Berkata benar walaupun pahit.

Pada kebiasaannya, ibu bapa membandingkan perkembangan anak-anak mereka. Jika si kakak sulung boleh mula bercakap pada usia setahun, maka begitulah juga aggaran tahap perkembangan untuk anak-anak yang lain.

Tapi bagi ibu bapa yang baru membesarkan anak pertama, mereka masih tiada pengalaman. Maka mereka melihat pula contoh perkembangan anak saudara atau anak jiran yang sebaya. Nenek dan datuk juga memainkan peranan penting untuk menilai perkembangan cucu mereka.

Anak sulung adalah eksperimen pertama suami isteri dalam melatih skill keibubapaan. Bagi ibu bapa yang rajin membaca tentang ilmu perkembangan anak-anak, maka eksperimennya akan jadi lebih lancar.

Kini di klinik-klinik kesihatan menyediakan pelbagai saringan berkaitan perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa yang datang membawa anak untuk imunisasi akan ditanya pelbagai soalan tentang perkembangan anak mereka. Pada usia seawal 1 tahun 6 bulan, saringan MChart dibuat terhadap semua kanak-kanak yang datang.

Namun, MChart hanyalah suatu senarai atau checklist. Jika kanak-kanak menunjukkan ciri autism klasik, maka dia dapat dikenalpasti menerusi MChart. Tetapi, bagi kanak-kanak yang menunjukkan ciri autism sederhana atau sedikit, sering terlepas dari saringan tersebut.

Bagi ibu bapa yang tidak datang ke klinik kerajaan dan hanya pergi ke klinik swasta untuk imunisasi, maka mereka juga sering terlepas dari saringan MChart. Jika anda memilih untuk tidak ke klinik kerajaan, maka anda mestilah banyak membaca tentang perkembangan kanak-kanak.

Perkembangan kanak-kanak bawah 5 tahun berlaku amat pantas sekali. Umur 3 tahun 2 bulan dan 3 tahun 7 bulan adalah amat berbeza. Walaupun perkembangan setiap individu adalah berbeza, namun terdapat ‘red flag’.

Contohnya jika anak masih tak berjalan pada usia 1 tahun 4 bulan, anda perlu bawa anak berjumpa doktor kanak-kanak.

Begitu juga jika anak masih tak bercakap pada usia 2 tahun, maka anda perlu bawa anak berjumpa speech therapist.

Kebiasaannya para ibu mempunyai naluri. Para ibu dapat merasakan ada ‘sesuatu’ yang tak kena pada anak mereka. Tetapi naluri ini sering dipadamkan oleh persekitaran. Apa yang sering berlaku ialah orang-orang yang sepatutnya memberi nasihat, tetapi memberi ‘ayat penyedap hati’. Mereka ini termasuklah para suami, datuk nenek, jiran tetangga dan rakan sekerja.

Antara ayat ‘penyedap hati’ ialah:
– ‘nanti dah masuk tadika, ok la tu’.
– ‘biasalah anak-anak lain tahap perkembangannya.’
– ‘ala….dulu bapaknya pun lambat cakap jugak. Sekarang dah jadi peguam.’
– ‘dulu anak anak akak yang kat universiti di Jepun tu pun lambat cakap juga.’

Selain itu, terdapat juga ibu bapa yang hanyut dalam kehidupan semasa mereka. Mungkin mereka tidak sedar bahawa umur anak mereka makin meningkat dari sehari ke sehari. Mungkin mereka rasa anak mereka yang berumur 2 tahun 3 bulan itu masih baby kecil yang ditimang-timang. Sememangkan kanak-kanak 2 tahun sangat comel dan manja. Jadi ibubapa tidak nampak sebarang kekurangan pada anak mereka.

Semoga ibu bapa sekalian lebih prihatin dengan perkembangan anak masing-masing. Perhatikan perkembangan yang berikut;
– fizikal
– pendengaran
– kefahaman
– percakapan

Semoga dengan kesedaran ini, masyarakat jadi lebih prihatin dan tidak lagi menyebarkan ‘ayat penyedap hati’ kepada orang yang sewajarnya mendapat nasihat.

Mungkin anak anda dulu berjaya bercakap selepas masuk tadika. Tapi tidak semestinya anak kawan anda juga akan mengalami perkara yang sama. Anda turut bertanggungjawab sekiranya anak kawan anda itu tidak berjaya bercakap walau selepas masuk tadika nanti. Sanggupkah anda menanggung risiko itu?

Anda tidak perlu menyebut bahawa ‘anak awak ni OKU’ atau ‘anak awak ni kena pergi pendidikan khas’. Cukup sekadar anda menasihatkan mereka agar pergi mendapatkan nasihat dari orang yang sepatutnya seperti doktor kanak-kanak atau speech therapist.

image

** animal magnetic puzzle RM 60 harga pos. sms @ whatsapp: 0133109703

Ruby Speech Therapist
Khamis & Jumaat : Permatang Pauh
Sabtu & Ahad : Sungai Petani
Sms @ whatsapp 0133109703

Advertisements

8 Respons to “Berkata benar walaupun pahit.”

  1. Nak Tanya,sungai petani kat alamat mn?sbb mak sy tggl disana,sy bminat dgn animal magnetic puzzle..kot2 blh p tgk,klu da kdai

    • sy di ambangan height sg petani. boleh sms @ whatsapp sy 0133109703. cuti raya ni sy pun balik kg juga. jd pastikan call dulu sebelum dtg. nnt sy xde kat rumah pulak.

  2. saya nak tanya, dari segi kefahaman, bagaimana saya perlu terapkan dan latih anak yg yg berusia 1 tahun 5bulan? maksudnya aktiviti yang bagaimana?

  3. Anak saya umur 2 tahun 5 bln masih blm brcakap. Ada ciri2 autism seperti berada dlm dunia sndiri, menyusun barang dlm satu baris selari, tidak suka bergaul dan beberapa ciri lg. Masa pemeriksaan umur 2 tahun saya telah beritahu pada jururawat yg memeriksa di klinik krajaan mengenai masalah anak. Tetapi mereka hanya merujuk kpd dktr bila umur 3 thn. Adakah tidak trlewat jika mnunggu shgga 3 thn?

    • jururawat mana lah yg ketinggalan zaman tu. habaq mai sat. sy pi bgtau kat speech therapist berdekatan, biar dorang pergi buat ambush. hehehe
      mana boleh tunggu 3 tahun. early intervention kan….mesti la awal, kena la 2 tahun.

      • Saya tgl di ipoh. Klau nk tgu hospital krjaan mmg lmbt sbb ramai. Klu sya nk rujuk kes ank ni ke swasta dkt ipoh ni ada x speech therapist?

      • di ipoh mmg ada speech therapist. behavior therapist pun ada. dia ada sijil ABA, khusus utk ajar kanak2 autism. tp sy xde no tel dia. cuba masuk dlm fb page autisma malaysia. admin group tu nama Pok Ku, dia ialah ABA therapist. speech therapist ipoh, cuba google. mesti ada.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: