Anak zaman dulu atau anak zaman sekarang?

Ramai ibu mengambil info positif di internet untuk kegunaan harian keluarganya. Saya sendiri banyak terpengaruh dengan trend ‘penyusuan susuibu’, ‘masakan di rumah’, ‘rawatan semulajadi’, ‘penyediaan bento @ bekal anak ke sekolah’, ‘pemakaian gendong bayi’ dan sebagainya.

Maka jelas bahawa ramai ibu bapa juga sedar tentang perkembangan awal kanak-kanak. Tapi yang anehnya, ada juga yang tidak sedar kepentingan permainan untuk kanak-kanak.

image

*permainan biasa di bilik terapi.

Ada ibubapa yang tidak membeli mainan kepada anak mereka. Tapi zaman dulu pun tiada kedai mainan kan? Ya….zaman dulu pun orang tak beli mainan dan mereka juga tiada Ipad, tiada tv astro serta tiada gadget lain yang canggih seperti sekarang.

Jika anda memang buat keputusan untuk tidak beli mainan, maka anda juga mestilah JANGAN belikan gadget canggih untuk anak anda.

Saya akui, ada banyak permainan rekaan yang wujud dalam rumah, tanpa anda perlu membeli mainan di kedai. Contohnya:
– pinggan mangkuk plastik di dapur dan segala periuk belanga.
– penyapu dan penyodok sampah.
– penyepit baju dan hanger baju.
– bakul baju.
– kusyen sofa.
ini belum lagi senarai aktiviti outdoor.

Apa yang berlaku apabila anda pasang tv atau beri gadget kepada anak anda? Mereka terus duduk mengadap saja…selama mana yang mereka diizinkan begitu. Sedangkan jika anda tutup tv dan sorok gadget, masa anak anda dipenuhi dengan permainan imaginasi dan kreativiti.

Ya…rumah anda akan bersepah, mainan merata tempat, terpijak macam-macam di atas lantai, nampak benda-benda di tempat yang tak sepatutnya….dan seterusnya. Tapi anak anda hanya berusia 3 tahun, sekali saja seumur hidupnya. Dia tidak boleh patah balik ke umur 3 tahun apabila telah masuk usia 5 tahun dan masih tidak boleh bercakap.

image

Didiklah anak anda untuk mengemas selepas bermain. Didik mereka untuk berkongsi barang. Didik untuk meletak barang di tempat asal. Bapa mestilah ambil peranan juga dalam bab mendidik ni. Kadang kala, anak tidak lagi mengikut arahan ibu, maka bapa mesti berperanan.

Ada ibubapa yang begitu yakin bahawa Ipad mampu melatih anaknya bercakap dan melatih IQ anaknya. Perhatikan keupayaan anak anda. Jika anak anda masih tidak bercakap pada usia 2 tahun, hentikan gadget tersebut. Kurangkan TV. Jika anda rasa anak anda tiada masalah, ok saja….maka teruskanlah. Saya hanya memberi nasihat. Keputusan di tangan masing-masing.

Ada ibubapa yang berkata bahawa anaknya faham setiap applikasi yang ada dalam gadget dan boleh melakukan dengan tepat setiap permainan akademik yang ada.

Tentulah begitu….setiap hari dia mengadap benda tu, ulang berkali-kali, dipuji pula oleh ibubapanya apabila berjaya.

Melatih anak bercakap memerlukan interaksi dua hala antara ibubapa dan anak. Makin kerap ibubapa mewujudkan peluang interaksi, makin banyaklah interaksi 2 hala berlaku antara ibubapa dan anak.

Interaksi dua hala yang berkesan memerlukan ibubapa:
– ikut rentak perbualan / minat anak.
– berada posisi sama rendah dengan anak atau aras pandangan mata yang sama.
– ibubapa bercakap dengan sebutan yang perlahan, sepatah-sepatah, sesuai dengan tahap bahasa anak.
– tunggu respon anak dan cuba memahami hasrat hatinya.

Secara mudahnya, ibubapa mestilah turun ke lantai, duduk bermain dengan anak anda.

Ruby Speech Therapy
sms @ whatsapp 0133109703
Ambangan Height, Sg Petani, Kedah.

Advertisements

3 Respons to “Anak zaman dulu atau anak zaman sekarang?”

  1. betul puan ruby saya telah pun lenyapkan ipad dari pandangan anak saya alhamdulilah setiap hari ada sebutan yang baru dan tak pernah dengar…..peranan ibubapa penting dalam kehidupan anak anak walaupun perkembangan bahasa anak saya lewat sekarang sudah 5 tahun tapi terapi pada umur 2 tahun adalah kesan nya sekarang…..lambat tapi berkesan….

  2. Saya sangat setuju dengan pendapat pn Ruby. Bila xde gajet, anak2 lebih berimaginasi dan kreatif bermain. Bagaimanapun, untuk kawal anak2 daripada menghadap gajet sepanjang masa, memang memerlukan disiplin diri yang kuat (di pihak ibubapa). Bukan senang, tapi no choice..kna cuba juga huhu

  3. nana setuju jika anak2 tidak dibiarkan leka menggunakan ipad.
    seronok jika hari ini kita dapat lihat kanak-kanak kecil bermain di taman mainan & bersama kawan2.Dan semestinya kita perlu ada bersama untuk pantau mereka 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: