Anak 2 tahun.

Anak 2 tahun biasanya aktif, sentiasa sibuk meneroka, memunggah dan mencuba pelbagai aksi fizikal (memanjat, berlari, berguling). Mereka sangat comel dan masih bersikap manja yang dahagakan perhatian.

image

(memanjat lalu ‘mengerjakan’ bunga hiasan rumah Tok Ma)

Apabila genap usia 2 tahun, kanak-kanak sepatutnya telah mempunyai jumlah kosa kata sekurang-kurangnya 200 perkataan. (Chapman,2000; Miller, 1981, Weiss, Gordon, Lillywhite, 1987)

Perkataan awal kanak-kanak kebiasaannya ialah:
– orang yang rapat (mama, ayah, abang, tok)
– perkataan fungsian (tu, nak, bye, habis, sedap)
– perkataan harian (makan, mandi, ambil, sakit, buat, main)

Mereka juga mula menggabungkan 2 perkataan jadi ayat mudah.
– subjek-kata kerja (adik mandi)
– subjek-objek (adik nasi)
– kata kerja-objek (makan roti)
– kata kerja-lokasi (main taman)
– subjek-empunya (mama punya)

Percakapan anak umur 2 tahun juga kebanyakkannya melibatkan:
– meminta info (apa tu? ayah mana?)
– menjawab soalan
– membuat kenyataan

Kebanyakkan kes kanak-kanak umur 2 tahun yang saya jumpa, mereka langsung tidak bercakap, atau perkataan kurang dari 20 perkataan.

Ada pula ibubapa yang berkata, anak dia boleh cakap, tapi tak faham butirannya. Apabila saya dengar sendiri, rupa-rupanya dia bercakap macam bahasa german (aketagedakakaka). Itu bukanlah perkataan yang difahami dan tidak dikira sebagai perkataan.

Ada pula ibubapa yang kata, dulu anaknya boleh sebut perkataan (nak, mama, kakak), tapi perkataan-perkataan tersebut hilang. Tiba-tiba tak sebut langsung dah perkataan tu.

Selain itu, ada ibu bapa yang kata, anaknya boleh sebut A-Z, 1-10, tapi tidak boleh lagi memanggil ‘mama, ayah’, apatah lagi perkataan-perkataan lain yang bermakna. Anaknya juga bijak bermain permainan dalam tablet, tahu membuka aplikasi youtube dan sebagainya.

Ini adalah antara petanda-petanda awal yang kanak-kanak tersebut mempunyai masalah pertuturan bahasa.

Dari segi sebutan, anak 2 tahun sememangnya masih banyak pelat lagi. Tidak dinafikan memang ada kanak-kanak 2 tahun yang boleh bercakap ‘terus’. Dia tidak mengalami pelat yang lama dalam perkembangan bahasanya. Tetapi, jika pelat, dia masih berada dalam julat perkembangan normal kanak-kanak.

Pelat yang biasa bagi anak 2 tahun ialah menyebut sukukata hujung perkataan. Contohnya “ju”(baju), “ndi”(mandi), “kit” (sakit). Selain itu, bunyi /s/ menjadi ‘c’ contohnya “naci” (nasi), /k/ manjadi /t/ contohnya “matan” (makan).

Kaedah untuk melatih anak bercakap telah banyak saya terangkan dalam artikel-artikel saya sebelum ini. Namun, sekiranya ibubapa mendapati ada petanda awal masalah seperti yang dinyatakan di atas, maka segeralah bawa anak anda berjumpa speech therapist berhampiran.

Jika anda rasa “ala….nanti masuk tadika, pandailah dia cakap”, atau “dulu ayahnya pun cakap lambat juga”, maka sila baca artikel saya berkenaan Umur Kritikal Perkembangan Bahasa Kanak-kanak.

Ruby Speech Therapy
sms @ whatsapp 0133109703
Sungai Petani dan Permatang Pauh.

Advertisements

37 Respons to “Anak 2 tahun.”

  1. nur farhana Says:

    Assalam. Ank sya bln 10 ni akn genap 2 thn.. tp cakap masih bahasa jepun nya.. cuma yg saya faham cat, dog, bu, abang, tu, nak, one two three.. perlu ke saya risau

  2. Assalam puan,
    Saya Puan Diyana. Saya punyai anak berusia 2 tahun pada bulan 10 ini. Adakah normal anak saya hanya bertutur beberapa perkataan saja seperti : “Bu”, “ayah”, “nak mammam”, “kit”, “nak tutu”.
    Anak saya sudah faham apabila disuruh. Cuma yang saya bimbang, pertuturan nya.
    Harap puan dapat memberikan sedikit pandangan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan puan dalam bidang ini.
    Terima kasih saya ucapkan.

  3. 3 orang anak saya xde masalah. Kecuali yang kedua agak pelat sampai umur 3 tahun. Apapun saya praktiskan cakap dgn anak2 bahasa yang betul, bukan bahasa keanak2 kan.contohnya ada ibubapa tanya anak “nak atan tak?” (nak makan tak?)..

  4. Assalam puan…anak saya berusia 3tahun pada bulan disember ini,masalahnya anak saya belum pandai bercakap dan hanya menggunakan bahasa jermannya….apabila di suruh untuk ambil barang ada kalanya dia faham tapi ada masanya dia langsung tidak faham…anak saya hanya bolah cakap “ta bu yiaeee”(tak boleh) “dap” (sedap ).

  5. rafizah bte wahid Says:

    Puan, ank saya 5thun mild autism, seblum ni pernh pi terapis tpi x smpai 3 bln, 2 terapis x boleh buat, boleh bntu ank saya puan

  6. Salam puan
    Anak sy bulan 25/12/14 ni genap 2 tahun.. Anak sy hanya blh sebut “nak”, “nanak” dan “bye” sahaja dgn jelas. Yang lain hanya bahasa german yang tak dapat difahami. Saya telah cuba berkomunikasi dengan anak sekerap mungkin, membaca bersama,bertanya soalan kepadanya. Adakah sy perlu risau? Bila memberi arahan, anak sy faham.

    • anak puan berumur 1;09. belum mencecah usia 2 tahun lg. tp sepatutnya perkataan dia ada lebih banyak dari apa yg puan nyatakan. latih lagi di rumah. baca artikel sy berkenaan cara latih anak bercakap. jika dah masuk 2 tahun genap dan masih tiada perubahan, bawalah anak berjumpa speech therapist berhampiran.

  7. ank kini brusia 2thn 5 bln tp blm pandai brcakap dan hanya pandai mnyebut mama,papa,bas ,etah(kereta) dan mamam ini merisaukn saya.saya nak brtanya adakah apabila kanak2 lmbt brcakap itu menjejas kn otak nya..adakah mereka juga anak2 yg pintar?

    • kemahiran bercakap melambangkan perkembangan otak kiri. tak semestinya anak yg lambat cakap tu, tidak pintar. mereka boleh jadi juga pintar…tp mesti segera atasi masalah lambat bercakap tu. bawalah anak berjumpa speech therapist berhampiran.

  8. Assalamualaikum, puan anak saya akan genap 2 thn pd bln depan..ttp masih x boleh bercakap dgn erti kata lain kami perlu memahami bahasa yg dibunyikan nya, saya telah rujuk kes ni ke speech therapy dan hearing test tlh di lakukan ttp keputusan msh samar kerala anak saya bersuara ketika alat dimskkan ke dlm telinga nya…so next appointment anak saya perlu ditidurkan semasa ujian tersebut dilakukan…mohon pandangan dr puan..terima kasih. .

  9. anak saya 2 thn 10 bln. tapi ckp jerman je. bab main tab n hphone mahir. bil di panggil dia respon. mcm mana tu puan

  10. noridayu binti ehashan Says:

    as salam…anak sy bln 10 nie 3thn…tp just ble ckp ayah,ibu,su(susu)..dn prkataan2 yg hujung je mcm dik,di,,ki,..ank sy jenis yg mls nk ckp…ni ank yg no2..tp ble kite ajar dia ckp dia akn ikut…tp cme skjp je dia akn fllow…ps tu dia sibuk nk main….ap pendpt puan…t.kasih

  11. Saya ada membaca sebahagian yg mmpunyai masalah spt yg sy hadapi.anak sy dignose mild autism..sbgai ibubapa kita akn buat yg terbaik buat mereka.anak sy sudah jalani speech terapi n ot..buat parents..terima anak kita dan usaha buat terbaik buat mereka..

  12. Nice info..anak saya yg no 2..umur setahun lebih dah tau huruf..kenal huruf..nombor semua..tapi pelat sampao sekarang dh 3 tahun..tapi dia bolehlah bercakap hehe I wonder why sbb kami x pernah bercakap pelat2 depan dia..abg dia pon ckp elok jer..
    Nway..very I formative
    Jemput ke blog adaa juge ye
    http://Www.adaa-inspiration.com

  13. assalam puan..kat kl ada x tmpt speech therapy ? anak sy bru 1thn 5bln ckp bahasa jepun dia je..perkataan yg dia sebut clear dlm 20 perkataan mcmtu..risau.lau boleh masuk 2tahun nanti dh pandailah ckp dgn sempurna.

    • umur 1;05 masih kecil. latih sendiri di rumah dahulu. baca artikel2 saya tentang cara ajar anak cakap. umur 2 tahun pun, kanak2 belum boleh cakap sempurna. mereka masih pelat2 lagi.

  14. salam puan, anak kenalan saya akn masuk 3 thn bln 11 nanti. pertanyaan saya di sini, adakah faktor bahasa yg digunakan juga menjadikan ank tersebut lambat bercakap. ini kerana, ayahnya bercakap melayu manakala ibunya pula menggunakan bahasa siam. tapi abang2nya bercakap melayu.

    • bukan masalah bahasa. anak serap bahasa sgt cepat. bg anak yg xde masalah, bg 7 bahasa pun, dia serap je. biasa saja ibu bapa kawin campur…dan anak mereka tetap boleh bercakap. malah ada juga ibu bapa yg pekak bisu, tp anak mereka tetap boleh cakap.

  15. Salam puan, anak saya umur 1 thn 6 bulan, masih tak tau cakap, tapi faham apa yang orang lain kata dan suroh. Dia hanya boleh bercakap pah atau pa sahaja. Kalau saya minta panggil kan abang di hanya menyubut perkataan “A” sahaja.

  16. Assalamualaikum
    Anak saya berumur 2thn 9bulan. Dia pandai membuat ayat 3 perkataan tetapi agak pelat..spt ‘nak kan shik’nak mkn nasik. Dia juga kadang kala berbahasa german apbila dia ingin menceritakan sesuatu yg panjang kpd saya. Lagi satu, dia agak pendiam dgn kanak2 sebaya dgnnya dan tidak pandai bermain/bergaul dgn kanak2 lain yang baru dikenalinya.
    Adakah ini normal bg kanak2 usia ini? apakah sy perlu berjumpa speech therapist?
    Terima kasih

    • umur 2;09 memang cakap pelat lagi. dia boleh buat ayat 3 perkataan, dikira ok saja. cuba tambah pergaulan dia, hantar ke taska atau bawa ke rumah sepupunya setiap minggu.

  17. Mcm mane prosedur nk bw anak jmp speech therapist? Jika ke hospital kerajaan, bahagian mane perlu sy pergi? Apa kaitan ENT dan speech therapy? Anak sy 2 thn 5 bln belum meminta apa2 wpon guna perkataan. Mulut bising tp bunyi yg keluar xde lgsg yg kita faham..

  18. salam….anak saya umur 2.02 tahun…ada perakataan yg jelas dan ada yg pelat sikit…tp maseh blh paham…mak…ayah…ibu…kakak…abg…baby…mandi…mkn…minum..tdo…bgn…duduk….air…fish……sayur…cat…bas…car…moon…..nak…xnak…no…jom…jalan…main….horse….blh dh sebut…bersama beberapa lg perkataan yg pelat sedikit tp blh difahami….auat satu dua perkataan blh jgk sikit2….cuma bila dia bercakap dlm ayat…cth nak bercerita ttg sesuatu pd kita….atau cakap sesuatu yg menggunakan ayat yg panjang lebar…terus bertukar jd bahasa german..dan kdg2 xpaham langsung apa yg dia nak sampaikan….normal ke utk anak umur 2.02tahun…risau jgk bila dgr bahasa jerman tu

    • umur ni mmg ada bahasa german (jargon), tapi patutnya dah berkurang sebab perkataan dia dah bertambah. dia juga patut boleh sambung 2 perkataan jd ayat mudah (nak nasi, nak tu)

  19. Salam puan,

    boleh tak suggest terapi di kawasan KL / Selangor?

  20. Assalamualaikum…puan..ank sy kembar..yg 1st mmg fasih berckp..yg adik nmpk pendiam..dia ckp bila perlu mcm sakit mamam star ayah dah baru.masuk 2thn..adakah perlu jumpa speech therapi

    • umur 2 tahun patut ada sekurangnya 25 perkataan yg spontan dia sebut setiap hari. dia juga patut mula menyambung 2 perkataan jd ayat mudah (nak mamam, nak ayah). kalau pn ragu2, bawa anak berjumpa speech therapist utk buat ujian penilaian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: