Menjayakan Bengel Pertuturan Autisme

Tahun lepas, saya sibuk manjalankan Bengkel Terapi Pertuturan utk Ibubapa. Bengkel tersebut adalah umum, meliputi tajuk perkembangan bahasa dan cara merangsang anak bercakap. Teknik yang diajar adalah lebih kepada kes-kes berkaitan speech delay yang biasa.

Tahun ini, saya melangkah setapak lagi, untuk mengkhususkan bengkel kepada kes Autisme.

Siri pertama bengkel ini bakal berlangsung di Permatang Pauh. Saya berharap agar dapat meneruskan projek Bengkel ini ke kawasan lain juga suatu hari nanti.

Memandangkan ini siri pertama, saya agak gusar. Banyak yang bermain di fikiran saya. Kes Autisme adalah spektrum yang begitu luas. Peserta yang hadir nanti boleh jadi mild, moderate atau severe Autism.

Kebanyakkan therapist lain, saya dapati melaksanakan bengkel berkaitan latihan pre-verbal :
– melatih eye contact, meniru, kemahiran bermain, memadankan, ikut giliran dan sebagainya.
Sememangnya inilah antara masalah utama yang dihadapi oleh anak Autisme.

Bagi therapist yang memegang sijil Hanen pula, membuat bengkel dengan pendekatan Hanen.

Begitu juga dengan therapist yang ada sijil ABA, membuat bengkel dengan pendekatan latihan tingkahlaku.

Kini giliran saya pula mencipta modul untuk bengkel berkaitan Autisme. Oleh kerana majoriti client yang hadir ke pusat terapi mempunyai ciri Autisme, maka saya simpulkan kepada 5 topik asas iaitu :
1) Interaksi 2 hala
2) kefahaman
3) meniru sebutan
4) echolalia
5) memanjangkan ujaran

Target saya ialah, apabila selesai saja bengkel ini nanti, ibubapa boleh pulang ke rumah dengan idea baru dan terus buat bersama anak masing-masing. Ibubapa tahu untuk merancang strategi dan nampak laluan yang perlu dilalui untuk memastikan target terapi mereka itu berjaya.
Saya juga berharap agar ibubapa berani untuk berdepan dengan masalah itu dan hadapinya dengan ilmu di dada.

image

Sesungguhnya saya akui, semakin lama saya dalam bidang ini, semakin saya rasa betapa kecilnya diri saya dalam ruang lingkup spektrum Autisme. Saya tidak dapat menafikan bahawa ada masanya saya terduduk dan ligat memikirkan “apa lagi yang saya kena buat” “capat fikir dari sudut lain” “teruskan, teruskan, teruskan!!!”.

Saya hanya cuba berkongsi pengalaman dan cara saya melaksanakan terapi pertuturan dengan kanak-kanak Autisme. Semoga dengan perkongsian saya nanti, ibubapa beroleh manfaat dan seterusnya berusaha demi anak masing-masing. 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: