Anak umur 1 tahun 6 bulan.

Pada umur ini, ada anak yang dah mula bercakap. Boleh sebut “mama, baba, nak, tu, bye”

Tapi ada juga yang belum bercakap. Pada pendapat saya, selagi anak belum mencecah usia genap 2 tahun, ibu bapa masih sempat ajar sendiri anak anda di rumah.

Ada ramai kanak-kanak yang tidak suka dipaksa meniru perkataan. Kita sebut, dia angguk saja. Jadi ibu bapa kena banyak bermain bersama anak supaya mereka tidak rasa seperti dipaksa. Dalam keadaan bermain, aktiviti bersuara dan bercakap juga mestilah seronok kerana namanya ialah bermain.
Contoh aktiviti:
1) Mainan haiwan. Reka cerita sambil bermain. “Lembu ni cari baby dia. Dia panggil moo moo….mana baby ni…mooo”. “Itik ni nak mandi…pap pap pap…gosok gigi pap pap pap…basuh kaki….pap pap pap”. “Singa ni nak makan lembu…aum aum…makan lagi aumm…”

2) Mainan puppet. Pakai teddy bear sorok tangan belakang bantal pun boleh. Main ulang-ulang saja, seperti main aum cak. Tapi dalam aktiviti ni, sebut nama anak. Kemudian apabila nak menyorok semula ke belakang bantal, sebut “bye”. Anda boleh buat seperti suspen dan geletek juga. Anak-anak mesti suka.

3) Main bubbles. Anda boleh ajar anak sebut “pop pop pop” setiap kali belon dipecahkan. Apabila semua dah pecah, sebut “habis”. Kalau dia nak lagi, dia kena sebut “nak” atau “lagi”. Jadi anda mesti tunggu respon dia. Ulang banyak kali sampai dia faham yang dia kena sebut dulu, baru dapat bubbles.

4) Menyanyi. Biasakan nyanyi lagu yang sama setiap hari, 4-5 kali sehari. Kemudian anda tunggu dia habiskan perkataan terakhir dalam ayat lagu tersebut. Contoh “happy birthday to….” dia kena sambung “you”.

5) Pengukuhan tahap kefahaman. Latih anak mengenal anggota badan, barang di dalam rumah, menunjuk gambar di dalam buku dan mengikut arahan yang diberikan.

image

Sambil anda bermain, perhatikan perkara berikut:
– pandangan mata bersama
– kemahiran dan minat dia terhadap permainan yang diberikan
– kebolehan dia meniru perbuatan yang ditunjukkan
– respon yang diberikan apabila namanya dipanggil secara tiba-tiba.

Jika anak telah masuk usia 2 tahun, tetapi masih tidak bercakap, maka anda mestilah bertindak dengan merujuk anak anda kepada mana-mana speech therapist berhampiran.

Ruby Speech Therapy
Pernatang Pauh dan Sg Petani
sms @ whatsapp 0133109703

Advertisements

34 Respons to “Anak umur 1 tahun 6 bulan.”

  1. Macam anak I (1thn 9bln) Dia suka harming. Klu kita nyanyi atau ajar dia ikot ddngan cara harming (cth: a-yam = hmmmm hmmmm)
    Macam malas nak bukak mulut.

    • seperti yg sy cerita di artikel, kanak2 ada yg tak suka dipaksa mengikut sebutan. dia mesti dlm keadaan bermain, barulah dia bercakap secara spontan. bila dia nak cakap, dia cakap sendiri. gunakan kaedah2 yg telah sy terangkan dlm artikel.

  2. Assalamualaikum, anak saya sudah 1 tahun 6 bulan,
    tapi belum pandai sebut papa & mama lagi.
    tapi ada beberapa perkataan lain yg dah disebut contohnya:
    fish, duck, bye, mamam, cat.
    Dia sudah faham dan bertindak dengan beberapa arahan.
    adakah ianya normal?
    Terima kasih.

  3. fatimah sham Says:

    As salam..adakah bayi hanya akan mula bercakap pd usia ini..sbb ada setengah bayi yg dah mula bercakap diusia setahun 3 bln.,ini berdasarkan apa yg diceritakan oleh ibu bapa lain..ataupun..secara kebetulan mereka mengeluarkan perkataan tp tak faham maksud..contohnya mama..baba..

    • wah….hebat….setahu saya hanya nabi Isa a.s yg bercakap ketika dalam masih dlm buaian.
      bercakap yg saya maksudkan ialah perkataan bermakna. ‘nak, habis, bye, lagi, mama, kakak’.
      pada umur 3 bulan, bayi sekadar membuat bunyi2 vokal ‘aaa, eee, ooo’ bermain2 dgn suara dia sendiri.

      • Salam..puan,maybe puan tak perasan yg puan fatimah sham nyatakan setahun 3bln bukan 3bln..
        Anak saya pun di usia sethn 3bln dh mula bercakap..yayah,babang,nak,nyau..

      • ha ah….sy yg dah tak perasan. membaca dan menulis pakai hp ni mmg terhad sikit tumpuan. hehe….maaf ya pn fatimah.

    • maaf, sy dah silap reply. sebenarnya kanak2 mula bercakap perkataan bermakna seawal usia setahun. malah ada yg menyatakan anak mereka boleh menyebut mama seawal usia 10 bulan.
      Secara umumnya, kemahiran bercakap lebih ketara selepas anak pandai berjalan. Ini kerana kemahiran berjalan melibatkan motor kasar manakala kemahiran bercakap melibatkan motor halus.

    • Ank sy berumur 2thn 6bln masih blum mnyebut mama abah..jg blum berjalan..berdiri pun kena berpegang @ berpaut..apa yg perlu sy lakukan..kami ada bw jumpa terapi fisio,gerak kerja, & speech mengikut jadual..

  4. Salam..anak sy berumur 1 tahun 5 bulan..
    Dh pndai ckp nak, bak, air, bah, beybey (patung)..

  5. hamba allah ^^ Says:

    puan saya ada anak berumur 1 tahun 3 bulan….dia masih tidak mengeluarkan perkataan yg ada makna…sekadar mengeluarkan bunyi saja…dia di lahirkan sumbing bibir dan lelangitnya…baru2 ini nie dia sudah menjalani pembedahan utk menjahit lelangitnya…tapi nasib dia x berapa baik,,,lelangit nya terbuka balik seperti asal…doktor mengatakan tidak boleh berbuat apa2 dan kami terpaksa menunggu beberapa tahun lagi baru ada keputusan apa yg perlu dilakukan kpd anak saya…pertanyaan saya adakah anak saya tidak boleh bercakap seperti biasa atau bagaimana?

    • Pn boleh masuk persatuan CLAPAM. Mereka terdiri dari ibu bapa yg ada anak mengalami masalah sumbing. cuba google ttg ni. maka tidaklah pn terasa keseorangan menghadapi situasi begini dan dapat berkongsi pengalaman dgn ibu bapa lain.
      kanak2 sumbing mmg perlu menjalani banyak siri pembedahan, malah ada yg sehingga remaja pun, masih ada bahagian yg perlu diperbaiki. kebanyakkan kanak2 sumbing boleh bercakap, tapi ada masalah sengau. intervansi awal dan kerja berpasukan antara speech therapist dan pakar bedah plastik amat penting untuk mendapatkan hasil terbaik demi kanak2 tersebut.
      pn juga tidak perlu segan2 atau teragak2 utk mencari 2nd opinion dari mana2 doc lain jika perlu. sy tidak menafikan bahawa isu pembedahan ini memerlukan kepakaran dan pengalaman dari pakar bedah. pakar yg bagus, hasilnya cantik saja, berseni dan nampak seperti hampir sempurna. tapi lelangit terbuka semula begini juga mmg biasa berlaku akibat pembesaran normal kanak2 itu sendiri.

      • hamba allah Says:

        saya sudah mendaftar dlm persatuan CLAPAM,,saya cuba menyertai aktiviti2 yg di adakan…anak saya juga sudah di rujuk kepada ENT dan pakar percakapan di hospital besar kuala lumpur….saya cuba mencari pandangan dr doktor lain malang nya doktor pakar plastik di HKL jika saya mahu mencuba di tempat lain…selepas itu jangan datang ke HKL lagi…saya benar2 sedih krn saya rasa mereka seperti kuasa VETO…saya yg sedang dlm kesusahan seperti ini mrk tidak cuba menyelami perasaan saya sebagai ibu yg risaukan masa depan anak saya…anak saya bermasalah di dlm semua segi…makanan sering kali keluar melalui hidungnya…sering tersedak dan ada masa air di minum keluar melalui telinganya….saya takut nak beri dia makan..berat dia langsung tiada peningkatan…jangan di tanya bagaimana rasa hati saya…tidak dapat saya jelaskan rasa hati saya..sedih,kecewa.takut dan 1001 rasa ada di dlm hati saya..

    • Saya mahu membalas apa yg puan tulis berkenaan HKL tp xde pulak icon balas di situ. Sy hanya mahu mengatakan byk kn bersabar Puan. Semoga Allah memberkati Puan sekeluarga dan semoga anak Puan terus membesar dgn sihat & sejahtera.

  6. anak saya lg seminggu nk setahun, pkataan plg jelas sgt2.. jaaaa…thhuuuhhh (jatuh). die suke memnjat, tp blom pndai jln.. takot2. so bile die panjat akan ckp jaaaatuuuh, rupenyer itu pkataaan pertame die… sbb da hari2 dgr kot… huhuu

  7. Salam,
    Pn Rubyatika,
    Triplet saya dilahirkan tidak cukup bulan @ 34weeks of pregnancy.
    Skrg, mrk dah berumur 1yr 10 months old…
    Sudah ada beberapa perkataan yg mrk tuturkan..contoh..mama, papa, nak, nah, nyau, bird, cat, ball, eyes….
    Tp tentunya, bil patah perkataan berbeza tiap seorang dr mereka…
    Soalan sy, normal kah utk umur mrk, tdk berckp dgn rangkai kata…contoh…nak susu…nak makan…
    Setakat ini, setiap instruction kami, spt ..go to sleep, sit down, brush teeth, come here, take ur blanket, take this or that..mrk boleh faham dan buat…
    Cuma..xberckp lg…

  8. Anak saya da masuk umur 2 tahun… tp masih x pandai pnggl mama n ayah… tp die blh sebut mamamamama n bababababa… adakah normal… saya perlu rujuk ke mana2 ke?

    • kena jumpa speech therapist berhampiran. peringkat 2 tahun mesti dah ada perkataan. mamama dan bababa ialah peringkat membebel, yg patut ada pg tahap umur 8 bln.

  9. salam … anak saya setahun 9 bulan … sebelum dia masuk wad ( 11 hari di wad keranan demam dan jangkitan kuman ) dia boleh sebut , abah , lizard , cat , nak ,tapi selepas keluar wad dia hanya sebut aaaaaaaaaaaaaaa .. panggil org pun aaaa .. nak barang tunjuk2 je …. saya sentiasa bercakap , bermain .. membuat macam2 bunyi tp dia akan pandang dan senyum je… beza dengan sepupu2 yang sebaya dengan dia.

    • jika jangkitan kuman sampai ke selaput otak, mmg ada kemungkinan utk alami masalah percakapan @ pendengaran. maklumkan masalah ini kepada doktor yg merawat anak anda dan minta rujukan berjumpa speech therapist dan audiologist.

  10. Salam.. Anak saye 1 thn 8 bln… dia jarang bercakap tapi hanya banyak cakap jerman (huisypalalakuikui) :)… tapi boleh menyebut ami (mommy), edi (daddy), abang, aufa, fish, bye, hai, nak, asih (terima kasih).. amin (ketika berdoa). Bila diajak main… dia hanya mengangguk just bercakap bila ikut kehendaknya… adakah ini normal?

  11. salam…anak saya sudah berumur 4 tahun tetapi masih lagi belum bercakap seperti kanak-kanak yang seusia dengannya. dia hanya memanggil mommy, dad dan kakak jikalau memerlukan. sekiranya dia memerlukan sesuatu, dia akan membuat bunyi untuk menyatakan sesuatu seperti makan atau pun menukar lampin. saya ada membawa dia berjumpa dengan doktor pakar kanak2 untuk melihat sama ada dia mempunyai tanda seperti austime dan sebagainya namun tiada. apa yang perlu saya buat sekarang ini?

    • jika pn telah berjumpa pakar kanak2, beliau sepatutnya mengeluarkan surat rujukan utk merujuk kes anak pn kepada speech therapist dan audiologist. jika beliau tidak berbuat demikian, pn pergilah berjumpa dgn dr tersebut dan minta rujukan dibuat.

  12. Nurul Nurem Says:

    anak saya umo 8 bulan perkataan pertama dia sebut ayah pkataan ayah mmg jls & x pelt. sekarang umur dia setahun 4 bulan. dia suka menyanyi dia akn sbut pkataan akhir. alif ba ta, one two three , A B C. air, mamam, bye ayah , ais, bola, nak , ubat. byk jgk pkataan yg dia dah pndai sebut. saya lebih suka ajar bhasa baku dari pelt. klau dia pelt hsaya akn betulkn smpai dia sebut dgn betul. skrg yg buat saya risau dia dah mula panggil ayah kepada abang mungkir kerana selalu dia dengar saya panggil.hubby dgn pkataan abg
    skrg saya tpaksa tukar pggil abg kpda ayah. sebut dengan betul

  13. Adakah normal.sekiranya kanak- kanak berusia 1 thn 9 bln…sering bercakap sendirian…dengan haiwan, tumbuhan dan permainan….apakah faktor penyebab hal ini?

    • normal. mereka berimaginasi dan berlatih bercakap. tp mereka juga boleh bercakap dgn ibubapa @ adik beradik. kalau hanya cakap sorang2 dan taknak bercakap langsung dgn ibubapa…itu dah lain dan kena buat penilaian.

  14. Assalamualaikum,adakah normal bagi kanak2 berumur 1 tahun 9 bulan hanya menyebut perkataan amin,air,..lain2 perkataan belum lagi.sangat jarang dia sebut patah perkataan tapi dia banyak cakap bahasa dia sendiri (bahasa baby) yg kita kurang paham.

  15. assalamualaikum….anak sy dah berumur 3 thn dia mula berckp dlm umur 2 thn….sekrng ni perckpan dia x jelas…mcm mana utk sy latih dia utk berckp dgn jelas yea….

    • Kena bawa ke speech therapist utk buat penilaian setiap sebutan anak tu. Secara umumnya anak 3 tahun boleh cakap ayat 3 patah (nak ikut mama) dan sebutannya masih pelat (r,l, k dan beberapa konsonan lain). Sebab tu bawalah ke therapist utk penilaian yg lebih lanjut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: