Anak pendiam.

Anak kecil yang pendiam kebiasaanya hanya jadi pendiam apabila ada orang asing berdekatan. Tapi jika bersama ahli keluarga, mereka tidaklah begitu pendiam. Mereka tetap boleh bercakap dan bercerita seperti rakan sebaya.

image

Sifat pendiam ini kebiasaannya diwarisi dari ibubapa. Mereka belajar melalui pemerhatian sekeliling. Maka tidak ada salahnya untuk bersikap pendiam.

Tetapi sikap pendiam boleh dikatakan keterlaluan apabila:
1) Tidak bercakap langsung dengan rakan atau guru.
2) Sentiasa mengelak dari aktiviti berkumpulan.
3) Guru mengadu kepada ibubapa yang anak tidak bercakap.
4) Anak menangis apabila diajak juga untuk bercakap.

Sikap pendiam yang keterlaluan ini boleh jadi berpunca dari beberapa sebab:
– kesan pengalaman trauma pada situasi lalu hingga memberi kesan psikologi.
– kanak-kanak pernah mengalami masalah bertutur (gagap, pelat, lambat bercakap).
– isu-isu psikologi yang bercampur seperti takut dan resah hingga bersikap mengelak dari situasi bercakap.

Sepanjang pengalaman saya bekerja dalam bidang terapi pertuturan ini, memang ada kes-kes yang pendiam keterlaluan sebegini. Ada yang berumur 5 tahun, 7 tahun, 9 tahun, 13 tahun dan sebagainya.

Tidak semua dari mereka mengalami masalah perkembangan bahasa atau masalah pertuturan. Ada antara mereka hanya mengalami kesan psikologi semata-mata. Contohnya pernah didera oleh pengasuh, dibuli rakan tadika, dikurung dalam almari, ibubapa bercerai dan sebagainya.

Tetapi ada juga antara mereka yang memang menunjukkan ciri masalah pertuturan bahasa. Contohnya pelat, gagap dan lambat perkembangan bahasa berbanding rakan sebaya.

Oleh itu, penilaian dari speech therapist bertauliah adalah amat penting untuk mengenalpasti punca masalah pendiam keterlaluan ini. Masalah ini juga dipanggil selective mutism.

Sekiranya tidak ditangani segera, ia akan memberi kesan buruk dan berpanjangan kepada psikologi kanak-kanak. Malah kesan psikologi semakin parah apabila mereka tidak langsung berasa inginkan perubahan. Mereka ingin kekal dan terus berada dalam zon selesa mereka itu. Namun hakikatnya, kehidupan selesa itu hanyalah berada dalam minda sahaja. Realitinya mereka sentiasa dihurung ketakutan dan keresahan.

Buat ibubapa yang prihatin, sentiasalah ambil berat dengan bertanya kepada guru taska @ tadika @ sekolah anak anda. Mereka mungkin aktif dan banyak cakap di rumah, tapi adakah mereka menunjukkan personaliti berbeza di tempat lain?

Ruby Speech Therapy
wsap @ sms 0133109703
Bengkel Terapi Pertuturan utk Ibubapa
20/12/14 di Perlis
25/12/14 di Kuantan

Advertisements

6 Respons to “Anak pendiam.”

  1. Bengkel 25hb di kuantan buat di mana yek.tq

  2. anak saya dh berumur 4 tahun lebih..masalah saya dia tak bercakap masa di tadika..cikgu tanya or kawan2 dia tanya pun dia xnak bercakap juga tapi kalo kat rumah dengar.suara dia je tak berhenti..apa masalah nyer puan?

  3. Anak saya berusia 4 tahun dan mengalami masalah ini. DIa agak sukar bercakap dengan orang (termasuk pengasuh yang menjaga dia dari kecil) selain ibu bapa. Kami telah mencuba menghantar ke ‘playgroup’ bagaimana keadaan tidak banyak berubah. Boleh saya tahu dimana lokasi Ruby Speech Therapy and charge consultation? .

  4. ada buat bengkel di perak x? sy teringin nak ke bengkel puan. Anak ppuan sy berusia 5 thn menghadapi masalah yg pendiam sgt. sy nak tau cara untuk bg dia mnjadi seorang yg aktif.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: