Anak faham semua, tapi tak boleh cakap.

Kanak-kanak yang mengalami verbal apraxia selalu menunjukkan tanda-tanda seperti berikut;

1) Anak boleh faham arahan, boleh mengenalpasti gambar serta mengenal anggota badannya.

2) Anak boleh berinteraksi secara bukan verbal seperti menunjuk, angguk @ geleng kepala, dan kelihatan jelas dia berusaha untuk berinteraksi dengan ibu bapa.

3) Anak cuba untuk menyebut, tetapi suaranya tidak terkeluar, atau bunyi yang terhasil tidak tepat. Contohnya dia cuba meniru sebutan ‘u’, tetapi bibirnya teragak-agak untuk dimuncungkan.

4) Anak yang bercakap pula, sebutannya amat sukar difahami oleh orang yang bukan ahli keluarganya.

5) Kesilapan yang berlaku adalah tidak konsisten. Kadang-kadang dia sebut dengan betul, kadang-kadang salah. Ada masa dia sebut ‘aju’, ‘atu, ‘acu’ untuk perkataan yang sebenarnya ‘baju’.

6) Sebutan yang automatik seperti kira 1-10, nyanyi lagu, adalah lebih mudah disebut. Anak juga boleh meniru sebutan dengan betul apabila disuruh. Tapi bila dia sebut sendiri, jadi salah.

10) Perkataan yang banyak sukukata adalah lebih sukar. Contohnya ‘matahari, keretapi, helikopter’.

Apakah punca masalah verbal apraxia?

1) kerosakkkan neurologi (saraf otak), yang diakibatkan oleh penyakit seperti sawan, jangkitan dan kecederaan otak.

2) tidak diketahui.

Masalah verbal apraxia boleh terjadi dalam tahap berbeza, seperti – sedikit, sederhana, teruk, sangat teruk.

Kesan;

– Anak yang mengalami verbal apraxia selalunya berasa kecewa kerana dia tahu bahawa sebutannya salah, tapi tak mampu nak membetulkan sendiri.

– Mereka jadi malu untuk berinteraksi apabila masuk ke kelas.

– Mereka menjadi bahan ejekkan rakan-rakan kerana sebutannya yang salah.

– Guru tadika tidak faham apa yang disebut oleh murid.

image

Kenalpasti pertuturan anak anda. Bawa anak berjumpa dengan speech therapist untuk penilaian sekiranya anda mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada pertuturan anak anda.

Ruby Speech Therapy
sms @ whatsapp : 0133109703
khamis & jumaat – Permatang Pauh
sabtu & ahad – Sungai Petani

Advertisements

71 Respons to “Anak faham semua, tapi tak boleh cakap.”

  1. Sy nak bertanya..sejak umur berapa kite bole kenal pasti samaada anak kite ade masalah verbal apraxia..

    • masalah verbal apraxia hanya boleh ditentukan oleh speech therapist. jika anak tidak bercakap pada usia genap 2 tahun, ibu bapa perlu segera bertinda untuk bawa anak berjumpa speech therapist.

    • ummu hana Says:

      Anak perempuan saya skrg berusia 2tahun3buln..dia mmg boleh memahami apa sahaja arahan yg diberi.cuma yg mnjadi kerisauan saya ialah dia baru bole menyebut beberapa pkataan dgn tepat spt:-
      Roti
      Atok
      Umi
      Abi
      Dirty
      Hana(namanya)
      Apa yg kerap keluar dr mulutnya adalah sebutan zi…bila apa sahaja bahasa yg keluar..mesti turut disebut dgn sebutan zi..
      Soalan saya..adakah situasi ini normal bg kanak2 sebayanya?
      Atau..saya perlu bawa dia berjumpa speech thraphy?

  2. Anak saya skrg berusia 1 tahun 5 bulan. . Masih blm blh bercakap. . Cuma perkataan ayah yahh shja yg blh. Tp klau sy memberi arahan kpd dia..dia faham dan klau tngk buku bergmba dia sprti mau menyebut spt kita ajar tp x mmpu.. 😦 perlukah saya rujuk kepada speech therapist?

  3. asma liza bt abu said Says:

    salam…. sy ibu kpd ank yg mengalami masalah percakapan…. Doc dianogsis dia intelegent impairment… yg pd mulanya dikatakan autisme… dia mula blh jln umur 3 thn… setlh p terapi kat kak raw di gedangsa…. sblm tu sy p jumpa Dr Fadzli Chia dia nk buat mmr dgn Dr Lee di Hospital Ipoh. temujanji tu x bjln sbb doc demam…. Dr Fadzli cuma berandaian sewaktu lahir oksigen x sampi ke otak… sy terus ke gedangsa sampi +- 15 kali. alhamdulillah dia blh jln tp x kuat…. sambil sy berurut sehingga dia blh jln…sblm tu dia blh pggl abg… nyanyah (kakak no2)…ayah… mama…abah… tp skrg bunyi2 tu dh x brp dgr cuma bas je…. sesekali ayah…x betul bunyi bedengung sikit. Dgn kesibukan kerja dan ank2 lain sy cuma blh bw p pdk… hosptal…. terapi gerakerja (kat guru india)… thn ni dia cuma p sek je…. aktiviti sek je yg dilibatkn. sejak dia msk pdik khas (7thn) perubahan tu ada tp x byk. speech terapi kat hospital 6 kali ptemuan je… last bln dpn. Dgn Dato Dr Amar pun sthn sekali je…. tu pun doc praktikal yg tgk…

    • asma liza bt abu said Says:

      sy pun x pasti apa cara yg sy perlu buat…. masa speech terapi kat hospital… suruh tunjuk gambar…. semua perbuatan berdasarkan gambar…. anak sy faham bila kita ckp….dia cuba nk bg tau tp x tkluar … last dia jd marah sbb org x fhm ckp dia… apakah ada harapan utk bckp…. bhs isyarat pun dh buat tp x jadi…

      • masih ada appointment dgn speech therapy di hosp tu tak? pastikan pn dtg setiap tarikh yg diberikan.

      • asma liza bt abu said Says:

        termasuk 27 Julai ni 6 kali…… kali ke 5 jumpa dia kata tarikh tersebut last sbb semua arahan anak saya faham ada respon dan blh buat cuma anak sya je x blh ckp…. dia suruh kami sekeluarga belajar bahasa isyarat… kebetulan abgnya (12thn) ikut sama. bckp sambil guna gambar….(kad gambar)

  4. Ank sy berumur 2thn sebulan masih belum blh berckp..hanya kerap mendgr dr ank sy dah..nak..ok..malah untuk sebut mama n papa pun masih belum blh..apa yg perlu sy lakukn skrg..

    • bawa anak jumpa speech therapist. jika nak ke hosp kerajaan, dapatkan surat rukukan dari mana2 doc (swasta @ gov), kata nak jumpa speech therapist. bawa surat tu ke hosp utk minta tarikh temujanji.

  5. Anak sy berusia genap 2 tahun. Dia sgt aktif dan cepat belajar. Masalahnya dia hanya tahu sebut perkataan “mama” shj. Sekiranya dia mahukan sesuatu dia akan tunjuk. Tetapi dr segi emosi nmpk normal. Bila tgk crita sedih dia nangis reaksi takut @ hapy jgk ditunjukan. Mcm mana sy blh bantu ank sy spy cepat bcakap.

  6. anak saya yang berusia 2 tahun 6 bulan pernah beberapa kali mengalami sawan ketika deman panas dan beberapa kali pernah dimasukkan ke wad untuk rawatan .pernah sekali doctor mencadangkan untuk mengambil sample air tulang belakang untuk diagnos tapi saya tak membenarkan atas banyak factor …Sampai kesaat ini masih membuat rawatan susulan di hospital itu …dan doctor masih memantau perkembangan nya …yang dia hanya tau cakap sekarang …
    “acha /nama kakaknya , ady(daddy), abah(atuknya),mama(neneknya),anni(mummy),uhu(susu) ,nak …) itu sahaja ..selainya hanya menggunakan tangan untuk menunjuk dan menggelang atau ape ape ….Saya sangat sangat risau ..sudah macam macam kami lakukan ..adakah anak sayang yang bongsu ini menghidapi atau tergolong dlm kategori penyakit ini ???Tolong bagi pandangan ….

    • apabila doktor nak ambil sample air tulang belakang, bermaksa mereka mengesyaki anak puan mengalami jangkitan di selaput otak. oleh kerana ujian ini tidak dibuat, maka tiada pengesahan dpt dibuat.
      umur 2;06 patut dah boleh sambung 2-3 perkataan jd ayat mudah (nak mama, nak ikut, jom balik, ayah mana?)
      bawalah anak berjumpa speech therapist berhampiran utk buat penilaian.

  7. aiza zain Says:

    Saya punyai anak umur 2 thn 8 bulan..tak boleh berckp tp paham semua nya..dlm masa terdekat ni baru bleh ckp kakak ngan aboh..n jika dia zikir memang btul n xder pelat nya…ini masih dlm golongan verbal apraxia jgj ker?? Bleh kasi list speech therapist tak??

    • umur 2;08 patut dah buat ayat 2-3 perkataan dlm 1 ayat. hanya speech therapist yg dapat nilai sama ada masalah ini hanya verbal apraxia atau mmg speech delay.

  8. Anak saya umur 2 taun 8 bulan, boleh bckp n sambung ayt pnjg , risau sikit ttg, sebutan huruf k btukar jd t..CTH; okey, otey.. Kakak. Tatak..pastu perkataan dia sebut pendek2 je

  9. Assalam.anak lelaki sy akn berusia 4 thn namun pckpnnya tidak lancar..skdr blh mybt pkataan dn bknnya ayat.ttp zikir2 dia blh sebut dn nyanyikan..fyi dia bjln pd usia 17 bln..ape yg ptt sy buat..tq

  10. yuza shafiza Says:

    assalam pn..anak saya genap 3 tahun tp hanya tahu sebut mama,ayah..selain itu akok(atuk)wai(wan),nek,long…itu shaja…itu amatlah membimbangkan kami suami isteri tambahan lagi tahun hadapan kami nk masukkan nya ke sekolah..saya ade jumpe beberap doc untuk cek peti suara,or any abnormalities kt dlm tekak die sbb waktu kecik die lahir xcukup bln so doc bnyk masukan wayar dr hidung n mulut…tp pabila saya bawa berjumpe doctor untuk cek peti suara n yg lain,doc ckp ank sy normal…sy nk tanya puan,adakah ank say ni masih punya harapan untuk bercakap atau ank saya ni ada masaalah..

  11. Assalamualaikum.
    Anak perempuan sy skrg da brumur 4tahun lebih tp dia x bole menyebut dgn betul lg/pelat..bnyak perkataan yg sukar difahami…dia x bole sebut huruf L dgn betul..bila sebut “tahi lalat” jadi “tahi gagak”..

  12. marizqah Says:

    Anak sya umur 2 thun..orgnya ramah tp bhsa yg dia ckap xda sapa pon blih pham trmsuk sya..prkataan yg simple2 dia bleh ckap mcm ayah, ibu, ucu, n bleh smbung 2 prkataan mcm nk susu, bka bju..tp stakat 2 ja..apa yg kita ckap semua dia pham..tp dia nk ckap xreti..klu ckap pon bhsa dia sndr yg kita lgsg xpham..normal ke mcm 2?

    • umur baru masuk 2 tahun mmg cakap pelat2 lagi. biasanya hanya ibu bapa saja yg faham apa dia cakap. yg penting dia boleh sambung 2 perkataan jd ayat mudah (nak susu, buka baju).
      sentiasa ulang balik apa yg dia sebut beberapa kali dgn jelas dan perlahan. tekankan sukukata yg dia hilang atau perkataan yg dia silap.
      contoh dia kata “nak ndi” maka anda ulang balik “nak MANdi” kuatkan suara masa sebut MAN.

  13. saya sendiri pernah mengalami situasi anak lelaki yg lambat bercakap…umur 2 thn masih belum sebut apa2 perkataan..akhirnya saya rujuk ke klink kesihatan dan diberi surat utk rujuk pakar pertuturan di hospital..setahun berulang alik jumpak pakar dan akhirnya dia boleh berckp semasa umur 3 thn walaupun pelat..masuk 5thn ke tadika pun dh ok…skrg anak sy dh 9thn dan dia normal spt kanak2 lain…alhamdulillah anak sy jg mampu mendapat keputusan cemerlang dlm peperiksaan..

    • tahniah. ini adalah contoh kejayaan intervansi awal. inilah tujuannya kenapa mesti rawatan seawal 2 tahun.
      jangan bertangguh. kalau dah 6 tahun baru nak mula terapi, susah nak berjaya.

  14. ahmad tarmizi bin sokri Says:

    Assalam pn, anak sy yg sulung lelaki berumur 3thn 5bln. (Jan 11). Dia belum dpt bertutur dgn betul. Sy nk pergi utk therapy tp x tau dimana. Sy tinggal di kuantan. Ada x terapi di kuantan, kjang atau seremban?

  15. Assalamualaikum..anak saya berumur 5 tahun,terdapat simptom seperti yg di sebut di atas,saya berada di seri kembangan selangor,di mana saya boleh dapat kan khidmat tersebut,sekian t kasih

  16. Winnie Stanis Says:

    Ank sa no 3 ada masala lbt btutur. ..bayangkan mo msk pra uda thn dpn tpi bru bole sbt sepatah pkataan sperti ayah, mami, jangan, kencing, tidak dll…x boleh sbg 2 pkataan…nti bln 11 ada review dgn doktor pakar tpi sblm ini dr ckp ada ciri2 ADHT..abgnya yg no 2 pun bgitu jg lbt bckp cuma slps msk sk bru dpt b komunikasi lbh baik…cuma gru pmulihannya rasa skrg ank sa no 2 ada mslh tingkahlaku minimum sbb dorang npk ank sa kurang pnumpuan time blajar…sedih jg ni tpi mmg kmi brusaha mo mgatasi masala ni…ada byk jenis kategorika ini ank2 yg lbt btutur ka?

    • masalah lambat bertutur boleh jadi hanya simptom saja kepada masalah lain yg dihadapi. contohnya ADHD, autism, syndromes dan sebagainya.
      tp tak dinafika. bahawa mmg ada kanak2 yg hanya sekadar mengalami speech delay @ lambat bercakap.

  17. syarina mauladdin Says:

    Slm puan ank sy 3 tahun tp perkembngan vokal dia tidak mengikut graf perkembangan kanak2 skrg dia hnya blh bercakap perkataan basic cth panggil org disekeliling dia dan minta susu makan mandi dan beritahu jika dia berak. Ank sy juga faham semua arahan. Dia boleh menyebut setiap perkataan mudah yg sy ajarkn. Di taska dia kurang bergaul dgn kanak2 lain sbb dia akan pilih kawan yg sesuai dgn dia sahaja.Ada cara yg lebih berkesan utk sy melatih ank sy bercakap.

    • umur 3 tahun patut boleh sambung 3 perkataan dlm satu ayat. sebaiknya bawa anak berjumpa speech therapist utk penilaian.
      utk ketahui teknik latih anak bercakap, baca beberapa artikel saya dlm blog ttg cara melatih anak bercakap.

      • syarina mauladdin Says:

        Terima kasih puan. Anak saya juga ada dirujuk kpd doc. Tp doc srh sy tngk perkembangan vokal dia utk 6 bln ni so bln 12 bru jmpa doc semula utk tngk perkembangan dia.

  18. salbiah mohamad hasim Says:

    Smasa anak sy brumur 2-3thn sy ada bawa k speech therapy…..tp tmujanji mmg ssh n lmbt…..sy ada jump pkar kanak2… doc.ckp ank.sy ni xperluspeech therapy. ….skrg umur anak sy dh 6thn….dia boleh mmbaca mnulis mngira cuma komunikasi dgn kawan kurg….kemahiran mmbuat ayat penuh n becerite jg xda.apa perlu sy buat?

    • jika dia boleh membaca, luaskan lagi aktiviti membaca. latih dia membaca buku cerita mudah. bincang bersama ttg cerita tersebut sambil latih dia berfikir.

  19. Assalamulaikum,
    anak perempuan sy berumur 2thn 6 bulan masih belum bercakap. hanya bunyi aaaa uuuuu sahaja. Tiada masalah sebelum, semasa dan selepas melahirkan dia. Dia tidak pernah terkena sawan atau demam panas. pada 8.7.2014 nnti dia ada ‘hearing assesment’ di hosp sultan ismail. yg buat sy terkilan bila orang ramai ckp anak sy bisu bila dia menjerit aaaaa dgn kuat sekali sambil tangannya menunjuk ke arah kucing. dia sebenarnya excited tgk kucing selepas diberi peluang utk mengusap bulu kucing.

  20. azrina azaly Says:

    anak saya berumur 2 thn dan menunjukkan ciri yg dinyatakan. amat senang untuk dia faham arahan bagaimanapun sehingga kini perkataan yang jelas hanya lah babah… dan anak saya memang terkena sawan ketika umurnya 2 hari semasa di unit icu. yang pasti kini dia mengalami light erb palsy dibhgn tangan kiri.

  21. nur hanizah Says:

    Anak sy menghadapi masalah yg sebegini…sy dh bw dia jumpa psikologi kanak2 di hkl…setakat ni masih mrnunggu keputusan eeg. Pakar psikolgi syorkan sy memasulkan ank ke sek khas memandangkan dia akan mdk std 1 nxt yr agar dia xketinggalan di srkolah nt dn dia blh belajar mengikut tahap dia. Ank sy dh 6 tahun tp masih xpandai menulis malah menulis nama sendiri pn xlepas…membaca pn blm boleh.Di kl di mana lg yg sy blh dptkn speech terapi & bantusn utk anak sebegini…

  22. Saya di johor bahru.. hosp mane saya boleh anak saya utk dirujuk?

  23. mamaalya Says:

    Assalamualaikum doktor, anak sy perempuan berumur 2thn 4 bulan, dia hanya boleh menyebut dgn memahami lebih kurang 50 perkataan shja, spt jangan, tak payah, tak boleh, seluaq, bik (ambik) , kak (buka), shut (kasut), kai (pakai), nah, nak, buang,cicak,lalat,semut,nyamuk, sakit,adoii, tutup, makan, air, yawer (flower), pokok, hujan, cat, apple, sedap,cantik,comel,busuk,beyak,kencing, pintu, sedap, abc, 123, a ba ta, mata, gigi, hidung, mulut tangan & kaki.
    dan hanya beberapa ayat sambung seperti
    nak nenen, nak ayaq, tak mau, tutup pintu. kai shut (pakai kasut), tak boleh, tak payah.
    dia boleh sebut perkataan mama tp tak pernah panggil sy mama. walaupun sy mengajarnya dn membahasakan diri sy mama. tp ayahnya dia boleh panggil baba.
    kadang2 dia membaca buku dgn bhs bebelannya dan tak dpt difahami.
    dia boleh buat bhs isyarat seperti keluar ibu jari tanda sedap, kibaskan hidung tanda busuk, gaya menghidu utk sesuatu yg wangi, gerak2kan tgn tanda mana, muka jijik eeeeii utk benda yg kotor.
    dia boleh mengulang apa yang kita ajarkan kepadanya, contoh ini alif, ini ba, ini ta, dia boleh sebut tp bila ditanya semula dia taktau jawab. contoh lain bila ditanya mana baba? dia hanya diam. mungkin sebab dia tak tahu.
    namun begitu dia dapat faham arahan yang agak sukar& biasa contohnya ambil sapu tangan di dalam bilik di atas katil, ambil mainan di bawah meja, ambil tuala, buang seluar, buka pampers, tapi bila dipanggil namanya dia hanya akan beralih jika dipanggil berkali-kali.
    dia aktif seperti kanak-kanak lain namun sy agak runsing memikirkan masalah pertuturannya agak lambat.
    sebelum ini sy banyak didedahkan dgn bahasa arab kerana tinggal di negara arab sehingga umurnya 2 tahun, dia juga anak sulung. dia gemar menonton kartun berbahasa inggeris tapi km berkomunikasi dalam bahasa melayu dan ada sedikit bahasa arab. adakah disebabkan percampuran bahasa ini antara faktornya & menjadikan anak sy keliru?

    • mamaalya Says:

      typo error: “DIA banyak didedahkan dgn bahasa arab..”

    • sebenarnya penggunaan bahasa yg pelbagai utk kanak2 sejak kecil tidak menyebabkan apa2 masalah. otak kanak2 boleh serap pelbagai bahasa mcm span. tp jika anak itu sememangnya ada masalah speech delay, maka dia jadi susah.

      umur 2;04 patut cekap guna ayat 2 perkataan. malah ada yg dah guna 3 perkataan dlm 1 ayat.

      sebaiknya bawalah anak jumpa speech therapist utk buat penilaian.

      • mamaalya Says:

        terima kasih doktor. cuma nak tanya lg,contoh penggunaan ayat 2 perkataan yg anak sy guna seperti yg sy tulis tu boleh dikira ke? tp ya betul dia belum cekap menggunakannya.

      • ya, itu dikira 2 perkataan dlm 1 ayat.

      • puan nana Says:

        Puan,
        Rasanya saya mempunyai 90% sama masalah yang puan alami. Anak saya kalau bercerita dan bagi arahan dia akan phm tetapi apabila sy bertanya kan sesuatu dia tidak boleh jawab. Sekarang umur nya nk masuk 2 tahun 4 bulan.Kami sekarang pun berada di negara arab. Anak saya ada berkawan dengan orang sini tp saya rasa tidak menjadi masalah sekiranya pelbagai bahasa digunakan. Stress kita sebagai ibu bapa bila umur sebegini tidak pandai bertutur. Saya dlm usaha mengumpul info2 dan ikhtiar ( doa) .tetapi belum kepada refer pakar lagi.

  24. Salam…anak sy 3thn 11bln.br blh cakap.tp pelat.mmg x brenti bercakap.keinginan nk ckp.kdg2 faham.ms lahir dlu pkai vacum.adakh mmg mmpengaruhi.sy nk jumpa teraphy kt mana.sy tggl kt alor setar.

  25. zatul itri Says:

    Puan, anak sy berumur 2 thn 9 bln..adakah normal apabila dia bina suka kata tapi hanya ambil bunyi hujung sahaja. Contohnya die nak ckp “susu campur milo” dlm caranya dia berkata ” cucu po yo”..ank ini mula bercakap pd umur 2 thn..

    • dari segi gabungan ayat, betul dah tu. sebab dia buat ayat guna 3 unsur perkataan ‘susu campur milo’. pelat utk bunyi ‘s’ jadi ‘c’ dan ‘y’ jadi ‘l’ dikira normal utk umur 2;09. tp utk sukukata ‘cam’ dlm ‘campur’ yg dihilangkan, patut dia boleh letak 2 sukukata. begitu juga dgn ‘milo’, sebab konsonan ‘m’ adalah bunyi yg awal utk kanak2 dpt.
      (maaf, boleh faham tak? ini mcm analisis linguistik sikit)

  26. Saya ada ank lelaki berumur 5 thn… dia ada masalah sukar nak mengenal abc dan nombor… padahal br je saya sebut, lps tu dia lupa. Tp dia boleh hafal abc dan alfatihah walau pelat sikit. Apakah masalah anak saya ni.. bagaimana cara nak bagi dia ingat….

    • ada byk cara kreatif utk melatih kanak2 mengenal huruf. boleh google berkenaan “montessori” atau “fine motor tips to learn alphabet”.

      • kalau 5 tahun tu 13 huruf dia dah kenal lagi 13 belum kenal atau confius…..itu perkembangan normal atau sebaliknya…. kanak2 tu dikira ok atau ibu bapa kena bawa buat terapi….

      • sebagai speech therapist, saya tak kisah pun dia boleh kenal berapa banyak huruf. kemahiran membaca dtg selepas kemahiran bahasa yg cekap. perkembangan di otak kiri manusia ialah kemahiran bahasa atau kemahiran komunikasi.
        umur 5 tahun, patut boleh bercerita dgn ayat panjang, kenal warna, tahu kata sifat, boleh menjawab soalan “kenapa” dgn ayat sendiri, serta percakapannya difahami 100% oleh orang dewasa.
        jika tidak menepati ciri ini, maka barulah dibawa ke speech therapy.

        masalah dyslexia (tak boleh membaca, menulis, mengira) hanya dapat dikenalpasti apabila anak telah masuk umur 7 tahun. selagi belum 7 tahun, masih terlalu awal utk mengesahkan masalah dyslexia.

  27. assalammualaikum
    anak sy lelaki telah berumur 3tahun 6bulan mengalami verbal apraxia yg telah disah kan oleh terapi di hospital sultanah JB
    seawal umur 2tahun nenek nye dapt mengesan kerana nenek sorg guru tadika dahulu sy merujuk anak st ke hospital
    alhamdulilah skg byk perubahan yg di tunjuk dr dulu langsung sy tidak tahu bagaimana cara utk membantu nye
    sy langsung tidak faham sehingga lah sy membawa nye berjumpa speech terapi

    sekarang huzaifa sudah boleh menghafal dialog kartun kegemaran nye upinipin
    tetapi ada sedikit masalah utk membina ayat 3 atau 4 patah perkataan
    persoalan sy bagaimana cara sy ingin membantu nye utk lebih lancar bercakap…

  28. Salam.
    Sy teringin nk refer speech terapi yg swasta. Tp sy ada mslh kewangan. Sy tak nak tunggu lama di hospital kerajaan. Puan tau tak insuran apa yang boleh cover?

  29. Salaam..
    Anak saya umur 2tahun tapi percakapannya sgt tak fahm..bila dia berkta2.. Hnya bunyk”awa wa wa,awa…” Tu ja..smpai saya suh dia panggil saya mama,dia tak tak sebut mlah cuba elakkan dari saya..apa y patut saya buat..

    • kena bawa anak jumpa speech therapist berhampiran utk buat penilaian. perhatikan tahap kefahamannya bagaimana….anggota badan, arahan, menunjuk gambar atau barang dlm rumah.

  30. anak saya berumur 2tahun 2bulan die faham semua arahan.. sdh mengenal number dan huruf.. saya risau die brcakap hanye mnyebut imbuhan terakhir.. contohnye.. mama no pukul abang, abang sakit.. die akn sebut.. maa.. no kul bang..bang kit.. saoalan sy adakah ini normal tuk usianye??

  31. dokter,anak saya skrg sudah 3thn 8blm,dia cuma bisa cakap ‘papa mana’saja,saya skrg baru bawa ke speech terapi,saya sara saya sudah lambat bawa ke terapi,dokter capak mungkin anak saya gejala apraxia,saya terapi kak hospital tapi kena 3bln skali,dirumah saya ajar dia,tapi dia tak mau saya ajar,saya kawatir sangat,soal saya dah lambat bawa ke terapi.dokter saya harusnya gimana biar dapat bantu anak saya?

    • umur 3thn 8bln tidaklah terlalu lewat. masih sempat utk mulakan proses terapi. nanti bila jumpa speech therapist tu lagi, pn bawa buku nota. tuliskan apa saja cadangan yg therapist tu minta pn lakukan di rumah. appointment 3 bulan sekali agak jauh juga….jadi pn mesti tau cara untuk latih sendiri anak di rumah.

  32. Salam Puan,
    Saya punya anak tahun ni sudah 5 tahun dan dihantar ke tadika kerajaan. Anak saya mempunyai simptom2 yang puan nyatakan .
    Bagaimana saya nak mula ye kalau saya nak hantar anak saya berjumpa/membuat appoinment di hospital serdang? puan ada kawan/contact pakar kanak2 disitu supaya sy boleh berhubung terus dengan pegawai berkenaan.? terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: