya hanya tumpu pada topik meniru sahaja.

Jika anak anda masih bayi seperti anak saya yang baru nak masuk 3 bulan ni,

image

apa yang saya buat ialah saya ikut bila dia bersuara. Pada umur ini, bayi buat bunyi ‘cooing’. Bila dia bunyi, saya tunggu dan dengar suaranya. Bila dia berhenti kejap, saya buat bunyi atau sebut perkataan mudah. Kemudian dia bunyi lagi. Terus begilir-gilir begitu.

Anak sulung saya pernah tanya, ‘Ummi faham ke apa Iyyadh cakap? Ummi cakap apa dengan baby?’

Sememangnya kita seolah-olah bersembang dengan bayi walaupun kita tak faham langsung apa bunyi yg disebut bayi. Pastikan ada giliran, bukannya si ibu yang lebih-lebih cooing. Ada masa ibu mesti mendengar, tunggu respon anak.

Inilah asas dalam interaksi 2 hala. Bagi ibubapa yang ada anak Autism, anda faham betapa berharganya interaksi 2 hala.

Jika anak anda telah berusia hampir setahun, anak mula berjalan. Mereka juga boleh duduk tegak. Maka latihlah anak anda untuk tiru pergerakkan.
– lambai ‘bye bye…’
– flying kiss
– buat tangan ‘habis’
– gaya kucing, itik dan lembu.
– lagu satu labah-labah
– lagu cekur udang gamit

Pergerakkan tangan boleh membantu untuk menggalakkan keluarnya sebutan perkataan. Sebab itulah kaedah MAKATON direka untuk melatih kanak-kanak Down Syndrome berkomunikasi. Mereka buat isyarat sambil sebut perkataan tersebut.

Pada usia setahun, anak-anak mula menyebut perkataan pertama. ‘Bahasa german’ @ jargon juga banyak terhasil kerana mereka mencuba-cuba untuk meniru sebutan orang dewasa.

Tapi masih ada juga kanak-kanak yang tidak meniru. Mulutnya rapat saja dan tersenyum comel.

Apa lagi yang perlu dibuat?

1) Duduk depan cermin bersama anak. Biar dia perhatikan bagaimana anda membuat mulut ‘ooo’, ‘iiieee’, ‘aauum’, jelir lidah dan gerak lidah ke kiri kanan.

2) Ibubapa mestilah rajin buat bunyi-bunyi kepada anak. Semakin kerap dia lihat ibubapanya buat bunyi, semakin mudahlah dia nak tiru.

“Dah banyak kali dah buat, dia tak ikut pun”, kata Mak Bedah.

3) Jangan paksa anak ikut.

“Kalau tak paksa, macam mana dia nak sebut?” tanya Mak Kiah.

4) Anda kena pelbagaikan bunyi. Apa sahaja yang anda buat dengan anak, anda bunyikan. Contohnya:
– sambil buka butang baju anak, ibu sebut, ‘tit tit tit’
– sambil mandikan anak, pecahkan belon sebut, ‘pop pop pop’
– sambil tuang susu dalam botol, sebut ‘syyuuu syyuuu syyuuu’
– sambil simpan mainan dalam bakul, sebut ‘1, 2, 3 pom!’ atau ‘1, 2, 3 tang!’

Reka saja bunyi tu. Asalkan anak anda ada berhampiran dengan anda, reka apa-apa saja bunyi.

5) Ada masanya yang kena pause / berhenti sekejap. Jangan syok sendiri. Ayah buat bunyi ‘pop pop…..(pause)’ sambil tunggu respon anak. Lihat mukanya dengan pandangan yang anda sedang tunggu giliran dia pula. Ulang…ulang…ulang…ulang…ulang…

Semakin ringan mulut anak untuk meniru sebutan bunyi, maka makin mudahlah untuk dia tiru sebut perkataan pula dan seterusnya ayat.

Jika anak anda telah berusia 2 tahun dan tidak bercakap, segeralah bawa anak berjumpa dengan mana-mana speech therapist berhampiran untuk penilaian.

Bagi orang Ipoh, jangan lepaskan peluang untuk hadiri bengkel terapi pertuturan untuk ibubapa pada 29/8/15 nanti.

Ruby Speech Therapy
sms @ whatsapp 0133109703

Advertisements

5 Respons to “Anak tak ikut sebut.”

  1. terima kasih puan… ianya sangat membantu.. ^_^

  2. nur faridah Says:

    Apa yg puan nyatakan adalah utk bayi2 yg normal. Perkembangan tersebut tidak kepada bayi2 yg dikategorikan dalam golongan deklesia,

    • diagnosis disleksia biasanya dibuat apabila kanak2 telah berusia 7 thn ke atas. Disleksia ialah masalah berkaitan dgn membaca, menulis dan mengira.

      Artikel ini berguna bg ibubapa yg ada anak berusia 5 tahun ke bawah dan masih mengalami masalah pertuturan, sama ada tidak bercakap langsung atau amat terhad sebutannya. Ini termasuklah kanak2 yg mengalami Autisme, Down Syndrome, lewat bertutur, verbal apraxia dan banyak lagi.

      Saya juga telah senaraikan langkah2 yg boleh ibubapa cuba lakukan di rumah utk melatih anak masing2 kemahiran meniru.

      Artikel ini hanyalah panduan umum saja. Bagi kanak2 yg mengalami masalah pertuturan, ibubapa mestilah bawa anak berjumpa speech therapist utk diagnosis yg tepat serta mengetahui teknik terapi yang betul.

  3. Salam puan ruby,

    Blog puan sgt2 membantu kami ibu2 yg sedang runsing dgn mslh pertuturan anak2..bilakah bengkel seterusnya yg akan diadakan di sekitar kl/sel?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: