Anak 5 tahun.

Umur 5 tahun adalah umur pra-sekolah. Majoriti kanak-kanak pergi ke tadika atau pra sekolah. Di sana mereka belajar secara berstruktur tentang akademik di samping kemahiran sosial. Kemahiran urus diri telah dikuasai dan mampu menjaga peralatan sendiri.

Dari segi pertuturan bahasa, anak umur 5 tahun sudah boleh kita ajak bersembang. Mereka mampu kekal pada satu-satu topik dengan kupasan idea mereka sendiri. Malah mereka boleh memberi pendapat tentang kemungkinan tertentu. Contohnya; “Abang rasa, dia jadi macam tu sebab…..”.

Selain itu, penggunaan imbuhan juga menjadikan bahasa yang digunakan kelihatan matang dan lebih sedap didengar. Contohnya: “Abang cuma nak tolong tarikkan aja sebab dah terlekat kat sini”. Perhatikan imbuhan ‘kan’, ‘ter’ lebih kerap digunakan dalam ayat harian.

Secara keseluruhannya 98%-100% dari perbualan kanak-kanak usia 5 tahun difahami oleh orang lain. Mereka bercakap lancar dan jelas setiap sebutan (kecuali pelat bunyi r).

image

Bagi kanak-kanak 5 tahun yang mengalami masalah pertuturan bahasa dan tidak pernah datang speech therapy, kebiasaannya mereka menunjukkan ciri seperti berikut;

1) Mereka ada keinginan untuk bercerita, tapi hanya perkataan awal dan hujung saja difahami. Kita tak faham apa yang dia cerita di pertengahan ayatnya.
Contoh : “mama, tadikan kat tadika ada budak @^$*!*$* pastu dia lompat *$&!^!( cikgu rotan dia.

2) Kosa kata yang terhad. Mereka selesa guna “yang tu, ni, sini, macam ni” atau tunjuk isyarat tangan saja.
Contoh: “dia boleh buat macam ni (isyarat tangan), pastu dia bagi ni, dia pergi terbang sampai sana.”

3) Bercerita tak ikut turutan. Kita terpaksa teka apa yang dia nak cerita sebenarnya.

4) Cikgu-cikgu melaporkan yang murid ini sangat pendiam di tadika. Jika dia bercakap, cikgu susah nak faham apa dia sebut.

5) Masih tidak dapat menyebut nama sendiri (nama penuh) dengan betul.

6) Hanya menjawab apabila ditanya soalan mudah saja. Soalan “kenapa? bagaimana? awat? pasai apa?” amat sukar dijawab dengan betul. Jika memberi jawapan pun, ianya tidak langsung berkaitan dengan soalan atau dia jawab tanpa berfikir.

7) Apabila kita cerita tentang kisah buku cerita, dia tak boleh nak jawab bila kita tanya balik tentang kisah tadi. Padahal dia memang setia duduk dengar kita cerita dari awal. Walaupun buku cerita adalah bergambar sahaja.

Walaupun kanak-kanak mengalami masalah pertuturan, ia tidak melambangkan kemahiran akademik. Tidak dinafikan, walaupun tidak mahir bercakap, tetapi dia telah menguasai huruf dan nombor. Ada juga yang boleh menulis nama sendiri.

Antara aktiviti yang paling sesuai untuk melatih kemahiran pertuturan bahasa kanak-kanak 5 tahun ialah:

1) Teka teki

2) Kalau dia ada adik, suruh dia ceritakan buku cerita yang dia biasa dengar kat adik dia pula.

3) Berbincang dengan dia tentang pilihan aktiviti yang patut dibuat pada hari minggu tersebut. Contohnya, “Abang rasa, hari sabtu ni kita nak pergi rumah Tok ke, atau kita nak pergi rumah Pak Ngah?” “sebab apa?”

4) Cerita tentang “macam mana kalau…”.

Kalau kanak-kanak 5 tahun yang tiada masalah pertuturan, anda akan mengaku kalah dan tak larat dah melayan mereka bercakap.

Perhatikan pertuturan bahasa anak anda. Jika percakapannya tidak seperti rakan sebaya, bawalah anak berjumpa speech therapist berhampiran.

image

Bengkel Terapi Pertuturan untuk Ibubapa
7 May 2016 di Sg Petani, Kedah.
15 May 2016 di Ipoh, Perak.
21 May 2016 di Seremban, N.Sembilan.

Ruby Speech Therapy
whatsapp @ sms 0133109703

Advertisements

8 Respons to “Anak 5 tahun.”

  1. Anak saya juga 5 tahun dn alami masalah pelat dan lambat bercakap. Jika dia bercerita hanya saya je yg memahami.tu pun ada yg sy kurang fahami.perlu ke saya bawa ke pakar?
    Btw saya beri anak saya suplimen mealshake dan omega untuk dia cergas dan bijak di rumah mahupun tadika.
    Senang2.. lawatlah blog saya. http://www.beautifulazra.blogspot.com.
    Terima kasih

  2. Rahizat Binti Jamaludin (izat) Says:

    Assalamualaikum puan…anak saya umur 5 tahun lelaki, belajar di PASTI..alhamdulilah komunikasi dia mmg baik, tidak pelat , suka bercerita ,ramah sangat orangnya..sudah kenal huruf dan nombor..iqra pun alhamdulilah….tapi kalu suruh membaca susah sikitla…eja lain sebutan lain….bagaimana nak ajar dia membaca dengan baik…satu lagi dia suka bercakap laju dan kuat..ustazah di sekolah bagitau suara dia paling kuat dalam kelas…adakah itu normal pada usia 5 tahun
    Terima kasih….

  3. hannah suryati Says:

    Anak sy juga berumur 5tahun dah bersekolah tadika. Tapi cikgu dia cakap dia sangat pendiam di sekolah..tidak bercakap langsung dgn kawan2 dia..tapi di rumah dia ok.saja..dgn adik dia pun selalu bercerita & bergaduh..tapi masalah di sekolah..krna terlalu pendiam seringkali buku&peralatan sekolah dia di ambil kawan sekolah dia. Tapi dalam hal pelajaran dia ok.saja..masa exam pun semua dapat A. Dia dah pandai menulis nama sendri & pandai mengira.

  4. Slm puan..ank sy seperti ciri2 yg puan sebutkan di atas.susah nk diajak bersembang,dia hny brcakap bl ditanya n mmpunyai kosa kata yg amat terhad ttp dia tidak pelat.tp Alhamdulillah dia amt cerdas di dalam kelas dan amt mudah faham..insyaallah sy akn cuba mempraktikan latihan bertutur buat ank sy.

  5. zhia adriana Says:

    Salam puan. Ank sy pun umur 5 thn lelaki. Ckp mmg pelat. Sbutan a-z pun bnyk yg x btul. Kt tdika pun die x bnyk ckp Smpai cikgu pun ckp susah nk dgr suara die. Sy prnh bwk jmpa doc. Ble doc tnye…die lgsung xnk ckp. jd doc buat rmusan sruh htr pra sekolah thn dpn. Ape yg patut sy buat ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: