Anak 3 tahun.

Kanak-kanak yang berusia 3 tahun amat suka bermain dan berimaginasi. Pada usia 2 tahun, mereka lebih banyak meneroka dengan keupayaan fizikal (lari, lompat, berguling). Tetapi apabila masuk usia 3 tahun, mereka lebih fokus pada kemahiran motor halus.

Anda akan dapati kanak-kanak 3 tahun boleh duduk agak lama di suatu tempat, bermain dengan permainan menggunakan imaginasi. Mereka mungkin berlakon sedang membayar wang di kaunter atau mengambil tempahan makanan. Mereka juga mungkin sedang membayangkan situasi peperangan atau sedang memandikan bayi.

image

Kemahiran motor halus seperti pergerakkan jari-jari juga menjadi lebih cekap. Mereka boleh disuruh untuk mengemas barang, membuang sampah dan meletak cawan ke dalam sinki. Malah ramai antara mereka sudah boleh menumpukan perhatian terhadap aktiviti mewarna.

Pada usia begini, aktiviti kreatif seperti ‘arts and painting’ amat digemari kanak-kanak. Aktiviti mewarna tanpa berus pasti lebih menarik dengan menggunakan jari atau apa saja peralatan dalam rumah (span, kertas yang direnyuk, bawang, putik kapas).

Mereka juga sudah begitu bijak memanipulasi ibu bapa. Mereka tahu kelemahan ibu bapa. Maka kita mestilah yakin bahawa kita sebagai ibu bapalah yang mengetuai peraturan dalam rumah. Pada waktu ini, kita mesti menegaskan sempadan, apa benda yang boleh dan apa benda yang tak boleh. Jangan takut kepada anak sendiri. Anda mesti bijak menilai sama ada anda sedang memanjakannya atau anda sedang merosakkannya.

Contoh paling mudah ialah penggunaan gadget dan tv. Begitu juga tentang pemakanan yang tidak berkhasiat. Bagi kanak-kanak luar bandar, sudah ada yang pandai keluar bermain di luar rumah tanpa pengawasan ibu bapa dan tidak pula meminta izin untuk keluar (padahal umur baru 3 tahun! bayangkan anak itu pada usia 15 tahun nanti)

Secara umumnya, kanak-kanak 3 tahun boleh menggunakan 3 perkataan dalam satu ayat. Contohnya : “mama, nak keluar.” “adik nak ikan” “ni kasut ayah”. Mereka masih lagi pelat beberapa bunyi tetapi pertuturannya boleh difahami oleh ahli keluarga. Ayat yang digunakan juga masih tidak begitu teratur. Tetapi mereka tetap cuba untuk menggunakan ayat yang lebih panjang.

Antara aktiviti berkaitan pertuturan-bahasa yang boleh dibuat oleh ibu bapa bersama anak 3 tahun ialah:

1) Suruh dia lakukan sesuatu dengan arahan yang panjang. Contohnya : “letak seluar ni dalam bakul, lepas tu tolong ambilkan bedak kat atas meja.”
“buang tisu ni dalam bakul sampah, lepas tu basuh tangan.”
Pastikan anda sertai dengan pujian dan galakkan.

2) Aktiviti mengenal warna dan menamakan warna. Apabila anak memilih sendiri pakaian, suruh dia sebut warna pakaian yang dipilih. Begitu juga apabila nampak kereta lori dijalanan. Sebut warna kenderaan tersebut.

3) Banyakkan penggunaan kata sifat @ kata adjektif dalam perbualan bersama anak. Contoh kata sifat seperti : wangi, busuk, panjang, laju, lambat, banyak, sedikit, kuat, keras, lembut.

4) Aktiviti bercerita buku bergambar. Buku cerita, bukan buku ABC, 123, atau tulis ikut titik. Ingat, buku cerita yang ada watak, plot dan pengajaran. Jika anda target bab akademik, maka itu adalah bab lain. Di sini saya khusus menerangkan tentang pertuturan bahasa.

5) Pandang mukanya, dengar percakapannya dengan penuh perhatian. Berhenti sekejap dari gadget anda dan tumpu pada apa yang dia nak cakap. Jika dia tersilap cakap (pelat atau ayat terbalik), maka anda mesti ulang ayatnya itu dengan betul.

Jika anda mengesyaki anak anda lewat bercakap berbanding rakan sebaya, bawalah anak berjumpa speech therapist berhampiran untuk melakukan penilaian.

Bengkel Terapi Pertuturan untuk Ibubapa
Tarikh : 16 April 2016
Lokasi : Melaka

Ruby Speech Therapy
sms @ whatsapp : 0133109703

Advertisements

20 Respons to “Anak 3 tahun.”

  1. shimakamarul Says:

    Ank saya umur 2tahun 4 bln tp petah
    Bercakap mcm diatas

  2. khairunnissa imran Says:

    Adakah anda ada kenalan speech therapy area ampang atau hulu langat selangor? Kerana anak saya umur 8 thn masih tidak jelas tutur katanya. Bole bercakap tapi susah nak faham apa yg dikata. Kadang laju sgt. Tq

  3. anak saya berusia 3 tahun.. tak tahulah apa dugaan yang allah berikan.. masih lagi tidak boleh bercakap.. pemalu… tidak membesar seperti kanak-kanak yang lain. kasihan tengok dia… sering kecewa lerana kami tidak faham apa yang dia perlu dan katakan..
    dia habiskan waktu dengan buku… mewarna… berimaginasi.. tapi tidak boleh berkata2..
    apa salah saya sebagai seorang ibu? ;-(

    • Pn Wati, berhenti mencari salah dan mula bertindak. cari mana2 speech therapist berhampiran. kebanyakkan hosp gov berpakar ada speech therapist. minta surat rujukan dari mana2 doc (swasta @ gov), bawa surat tu ke hosp (Jabatan ENT), minta tarikh appointment.

    • jgan risau pn wati,nak sedara saya,pun belum boleh bercakap pada usia 3tahun,hanya menjerit bila tidak mahu/tidak suka..senyap bila disoal,masih pakai pampers..tp Alhamdulillah..bila umur hampir masuk 4tahun,dah boleh potty training,dah boleh bercakap/menyanyi..gembira saya dgan perkembangan nya..pn.wati harus terus sokong ank pn,jgan negtive,perkembangan setiap ank2 adalah berbeza dri ank2 yg lain,usahakan untuk berjumpa speech therapist..jgan putus asa..teruskan usaha n berdoa.. šŸ˜‰

  4. hakita sensei Says:

    My daughter umur 2y7m, ckp mcm2 tp pelat skit..sbut pkataan bmula hruf b, jadi d..cth dia nk ckp batuk, jd datuk,
    Lori -loli..ade few words lagi la..is that normal to pkembagn ptuturan kanak2? Biasanya sy akn btoikan sbutn dgn sbut fonetik awal spt, b~ beh..baa..batuk!biasnya kalu diulang, dia bole sbut yg btoi, tp nk ckp laju, jd pelat..ape hrus sy buat?

    • umur 2;07 mmg cakap pelat2 lg. bunyi /l,r/ mmg masih silap lg. nanti semakin dia membesar, sebutannya akan bertambah baik.
      apa yg boleh dibuat ialah latih dia utk lebih sedar apa yg dia sebut. cth jika dia sebut ‘datuk’, terus kata kat dia ‘datuk? ada datuk ke kat sini? mama x nampak datuk pun’ ‘ mama dengar, adik BAtuk’. kuatkan suara masa sebut suku kata BA itu. Boleh juga sebut perkataan2 lain yg bermula dgn ‘ba’ seperti – batu, baju, bakul, banyak.

  5. Kt sungai petani kt mn puan ruby???? Sejam bp puan ruby ambk utk therapy

  6. Ank saya berumur 11thn skrg.anak perempuan.bila berckp suara kasar&keras.mcm robot keluar satu2 dan pelat pula.saya kesian.dia dah besar.mungkin akan merasa malu nanti.memang kami lewat jumpa terapi.masa itu dia thn 4 bahagianENT di hospital SI jb.semua ujian dah dijlnkan.audio telinga semuanya tak ada masaalah.janji temu dah beberapa kali. Dia ajarcara sebutan lidah yg betul. Memang susah .keraskasar dan pelat..kemudian tak dpt diteruskan .pakar itu telah pindah.nanti kalau dah pakar yg baru ada akan diberitahu katanya.tapi sampai skrg tidak dihungi azizonpihak hospital.cikgu LINUS di sklhnya pun tolong hubungi pihak hospital tp sampai x ada apa2.masa mula temujanji dengan pakaritu kami bawa sekali borong JKM.sebab cikgu kata kesian dng masa depannya.tp pakar itu kata tidak perlu.skg anak saya sebutannya makin teruk dng pelatnya dan sukar nak faham.jadi sekarang masihkah ada iktiar lg atau terlambat?.

    • sebenarnya sy memahami pihak hosp. mereka mempunyai senarai kes yg terlalu ramai dan perlu ikut keutamaan kes. memandangkan anak pn dah usia 11 tahun, dia dah jauh melepasi umur kritikal perkembangan bahasa (5 tahun). dalam prosedur di kkm juga ada menyatakan umur maksimum utk kes pertuturan bahasa bagi jenis kelewatan bahasa ialah 12 tahun sahaja.
      jika terapi cuba dibuat juga, kadar prognosis atau jangkaan kejayaan juga tidak memberangsangkan.
      Jika anak pn pergi ke pendidikan khas, maka pn perlu lihat sudut kekuatan yg dia ada dan latih kemahiran yg diminatinya.

  7. As salam.anak saya berusia 3thn 3bulan.semua aktiviti yg dinyatakan diatas dpt lakukan dgn baik.skrg dia suka sgt mewarna.kadangkala boleh membantu mengemas rumah dan adakalanya minta mencuci pingan cawan sendiri.boleh ke tandas sndiri.cuma dia bercakap pelat dan kadangkala tidak difahami kami semua.cthnya:monyet ” yet ” ..selimut ” mut “..mengambil suku kata terakhir.saya banyak membetulkan perkataan yg dituturkan namun dia masih tidak dpt menywbut dgn baik.
    Adakah saya perlu membawanya berjumpa dgn therapy kerana bimbang bila memasuki persekolahan nanti.Berbeza dgn anak sulung pada usia 2thn sudah petah berkata2..terima kasih

    • salam.. anak sy berusia 1thn 9 bulan.. die hanya mnyebut suku kata dibelakang sahaja.. bila di ajar mnyebut penuh contohnya bola.. dia msh tdk blh sebut die akn sebut laa sje.. die blh buat ayat tp hanye sbut di belakang je.. contohnye.. penah sy mmegang rotan marah abgnye.. die trs sampuk.. mama no kit(sakit) bang(abang)..

  8. assalammualaikum..anak saya 3;02..speech terapis buat conclusion kefahaman anak saya seperti 2-2 1/2yrs..percakapan seperti 1 1/2-2yrs..bagaimana saya boleh seimbangkan kefahaman dan percakapan seiring dengan umur anak saya.terima kasih.

  9. Salam pn ruby , anak sy skrg 2y 7m, masih xpetah bekata2.. tapi bole juga sebut cth, nak nasi, nak air, nak mandi, shh diam, mama izz yak, dik ni dok,(adik sini duduk ) kejap, ultraman , upin ipin, ayang adik,.. ma dok pan, (duduk depan)kalo nak g jalan mama jom, papa jom, papa nak susu,..ma nak pok (nk keropok) nak do, (nak tido) ma mik ju. (Amik baju)dulu xtau bezakan mana papa mana mama, asek pgl mama je.. bila saya ajarckp ni papa, ni mama,.. bl die pgl suami mama, saya ckp dgn suami, betulkan ckp papa.. kalo x anak pgl mama pun die nyaut ye.. skrg de perubahan n beza pgl papa mama..
    Tapi byk lagi pkataan yg die xtau sebut lagi, wpun die mcm nak becerita sesuatu dkt kite apabila tgk ultraman @ upin ipin,..ank saya juga masih mngunakan puting yg susah nak buang dr mulut die..
    Kbykan byk bunyi yg belakang2 sahaja..

    Normal ke ketika usia die begini dgn perkataan yg masih xbyk xdisebut??

    Kalo dari segi arahan, letak botol susu atas meja, amik baju,letak baju dlm bakul die paham n buat..
    Tima kasih puan..

    • pelat pd umur ni adalah normal. boleh buat ayat 3 perkataan.
      tp kalau pn nak kepastian, boleh bawa jumpa mana2 speech therapist utk penilaian menyeluruh.

  10. Anak sy sudah berumur 2y4m tapi kosa kata masih lemah. Baru-baru ni sy pergi hosp gov utk berjumpa dgn speech therapist. Menurut penilaian speech therapist tersebut anak saya lemah dari segi interaksi 2 hala dan tahap tumpuan anak juga lemah. Cthnya bagi anak bermain tahap tumpuannya sekadar 1-2 sahaja. Bila dipaksa baru boleh 2-3. Lebih drpd itu start tantrum. Puan boleh beri cadangan tidak sekiranya anak tantrum apa yg blh sy lakukan? Adakah ‘ignore’ saje atau terus berikan apa yg anak mahukan. Sebabnya setahu sy umur begini dia sudah pandai memanipulasi ibu bapa dan org sekelilingnya. Jika penilaian di atas telah dibuat oleh speech therapist apa kaedah dan cara yg terbaik utk saya lakukan di rumah selain appoinment bersama speech therapist. Untuk maklumanĀ puan juga anak sy pernah diserang demam dan sawan sebanyak 2kali. Adakah itu salah satu punca kpd speech delay anak sy?

    Terima kasih

    • tentang punca, ya kemungkinan sawan demam adalah antara punca anak berisiko lambat bercakap.
      tentang tantrum, ya mmg kena ignore. jgn dia tau yg pn tengak nampak dia tantrum. sy biasa aja tinggalkan anak di tgh pasar raya. kena hati kering.
      ttg latihan di rumah, biasanya therapist akan ajar parent cara nak ajar. nanti bila pn jumpa dia lg, bawa buku catatan. tulis segala apa nasihat dia dan tanya 1001 soalan yg pn nak tanya dlm tempoh 45minit terapi tu.

  11. Alhamdulillah cara-cara yang puan kongsikan saya ada buat pada anak saya yang berusia 3tahun7bulan.Memang ada masalah lewat bercakap tak seperti budak yang seusia dengannya.Cuma setiap kali saya tanya soalan selepas amik tadika anak saya tak jawab langsung dia diam je.setiap hari saya ulang soalan yang sama.

    25/4 ni ada appointment dengan speech therapist.Jadi saya nak usahakan anak saya ni pandai bercakap untuk memudahkan saya dan dia berkomunikasi.

    Apa lagi saya perlu buat ye Puan supaya anak boleh jawab soalan saya tu contoh Hari ni Alisha nyanyi lagu apa kat sekolah??selalunya setiap soalan saya tiada jawapan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: