Mari kenali bahasa anak kita

Sejauh mana ibu bapa tahu cara menganalisis bahasa – pertuturan anak anda?

Cara yang paling mudah ialah menyenaraikan semua perkataan yang anak anda pernah sebut.
Cara ini mudah jika anak anda baru masuk 2 tahun.

Jika anak dah bercakap banyak, maka ibu bapa boleh merakam video percakapan anak anda.

Kaedah ini berguna supaya anda dapat benar-benar memahami keupayaan bahasa anak anda.

Jika ibu bapa boleh merekod umur anak merangkak, berdiri dan berjalan, maka begitu jugalah perhatian yang patut diberikan kepada kemahiran pertuturan bahasa.

Setelah membuat catatan @ video, kemudian anda perhatikan :

1) berapa jumlah perkataan yang digabung menjadi 1 ayat.
contoh: ‘nak nasi’ – 2 perkataan. ‘nak ikut ayah pi kedai’ – 5 perkataan.

2) jenis ayat yang diucap, seperti:
– ayat tanya, “ayah mana?”
– ayat perintah “mai sini”
– ayat nafi “tak mau”
– ayat penyata “ni adik punya”

3) kategori perkataan yang ada
– kata nama – adik, mama, tok wan
– kata kerja – mandi, basuh, main
– kata sifat – hijau, busuk, besar
– kata hubung – yang, jadi, kena
– kata soal – apa, mana, bila

4) kemahiran bercerita
– susunan jalan cerita
– penglibatan watak
– kebolehan untuk kekal pada topik yang sama (bukan asyik melompat topik lain)
– kemahiran menjawab soalan berdasarkan ceritanya sendiri

Bagi kanak-kanak yang tiada masalah pertuturan bahasa, segala kemahiran di atas terjadi secara fitrah. Tiba-tiba saja anak tu dah begitu petah bercakap. Kita tak sedar pun bila dia dapat kemahiran tersebut.

Tapi bagi kanak-kanak yang ada masalah untuk bercakap, maka setiap komponen di atas menjadi suatu cabaran. Maka jika ibu bapa ada mengesyaki anak anda mempunyai masalah perkembangan pertuturan, silalah lakukan cadangan saya di atas.

Semakin anda memahami tahap kemahiran anak anda, semakin mudah untuk anda fikir cara untuk bantu dia menjadi lebih lancar bercakap.

Ingatlah bahawa tempoh kritikal penguasaan bahasa kanak-kanak adalah sehingga usia 5 tahun. Ini kerana saraf otak manusia sangat cepat berkembang dalam tempoh tersebut. Rugilah jika anda tunggu umur tadika (5 tahun), baru nak bertindak.

image

*** rumah bersepah, boleh dikemas. Anak lambat bercakap, macam mana nak ‘kemas’?

Jom luangkan lebih masa kualiti bersama anak.

Ruby Speech Therapy
sms @ whatsapp 0133109703
Khamis & Jumaat : Permatang Pauh
Sabtu & Ahad : Sungai Petani

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: