15 minit setiap hari.

Sesibuk mana pun, bagilah 15minit. Tak lama pun, 15 minit je….

Kini ibu bapa sibuk bekerja. Anak dihantar ke taska seawal 7pagi dan diambil semula jam 7malam. Sampai rumah para ibu sibuk membuat kerja rumah dan mengurus keperluan rumah. Para bapa juga nak ke surau berjemaah dan ingin berehat.

Tepat jam 10.00malam, anak dah tidur. Maka hanya lebih kurang 3 jam saja anak bersama dengan ibu bapa. Pada hari cuti, barulah anak-anak dapat bersama lebih lama dengan ibu bapa.

Dalam tempoh 3 jam yang singkat itu, boleh tak, luangkan 15 minit khas untuk anak anda? Anda mungkin boleh:
– bacakan buku cerita
– main block @ Lego
– main masak-masak
– main lipat kertas
– main robot dan raksasa
Main apa saja ikut kesesuaian umur dan minat anak anda. (kecuali gadget dan tv).

image

Tidak dinafikan, anda juga ada bersembang dengan anak sewaktu dalam kereta, ketika makan dan semasa menyiapkan anak anda. Tapi aktiviti bersama anak adalah lebih bermakna bagi mereka. Itulah kenangan yang akan anak anda ingat sampai bila-bila.

Kali ini, saya ingin mengaitkan sedikit dengan kaedah islam. Dalam islam, kita solat 5x sehari. Setiap tempoh solat itu hanya memakan masa lebih kurang 5 minit saja. Tapi ia dilakukan setiap hari. Kenapa kita tidak disuruh hanya bersolat pada hujung minggu saja? Ini jelas menunjukkan bahawa penerapan yang kerap walaupun sekejap adalah lebih efektif berbanding penerapan yang jarang (seminggu sekali), walaupun sekali buat itu memakan tempoh 3jam.

Kaedah ini juga sama seperti pelajar yang belajar secara konsisten setiap hari dengan pelajar yang hanya pelajar bila dekat nak exam.

Maka begitu jugalah usaha yang perlu diletakkan untuk membimbing perkembangan anak anda.

Majoriti kanak-kanak yang hadir speech therapy menunjukkan progress yang sangat membanggakan apabila ibu bapa sudi meluangkan masa melatih anak setiap hari. Maka mereka datang terapi hanya untuk update progress anak mereka dan belajar lagi kaedah baru untuk peringkat yang seterusnya.

Bagi kanak-kanak yang tiada masalah pertuturan, mereka tiada masalah untuk menyerap bahasa yang didengarnya. Mereka mudah untuk bercakap, walaupun hanya bersembang ketika waktu makan atau di dalam kenderaan.

Tapi jika anak anda mengalami lewat pertuturan bahasa, maka anda perlu bertindak. Lakukan sesuatu. Mulakan dengan aktiviti 15 minit bersama anak anda setiap hari. Dalam tempoh 15 minit itu, pestikan dan perhatikan:
– interaksi dua hala.
– aktiviti yang diminati oleh anak, bukan antiviti yang anda paksa anak buat.
– respon bukan verbal dari anak (eye contact, senyuman, angguk kepala, hulur tangan)
– menggalakkan anak membuat pilihan (siapa naik dulu? ayam ke, kucing?)
– lebihkan ayat penyata. Elakkan ayat tanya.

Semoga ibu bapa berusaha mencari masa kualiti bersama anak anda.

Bengkel Terapi Pertuturan untuk Ibubapa

26/11/2016 UTM KL

4/2/2017 di Kota Kinabalu Sabah

5/2/2017 di Tawau Sabah
whatsapp 0133109703

Advertisements

6 Respons to “15 minit setiap hari.”

  1. sangat terkesan dengan entry ini. mmg diakui sangat2 penat lepas balik dari kje. cmpur lagi dgn jalan jem. agak stress. kdg2 melayan anak2 pun ala kadar je. anak merengek mintak perhatian, kita buat tak tau..berdosanya sebagai parents.

    • kena set dlm fikiran sebelum nak ambil anak2 tu, dah ada dlm fikiran “hari ni nak main aktiviti apa dgn anak….nak main apa….nak senyum”
      selalunya org fikir “balik nanti nak masak apa?” lepas ni fikirkan juga “balik banti nak main apa dgn anak?”

  2. ummu iman Says:

    Apa permainan yg bagus untuk iq anak 9bulan

  3. as salam…terima kasih di atas nasihat di atas. sangat2 berharga. sebenarnya saya sememangnya meluangkan masa bersama anak2 setiap hari tapi apa yang ingin saya tahu ialah adakah aktiviti yang saya lakukan bersama anak2 adakah berguna. waktu kami bersama2, saya akan memberi mereka aktiviti yang pelbagai. aktiviti yang saya bagi mereka buat tu smuanya boleh dikatakan yang x mahal la sbb saya akan bagi dr bahan buangan / recycle contohnya paper recycle dr opis, saya bawa blk utk mereka main potong2, main lekat2, main lipat2 buat bentuk2 apa yang mereka suka. persoalannya adakah aktiviti yang saya buat tu smua berguna ataupun berfaedah untuk mereka. apakah kepentingan aktiviti antara ibu bapa (selalunya saya sorg saja duduk dengan ank2) dengan anak2? ataupun sekadar untuk menunjukan kepada anak2 bahawa kita as a parents do care bout them so that 15minit pun dah worth it untuk spend time.

  4. as salam… its me again ! 🙂 nak tanya permainan apa yg bagus untuk anak saya yang berumur 8thn, 5thn dan 1thn 7bln .
    TQ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: