Aura semangat ibubapa yang luar biasa.

Kanak-kanak yang tiada masalah, boleh bercakap lancar saja. Mereka tengok tv, bermain gadgets, pergi tadika berjenis-jenis bahasanya…..dan mereka tetap berkembang dengan baik, fasih bertutur dan semuanya biasa-biasa saja.

Bagi kanak-kanak yang ada masalah perkembangan bahasa, tv dan gadgets menerukkan keadaan. Tadika pelbagai bahasa juga tidak membantu. Pertuturan mereka tidak berkembang seperti rakan sebaya lain.

Oleh itu, apabila mendapati anak anda tidak seperti rakan sebaya, maka anda mestilah bertindak luar biasa. Anda tidak boleh lagi jadi ibubapa yang biasa-biasa. Anda kena mengubah:
– cara komunikasi anda bersama anak
– cara anda bermain bersama anak
– persekitaran barang di dalam rumah
– tempoh masa untuk diluangkan bersama anak
– komitmen untuk menghadiri intervansi awal (sama ada speech therapy atau terapi cara kerja)

Memupuk hati untuk menjadi ibubapa yang luar biasa memerlukan kecekalan diri dan sokongan penuh dari pasangan. Ada yang bertanya pada saya, namun belum dapat keizinan dari pasangan….maka tiada apa yang mampu saya lakukan lagi. Semuanya bermula dengan kesedaran ilmu. Ramai juga para isteri yang tag nama suami masing-masing apabila membaca artikel saya. Ini adalah antara cara terbaik untuk berkongsi ilmu bersama pasangan.

Untuk menjadi ibubapa yang luar biasa, ia memerlukan latihan berterusan. Pada peringkat awal, anda akan berasa ganjil dan kekok. Ini adalah perkara biasa. Semakin anda berusaha berlatih melaksanakan tugasan terapi yang diberikan, ibubapa akan lebih relaks, selesa dan natural. Kesalahan seperti:
– memaksa anak sebut ikut
– bertanya soalan kepada anak
– mengarah lebih dari bermain
– berasa tertekan bila anak tak sebut serta merta
– memaksa anak bermain permainan yang tidak disukai
Kesalahan-kesalahan begini adalah biasa pada peringkat awal anda dalam proses untuk berubah. Semakin lama anda berlatih, semua kesalahan di atas akan makin berkurangan kerana anda sedar tentang kesungguhan untuk menjadi ibubapa luar biasa demi anak anda.

Kaedah-kaedah di atas tidaklah menjadi suatu kesalahan jika anak anda tiada masalah pertuturan. Anda tanyalah banyak mana pun, anak yang fasih bercakap mampu menjawab soalan anda dengan jawapan yang tidak disangka-sangka.

Kaedah yang saya nyatakan di atas hanyalah penting apabila anak anda mengalami masalah untuk bercakap. Ia sebenarnya suatu strategi untuk membantu anak anda lebih mudah untuk berkomunikasi.

image

*Bengkel Terapi Pertuturan di Qurata Riverside Kuala Terengganu

Saya masih ingat ada ibu yang bertanya, dan nampak kesangsian terhadap apa yang saya cuba sampaikan. Jawapannya mudah saja, jika anda tidak merasa yang anak anda mengalami masalah pertuturan, maka anda bersyukurlah dan jangan pening memikirkan segala strategi yang saya nyatakan dalam artikel speech therapy ini.

Namun saya yakin, strategi ini mampu memberi manfaat kepada ramai ibubapa yang buntu di luar sana. Ramai antara mereka yang tidak ada langsung peluang untuk berjumpa speech therapist, terutama dari kawasan pendalaman dan Borneo.

Saya berasa gembira kerana kesedaran orang umum tentang speech therapy semakin meningkat. Namun kesungguhan untuk melaksanakan terapi itu masih perlu ditingkatkan lagi. Ramai ibubapa kini yang bersungguh ingin mencari diagnosis anak masing-masing. Malah ada yang membelanjakan ratusan RM untuk berjumpa pakar psikologi kanak-kanak di hospit swasta.

image

* Bengkel Terapi Pertuturan di Johor Bahru

Tidak kiralah apa pun diagnosis anak anda, pastikan sementara tunggu appointment, jalanilah intervansi awal (speech therapy atau terapi cara kerja).

Semoga ibubapa luar biasa sekalian terus kuatkan tekad di hati, demi masa depan anak anda. Bersusah-susah dahulu adalah lebih berbaloi dari bersusah-susah kemudian. Tak gitu?

Advertisements

4 Respons to “Aura semangat ibubapa yang luar biasa.”

  1. Assalam.Terima kasih kerana disebabkan artikel puan telah memberi kesedaran kepada saya mengenai permasalahan ini.
    Anak saya juga mengalami permasalahan seperti ini dan alhamdulillah saya telah membuat temujanji di UIA untuk proses pertama;ujian pendengaran.doakan saya berjaya.terima kasih.

  2. ya puan ruby terima kasih banyak banyak atas blog pn dan nasihat pn di wattsapp anak saya banyak perkembangan yang tak jangka dia boleh buat 3 perkataan sekarang alhamdulilah masih perlu di tingkatkan dengan membaca buku cerita setiap malam lebih menampakkan bahasa dia menigkat…..pn teruskan blog ini kerana ia banyak membantu saya dan memberi semangat kepada saya. terima kasih banyak banyak pn. tuhan saja yang dapat membalas.

  3. As salam Puan Ruby.

    Saya kerap membaca blog ini sebagai penyuntik semangat kpd saya. Anak saya di diagnosed oleh paed clinical pysologist ADHD.

    Rakan2 di KL dan selangor menyarankan sistem ABA, tetapi mmandangkan anak saya belajar di tahap 1 progrm pendidikan intergrasi yg mana medium bhasa adalah BM, jadi apakah yg sesuai sebagai ganti ABA?

    Anak saya berumur 7 tahun, dan sejak 2013 mengikut speech therapy dan OT di GH.

    • zaman sekarang ada byk pendekatan yg direka dan diwujudkan. ABA pun bagus, tp tak semestinya sesuai utk semua. Ada lagi sensory intergration, brain gym…mcm2 lah. anak pn dah pun umur 7 tahun. sebaiknya jika pn nak bentuk tingkah laku, tanya pegawai terapi cara kerja yg kendalikan kes anak pn. dia lebih tau kaedah mana yg paling sesuai utk anak pn.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: