Mainan yang melatih anak bercakap.

Bagi kanak-kanak 2-3 tahun, permainan pastilah yang paling utama dalam aktiviti harian.

Bagaimana ibubapa boleh gunakan mainan untuk melatih anak bercakap?

1) Pilih mainan yang tepat.
Pilih mainan yang memberi kesan menarik untuk kanak-kanak, tapi sebenarnya sukar untuk dilakukan.
Ini menyebabkan mereka terpaksa minta tolong ibunya buatkan.

image

Maka, akan terhasillah ayat
– “mama, buat ni”
– “nak lagi”
– “nak pakai jam”
– “camana ni”
– “tak leh pun”
– “mama buka la”
– “mama la buat”
– “nak mama buatkan”
– “nak bagi dia jalan @ pusing @ ada lampu”
– “ketat la, tak leh pusing pun.”

image

2) Buang bateri.
Ada beberapa jenis mainan yang mempunyai bateri. Apabila kita switch on, maka mainan tu pun gerak sendiri, berbunyi sendiri. Ini menyebabkan kanak-kanak tidak berdikari. Dia hanya buat benda mudah iaitu – tengok dan dengar saja. Kalau tiada bateri, maka dia kena buat.
Contoh permainan begini ialah keretapi. Jika tiada bateri, maka dia menggunakan imaginasinya dan pergerakkan tangannya untuk menggerakkan keretapi itu ke mana saja yang dikehendakinya. Sebagai ibu bapa, kita mestilah ambil giliran semasa bermain dengan anak. Maka terhasillah respon begini:
– “Ilman pulak”
– “Keretapi ni Ilman punya”
– “Lalu kat atas sini”
– “Langgar lembu ni”
– “Masuk bawah jambatan”
– “Pusing”
– “Pusing lagi”
– “Ayam naik, lembu naik, itik naik”
– “1,2,3, jalan….”

Pernah nampak mainan penguin turun slide kat kedai mainan? Kalau ada bateri, maka anak akan tengok sajalah. Cuba kalau buang bateri. Ibu bapa pula mestilah bijak merangsang percakapan anak. Jangan ibu bapa pun tahu tengok saja.

Pantang larang:
– TV mestilah ditutup semasa aktiviti bermain. TV bukan saja mengganggu tumpuan anak, malah TV mengganggu tumpuan ibu bapa terhadap anak mereka sendiri.
– ayat soal. “ni apa?” “dia buat apa?” “ni warna apa?” “ni bentuk apa?”. Sila rujuk artikel saya berkenaan ‘Banyakkan ayat penyata’.

Selamat mencuba.

Bengkel Terapi Pertuturan Untuk Ibubapa

26/11/16, UTM Jalan Tun Razak KL

Ruby Speech Therapy
sms @ whatsapp 0133109703

Advertisements

5 Respons to “Mainan yang melatih anak bercakap.”

  1. jesslin laijuh Says:

    anak sya semua cepat blajar bercakap…memang benar apa yg pn.ruby katakn.bagi anak2 prmainan yg blh merangsang minda n blh mbuatkn anak kita kreatif. semua anak2 saya tidak pernah sya belikan permainan yg mahal2 seperti anak2 org lainy …yg mggunakn bateri ka..sya hanya bagi kotak then anak2 gunting kotak tu utk cipta permainan sendiri. ada satu hari.mereka buat kotak sebagai rumah…kertas di gulung utk d buat microfon…d situ la saya sedar bahawa kita tak perlu belikan anak2 kita ipad or psp ka…permainan tu akan melekakan mereka.

  2. betul tu…tak perlu beli brg mainan mahal…brg2 kat dapur pun blh jadi mainan

  3. alhamdulillah anak saya bru 6bln dah duduk dlm walker..kaau dia pergi ke dapo atau bilik saya pggl nama penuh dia laju je dia dtg. kalau dpn saya terus dia jwb erm….erm…..ada respon bile saya pggl nama penuhnya….

  4. Terima kasih atas perkongsian ni.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: