Jadilah Cermin Yang Anda Target

Jika ingin anak cepat membaca, maka ibu bapa mesti rajin bacakan buku kepada anak.

Jika ingin anak pandai menyanyi, maka ibu bapa mesti rajin nyanyikan lagu untuk anak.

Jika ingin anak rajin solat, maka ibu bapa mesti juga solat setiap waktu.

Jika ingin anak petah bercerita, ibu bapa mesti rajin bersembang cerita serta berhujah dengan anak.

Jika ingin anak rajin menolong kerja rumah, ibu bapa mesti rajin kemas rumah bersama anak.

Jika ingin anak sopan dalam pertuturan, maka ibu bapa mesti gunakan bahasa yang sopan bila bercakap dengan anak.

Jika ingin anak kreatif minda, ibu bapa mesti menunjukkan kreativiti semasa mendidik dan memberi ruang kepada anak menjadi kreatif.

Anak ialah cermin ibu bapa. Ibu bapa ialah idola anak-anak. Letakkan target, berusaha untuk mencapainya. Mulakan langkah dengan diri sendiri dahulu.

“Anak saya cakap sepatah-sepatah, tak boleh sambung jadi ayat.”
– maka ibu bapa silalah bercakap dalam bentuk ayat bersama anak anda.
– contoh : kereta hitam laju. lori besar lambat.
– jika anda sebut : tu kereta. tu lori. tu pokok. Maka itu sajalah yang anak dapat.

“Anak saya tak boleh sebut penuh sukukata. Sebut hujung-hujung saja.”
– maka ibu bapa silalah sebut perkataan secara penuh. Bukannya mengajar anak sebut hujung-hujung.
– selalu saya jumpa ibu ajar anak sebut “ba,” kemudian anak sambung “ju”. (baju). Maka bila spontan pun, anak biasa dah sebut “ju” saja.
– anda boleh kuatkan suara pada sukukata pertama seperti “BAju” atau panjangkan seperti “baaaaaaju”. Tapi anda tetap sebut penuh perkataan tersebut. Bukan terpotong-potong.

image

Ruby Speech Therapy
Khamis & Jumaat : Permatang Pauh
Sabtu & Ahad : Sungai Petani
sms @ whatsapp 0133109703

Advertisements

2 Respons to “Jadilah Cermin Yang Anda Target”

  1. Salam sis.. berapa awal kita boleh latih anak sebut perkataan?. Adakah dia sendiri akan sebut atau sejak bayi lagi kita latih?

    • Pn Mastura : sel deria pendengaran anak wujud sejak dari dlm kandungan. sebab tu org islam digalakkan baca quran masa mengandung dan org barat pasang speaker @ headphone kat perut lagu2 mozart.
      Sebelum kanak2 bercakap, mereka mesti ada kemahiran mendengar yg baik. Dari kemahiran mendengar barulah mereka ada kefahaman dan seterusnya bercakap. Latih anak bercakap semestinya tak sama seperti latih burung bercakap.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: