Latih Anak Cakap bukan Paksa Anak Cakap

Ini yang selalu saya dengar, “Saya ajar anak saya sebut A, dia ikut A, bila saya sebut B, dia sebut i. Kalau saya sebut C, dia sebut ci, tak bunyi si”.

Inilah yang selalu berlaku. Iaitu ibubapa mengajar anak sebut ABC, bukan melatih anak bercakap.

Melatih anak bercakap ialah melatih interaksi 2 hala bersama anak. Komunikasi yang melibatkan keinginan atau menolak sesuatu. Contohnya, bila anak nak mainan, kita ajar anak sebut, “Nak belon? oo….adik nak belon. Nak belon ni? Ok ok, adik nak belon besar ni.”

Tapi selalunya, apa yang berlaku ialah, “Nak apa? Cakap dulu, baru mama bagi. Sebut, BELON! Kata la…belon. Nak tak? Tengok mulut mama sebut, be…ikut mama, be….”

Sesi latihan mengajar anak bercakap jadi seperti dipaksa-paksa dan tak seronok dah untuk anak tersebut. Kanak-kanak tak suka dipaksa dan ibubapa juga akhirnya jadi letih memaksa.

Kesudahannya anak tak minat menyebut perkataan dan tak suka berlatih dengan ibubapa kerana sering dipaksa. Ibubapa pula jadi stress, naik geram dan cepat putus asa.
Berbalik pada komunikasi, pastikan latihan itu sesuatu yang bermakna. Jika anda kata belon, maka memang benar ada belonnya. Jika melatih sebut nama haiwan, maka memang ada gambarnya. Jika melatih sebut “Beng! Beng!”, maka memang anda dalam situasi bermain pistol dengan anak.
image

Bukannya menyebut sesuatu yang diluar konteks daya tumpuan anak anda pada situasi tersebut. Contohnya, tiba-tiba saja ibu kata kepada anaknya, “Ingat dak Tok Wan mai rumah hari tu bawa buah apa?” Atau ada pula ibubapa yang mengajar, “B untuk bola, C untuk cawan”.

Jika anak anda tidak mengalami speech delay, anda boleh saja untuk bercakap sedemikian rupa. Tapi jika anak anda ada isu speech delay, maka tukar sedikit teknik melatih anda.

Ada ibubapa yang tanya, “Salah ke saya ajar anak ABC?” Persoalannya ialah, pada waktu ini anda target untuk anak boleh bercakap atau untuk boleh membaca? Adakah anda nak anak anda boleh menyebut A-Z, atau anda nak anak anda boleh bersembang bercerita seperti rakan sebayanya? Saya pulangkan balik soalan itu supaya ibubapa berfikir, apakah yang anda nak dari anak anda yang sebenarnya?

Jika anak anda telah berusia 2 tahun dan masih tidak bercakap, maka segeralah bawa anak berjumpa mana-mana speech therapist berhampiran.

Bagi ibubapa yang mempunyai anak Autisme, ikuti bengkel siri pertama saya yang bakal berlangsung 8Ogos2015 di Permatang Pauh.

Ruby Speech Therapy
sms @ whatsapp 0133109703
Ambangan Height Sg Petani, Kedah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: