Ibu yang bertukar jadi singa

Ramai ibu yang bertukar jadi singa apabila mula mengajar anak sendiri. Walaupun ibu itu seorang guru, tapi bila nak mengajar anak sendiri, amat susah dirasakan.

Apabila kita meletakkan target untuk mengajar anak, pastikan target kita itu realistik. Iaitu sesuai dengan tahap anak kita sendiri. Tidak kiralah apa pun yang anda target.

Contohnya melatih anak basuh berak, melatih anak membaca, melatih anak menulis, melatih anak makan sendiri, melatih anak kemas mainan, melatih anak kemas tempat tidur.

Setelah meletakkan target, anda patut tahu bahawa mereka perlu berlatih berulang kali sebelum berjaya. Baru beberapa tahun mereka hidup di Bumi, takkan terus tiba-tiba tahu semua kan? Maka mereka kena ulang sampai berjaya.

Di sinilah bahagian yang ibu-ibu menjadi singa sebab:
– tak boleh terima kesilapan anak.
– anak tak nak ulang sampai betul.
– anak buat separuh jalan.
– anak nak buat ikut cara dia sendiri.
dan macam-macam lagi.

Ada ibu yang bukan setakat menyinga, malah membebel dan mengugut anak sendiri. Ada yang tak mengaku?

Apa pun, tiada ibu yang sempurna, tapi ada banyak cara untuk jadi ibu yang baik. Teruskan membaca.

Kaedah ganjaran paling penting untuk difahami. Ganjaran boleh jadi dalam bentuk perkataan, perbuatan atau benda.

Jika anda melatih anak untuk membaca, adakah anda bersedia dengan ganjaran? atau sekadar sebatang rotan?
Anak-anak suka pada benda yang comel seperti sticker, cop dan apa saja yang jarang dimilikinya. Ganjaran sebegini akan hilang kuasa apabila anak dibiarkan bermain dengan barang tersebut. Selagi dia tak dapat, selagi itulah dia ada keinginan.

Jika anda melatih anak untuk membuat kerja rumah seperti kemas katil, letak baju dalam bakul, siram pokok, angkat baju di ampaian dan kemas mainan, maka apakah ganjarannya? Adakah sekadar, ‘ok’ ? Mungkin anda perlu sebut dengan lebih terperinci seperti, ‘Pandai Irham tolong ummi kemas mainan. Irham kemas semua sekali sampai bersih. Terima kasih Irham. Ummi sayang Irham.’

Apa pun, berbalik pada tahap anak masing-masing. Ada yang cukup sekadar ganjaran verbal. Tapi ada juga yang sukakan ganjaran benda atau token.

image

Contohnya, kalau nak tengok kartun, kena tolong mama buat 5 perkara dulu. Setiap 1 perkara yang dibuat, akan dapat 1 token. Kumpul 5 token, baru boleh pasang tv.

Apakah token itu? Anda boleh gunakan magnet di peti sejuk, tanda bintang di whiteboard atau apa saja yang mudah untuk anda capai dan difahami bersama si anak.

Tapi realitinya, ada anak yang pandai ‘menjawab’. Dia memberi pelbagai alasan dan mengelak dari tugasan. Ini menunjukkan bahawa ganjaran yang anda tawarkan sudah tidak berkuasa lagi. Pastikan anda tahu kekuatan dan kelemahan anak anda.

Anda juga mesti konsisten dan jadikan rutin dalam aktiviti harian. Maka barulah anak anda boleh berjaya. Jika anda sendiri tidak konsisten, maka….sia-sia sajalah dan kembalilah anda menjadi singa.

Konsep ganjaran ini juga amat penting untuk menggalakkan anak bercakap. Anak tidak bercakap kerana kita paksa mereka sebut perkataan. Mereka bercakap kerana mereka memang ingin dan berniat untuk berkomunikasi dengan kita.

Maka jika anda sedang melatih anak untuk bercakap, fikirkan tentang ganjaran. Ganjaran apakah yang menjadi motivasi untuk anak anda. Ganjaran yang bagaimanakah boleh menimbulkan keinginan untuk mereka berinteraksi dengan anda.

RUBY SPEECH THERAPY
sms @ whatsapp 0133109703
Khamis & Jumaat : Permatang Pauh
Sabtu & Ahaf : Sungai Petani

Advertisements

18 Respons to “Ibu yang bertukar jadi singa”

  1. Barulah saya paham sekarang terima kasih pn ruby….macam best jer mainan tu beli kat mana?

  2. rosmawati Says:

    Yup,betul ank2 suka ganjaran tp ikut ksesuaian,time bg latihan mnulis dn mjwp soalan sy bg ank2 ganjaran stiker yg ank2 minat,dn cop star yg ada 3* 2* 1*,ank2 sy x minat kpd brg mainan tp minat pd stiker,buku crita,wrna,smua peralatan skolh tp yg comel2 dn i2 sy jdkn ganjaran..

  3. Askm.. btul tu. Tq. Nanti nak cuba cara ni. ๐Ÿ™‚

  4. Zan Aizan Says:

    Sy akan lock disney channel & simpan game. Anak2 (usia 12thn, 9thn & 6thn) hy dibenarkn menonton disney channel on weekend. Jd mereka akan selesaikn homework & basuh kasut sekolah pd pg sabtu sbb slps semuanya selesai br sy akn on disney channel tu atau benarkn mereka main game. Tapi setiap hr kami mmg mmpunyai jadual rotation utk semua org terlibat dgn kerja2 rmh sprti basuh pinggan, gosok baju, mop lantai & sbginya.

  5. Sy br lps mrh ank mggu lps sbb die xnk abiskan kje sek die…pdhal umur die x smp pun 4 thn lg…tiba2 sy naik angin n ugut nk bentikn die sek…ape jenis mak la sy nie ๐Ÿ˜ฅ

  6. Rashihah A Rahman Says:

    saya rasa..sayalah yg paling kerap jadi mak singa bila berhadapan dgn anak yg sangat pandai menjawab bila disuruh…apapun anak saya yg berumur 8 tahun itu memang cerdik kerana dia pernah menegur saya ketika saya sedang menyinga..maka terdiam terus saya..hilang terus singa… : )

  7. boleh try tknik bg ganjaran cnth star lekat kt peti ais..goosd info

  8. Siti Najihah Mohamad Nor Says:

    terima kasih ats sharing..sy tgh berusaha nk jd lbh sabar dlm mdidik ank2 yg petah bkata2

  9. terima kasih atas perkongsian ini… akan saya cuba kawal diri ketika menyinga dgn anak2 kesayanganku…lps marah baru rasa menyesal….

  10. hmm mcm mna pulak dgn ank yg byk cakap..suka meyampuk bila org dewasa berbicara..sy selalu cubit ank2 jika mereka menyampuk cakap org dewasa

  11. Anak saya dah berumur 11 tahun tapi masih tak pandai bersih bilik sendiri,tak pandai nak berus gigi sendiri,tak pandai nak tidur bila tiba masa,tak pandai nak cuci gelas sendiri walaupun minum air kosong je..baju sndiri pun jarang nak masukkan dalam bakul…pendek kata semuanya perlu disuruh (nasib baik pandai berak sendiri)..kalau tak suruh..teruslah tak buat…sistem ganjaran ni semua mcm tak berkesan je dgn dia…last2 saya beli rotan je…tu pun kejap je kesannya…hairan saya.,.macamana nak buat lagi?cakap lembut dah,jadi bapa singa pun dah… ๐Ÿ™‚

    • sistem ganjaran takkan berkesan jika:
      – ganjaran yg lemah, dia tak minat pun benda tu dan tak kisah langsung.
      – anda tidak konsisten dengan apa yg anda target. kadang2 boleh, kadang2 dia x buat pun xpe.

      jika dah umur 11 tahun, maka anda patut tulis saja apa yg anda nak dia buat kat atas whiteboard. buat mcm checklist. selesai 10 perkara, baru dia boleh tgk tv.

  12. Ibu yg bertukar jadi singa, biasa nya tak sabar dan dah hilang sabar, anak anak perlu di marahi bila buat kesalahan dgn cara yg betul mengikut umur dan kesalahan yg di lakukan, jika tidak dah besar nanti dia akan hilang atau tak hormat orang tua, ibubapa dan orang yang bukan se-class nya kerana tiada rujukan dan semua betul belaka seperti yg berlaku pada majoriti remaje masa kini

    • marah mestilah ada tujuan. marah mesti ada kawalan diri. anak2 remaja yg degil, melawan, merokok dan ponteng sekolah – adakah mereka tak pernah dimarah? mereka juga dimarah teruk oleh ibubapa mereka, dibebel dan dipukul. tp cara didikan yg tidak kena masa, bebelan yg tak berkesan serta tidak konsisten menyebabkan marah hanya tinggal marah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: