Anak lambat cakap….tapi…tapi…

Berikut ialah sebab-sebab yang biasa ibubapa beritahu saya, kenapa mereka lewat memulakan proses terapi:

1) Saya ingat, biasalah anak lelaki lambat cakap.

2) Mak mentua tak bagi saya datang terapi. Macam mendoakan yang anak bermasalah pula.

3) Suami marah bila saya bincang masalah anak. Suami kata, saya terlalu berfikir negatif.

4) Anak saya yang sulong dulu pun lambat cakap juga. Bila dah masuk 4 tahun, dia boleh cakap macam biasa dah. Jadi saya ingat, nanti anak ni pun sama macam abang dia.

5) Dulu pak cik dia pun lambat cakap. Sekarang dah jadi doktor.

6) Saya belikan macam-macam supplement minda, air penawar dari 7 masjid. Saya usaha cara tradisional selain jumpa dengan perubatan islam. Saya ingat nak cuba cara tu dulu.

7) Anak saya ni bukan tak boleh cakap. Dia faham semua, tapi cuma tak sebut saja lagi. (Ini memang denial stage paling hebat).

8) Saya ingat nak hantar dia ke tadika dulu. Tengok perkembangan dia di tadika macam mana. Kalau tak cakap juga, baru nak mulakan terapi.

Banyak lagi sebenarnya…..
Bagi sayalah, selagi anak tu umur 3 tahun lebih…maka masih dikira sempat untuk intervansi awal. Maknanya, kita latih dan proses intervansi ini mengharap pada prognosis (jangkaan kejayaan) yang baik.

Tapi kalau datang pada usia 4 tahun ke atas, baru nak mula terapi, dalam keadaan kosa kata masih kurang 20 perkataan…..masa tu memang sukar.

Ada yang bertanya kepada saya, kalau saya biar saja anak saya berkembang sendiri dan tak buat apa-apa terapi, apa akan jadi? Adakah dia akan ok saja nanti?
– Jika diagnosisnya ialah severe speech delay, tak buat terapi, biar saja begitu seperti hari-hari biasa…..maka kesudahannya ialah Sekolah Pendidikan Khas.

Jawapan saya agak kejam dan sangat berterus terang. Tapi saya harap, ibubapa di luar sana dapat kuatkan semangat untuk berusaha demi anak anda.

Bersusah dahulu (ketika anak anda bawah usia 5 tahun) adalah jauh lebih berguna dari anda bersusah kemudian (apabila anak anda telah mencecah usia 7 tahun ke atas).

Jadi, bilakah waktu yang paling awal untuk memulakan proses terapi?
– Seawal umur 2 tahun.
– Sebaik saja anda berasa anak anda tidak sama perkembangan bercakapnya berbanding rakan sebaya, anda boleh berjumpa dengan speech therapist untuk membuat penilaian.

Bengkel Terapi Pertuturan untuk Ibubapa di Shah Alam
Tarikh : 28 Mac 2015
Masa : 8.00pg – 12.30 tgh hari
Sms @ whatsapp 0133109703 untuk mendaftar.

image

Advertisements

18 Respons to “Anak lambat cakap….tapi…tapi…”

  1. Anak sya berumur 3 thun..dia masih belum pandai ckp..kalau mintak susu..dia akan ckp..”ma…shu”..tkpun dia akan memegang sya..”shu”..kakak dia berusia 4 thun..dia boleh bercakap..tapi. dia byk guna pkataan “tapi…tapi…tapi…sya buntu..bila tnya seniors..alah..biasalah tu…sy takut ank sya ada masalah dgn psikososial pd masa akn dtg..

    • jika rasa bimbang dan nampak tak sama mcm rakan sebaya, bawa saja ke speech therapist utk buat ujian penialaian. Kalau betul ada masalah, maka mulakan terapi. kalau xde apa2…alhamdulillah…lega…

  2. saudah binti ismail Says:

    Di terengganu ada tak pusat speech therapist ni?

  3. norhaslinda Says:

    Kalo anak 2 tahun septtnye brapa byk perkataan yg anak dah blh ckp?anak saya akan masuk 2thn bln 6 ni and baru blh ckp mama takut jatuh five ball car atuk taknak otherwise die akan guna tgn untuk tunjuk apa die nak

  4. Saya bekerja di melaka masa tu…bila lagi akan ada ye di shah alam ? Kut bileh attend next session…

  5. alhamdulilah pn ruby danish dah boleh cakap 3-4 patah perkataan dan boleh ikut balik cerita melalui buku buku yang saya beli kat pn terima kasih pn blog pn juga membantu anak saya dan saya

  6. Azlina Abdullah Says:

    Askm..dekat johor bharu ada tak terapi ni..anak saya 5 tahun tapi masih tergagap utk brcakap..walaupun dia memahami apa yg kita cakap

  7. Salam puan…
    Anak lelaki saya sudah berusia 2 tahun lebih dn masih belum boleh bercakap.. sy bercadang utk mencuba speech theraphy.. boleh puan advise di mana ada speech theraphy disekitar Perak/Ipoh..

  8. Puan, speech therapist area muar atau melaka ada tak? Terima kasih

  9. noor hafiza binti ahmad Says:

    assalam puan ruby bila agaknya pn akan ada kan lagi bengkel berkenaan ST di lembah klang….harap adakan lagi bengkel2 seperti ini bagi kami yg terlepas peluang…tqsm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: